Lompat ke kandungan

Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?

Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?

Laporan 2023

Bilangan Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia

8,816,562

Sidang

118,177

Negara dan kawasan penyebaran Saksi-Saksi Yehuwa

239

2023 bagi Jumlah Besar

2023 Mengikut Negara dan Kawasan

Bagaimanakah jumlah Saksi-Saksi Yehuwa dikira?

 Hanya mereka yang giat menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan setiap bulan yang dikira sebagai Saksi-Saksi Yehuwa. (Matius 24:14) Ini termasuklah mereka yang sudah dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, dan mereka yang belum dibaptis tetapi layak untuk menyertai aktiviti penyebaran.

Adakah seseorang perlu membayar yuran untuk dikira sebagai seorang Saksi?

 Tidak. Keahlian, tugasan tertentu, atau peluang istimewa dalam organisasi kami, tidak ada kena-mengena dengan sumbangan yang diberikan. (Kisah 8:18-20) Sebenarnya, kebanyakan nama orang yang memberikan sumbangan tidak diketahui. Setiap Saksi-Saksi Yehuwa dengan senang hati menyumbangkan masa, tenaga, dan wang, untuk menyokong kerja sedunia kami berdasarkan kemampuan dan keadaan masing-masing.—2 Korintus 9:7.

Bagaimanakah jumlah Saksi yang giat menginjil diketahui?

 Setiap bulan, semua Saksi memberikan laporan aktiviti penyebaran mereka kepada sidang tempatan. Mereka melakukannya secara sukarela.

 Semua laporan dalam sidang itu dihitung dan jumlahnya dihantar ke pejabat cawangan tempatan. Kemudian, pejabat cawangan menghantar jumlah keseluruhan Saksi bagi negara atau kawasan masing-masing ke ibu pejabat sedunia.

 Pada akhir setiap tahun aktiviti penyebaran, a angka tertinggi Saksi bagi setiap negara dan kawasan dapat ditentukan. Kemudian, semua angka itu dicampurkan untuk mengetahui jumlah Saksi di seluruh dunia. Laporan terperinci bagi setiap negara akan diterbitkan di laman web kami di bahagian “Di Serata Dunia.” Semua laporan ini menggalakkan kami, sama seperti orang Kristian abad pertama juga digalakkan apabila mendengar laporan serupa.—Kisah 2:41; 4:4; 15:3.

Adakah orang yang tidak menginjil dikira sebagai Saksi?

 Meskipun mereka tidak dikira sebagai Saksi, mereka dialu-alukan untuk datang ke sidang. Kebanyakan daripada mereka menghadiri Peringatan kematian Kristus setiap tahun. Jumlah mereka dapat dianggarkan dengan melihat perbezaan antara jumlah hadirin Peringatan dengan jumlah Saksi. Pada tahun 2023, hadirin Peringatan berjumlah 20,461,767 orang.

 Ada yang tidak menghadiri perjumpaan tetapi mereka mendapat manfaat daripada program pembelajaran Bible yang kami adakan secara percuma. Pada tahun 2023, secara purata sebanyak 7,281,212 pembelajaran Bible telah diadakan setiap bulan. Setiap pembelajaran Bible itu mungkin diadakan dengan satu orang atau lebih.

Mengapakah bilangan Saksi yang dilaporkan oleh kerajaan berbeza dengan bilangan Saksi yang kami laporkan?

 Agensi pembancian kerajaan biasanya membuat bancian agama dengan menanya orang tentang agama yang dianuti oleh mereka. Contohnya, U.S. Census Bureau (Biro Pembancian A.S.) menjalankan tinjauan untuk “mengetahui sama ada orang yang dibanci menyertai agama tertentu atau tidak.” Biro itu mengakui bahawa hasil tinjauan itu sebenarnya “berdasarkan pandangan mereka terhadap diri sendiri dan bukannya kerana mereka benar-benar menyertai agama tersebut.” Sebaliknya, kami tidak mengira semua orang yang mengaku diri sebagai Saksi. Kami hanya mengira orang yang menginjil dan melaporkan aktiviti penyebarannya.

a Tahun aktiviti penyebaran bermula dari 1 September sehingga 31 Ogos tahun berikutnya. Contohnya, tahun aktiviti penyebaran 2015 bermula dari 1 September 2014 sehingga 31 Ogos 2015.