Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Agama Protestan?
Tidak. Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa ialah orang Kristian, kami bukan Protestan. Mengapa?
Protestan merujuk kepada “gereja yang bertentangan dengan Roman Katolik.” Memang benar bahawa Saksi-Saksi Yehuwa tidak setuju dengan ajaran Katolik, namun kami tidak tergolong sebagai Protestan atas sebab-sebab yang berikut:
Beberapa ajaran Protestan bercanggah dengan apa yang sebenarnya diajarkan dalam Bible. Contohnya, Bible mengajar bahawa ‘hanya ada satu Tuhan,’ dan bukannya Tritunggal. (1 Timotius 2:5; Yohanes 14:28) Bible juga menjelaskan bahawa Tuhan tidak menghukum orang jahat dalam api neraka, tetapi akan membinasakan mereka selama-lamanya.—Mazmur 37:9; 2 Tesalonika 1:9.
Kami tidak membantah atau mencuba membuat perubahan kepada Gereja Katolik atau agama-agama lain. Sebaliknya, kami berusaha untuk mengkhabarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan supaya orang ramai dapat beriman terhadap berita baik ini. (Matius 24:14; 28:19, 20) Kami tidak ingin mengubah ajaran agama lain, tetapi berminat untuk mengajar kebenaran Bible kepada orang yang berhati jujur.—Kolose 1:9, 10; 2 Timotius 2:24, 25.