Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mempunyai Bible Sendiri?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mempunyai Bible Sendiri?

 Saksi-Saksi Yehuwa menggunakan banyak jenis terjemahan Bible dalam bahan bacaan mereka. Namun kami biasa menggunakan New World Translation of the Holy Scriptures yang terdapat dalam sesetengah bahasa. Terjemahan ini tepat dan jelas, serta mengandungi nama Tuhan.

  •   Penggunaan nama Tuhan. Sesetengah penerbit Bible gagal menghormati Pengarang asalnya. Contohnya, satu terjemahan Bible menyenaraikan lebih daripada 70 orang yang telah menyumbang kepada pengeluarannya. Namun Bible ini sama sekali tidak menyebut nama Pengarang asalnya, iaitu Tuhan Yehuwa!

     Sebaliknya, terjemahan New World Translation menggunakan nama Tuhan yang muncul beribu-ribu kali dalam tulisan asal Bible. Walaupun begitu, nama ahli jawatankuasa yang menerbitkannya tidak diketahui.

  •   Ketepatan. Bukan semua terjemahan menyampaikan mesej Bible dengan tepat. Misalnya, Matius 7:13 dalam satu terjemahan Bible berbunyi, “Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang!” Namun, dalam bahasa asal, perkataan “kebinasaan” digunakan dan bukannya “neraka.” Mungkin para penterjemah Bible itu menggunakan perkataan “neraka” kerana menganggap bahawa orang jahat akan diseksa di neraka untuk selama-lamanya. Ajaran ini tidak disokong oleh Bible. Maka, terjemahan New World Translation dengan tepat menyatakan, “Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana jalan yang lebar dan luas menuju kebinasaan.”

  •   Jelas. Terjemahan yang baik bukan sahaja tepat, malah jelas dan mudah difahami. Fikirkan contoh di Roma 12:11, rasul Paulus menggunakan ungkapan yang secara harfiah bermaksud “semangat meluap-luap.” Oleh sebab ungkapan ini susah difahami oleh banyak orang, Bible New World Translation menterjemahkannya dalam cara yang mudah difahami. Terjemahan ini menyatakan bahawa daya aktif akan “menyemarakkan semangat” orang Kristian.

 Selain daripada mengandungi nama Tuhan, diterjemahkan dengan tepat dan jelas, New World Translation juga diedarkan tanpa sebarang bayaran. Hasilnya, jutaan orang dapat membaca Bible ini dalam bahasa ibunda mereka, bahkan orang yang miskin pun dapat memilikinya.