Apakah Kursus Pembelajaran Bible yang Ditawarkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa?
Saksi-Saksi Yehuwa menawarkan cara yang berkesan bagi anda untuk mempelajari ajaran Bible. Kursus pembelajaran Bible kami dapat membantu anda untuk:
Memiliki kehidupan yang bahagia
Menjadi sahabat Tuhan
Mempelajari tentang harapan masa depan yang dijanjikan Bible
Dalam rencana ini
Apakah yang berlaku semasa pembelajaran Bible?
Seorang pengajar peribadi akan membantu anda mempelajari Bible dengan menggunakan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Anda akan belajar topik demi topik tentang ajaran Bible dan manfaatnya bagi anda. Untuk ketahui lebih lanjut, tonton video ini.
Adakah bayaran dikenakan untuk mengikuti kursus ini?
Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa mengikut arahan yang diberikan Yesus kepada murid-muridnya: “Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.” (Matius 10:8) Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan bahan pembelajaran, yang merangkumi Bible dan bahan terbitan yang bertajuk Nikmati Hidup Selama-Lamanya!
Berapa panjangkah kursus ini?
Kursus ini mengandungi 60 pelajaran. Anda boleh memilih untuk belajar seberapa kerap dan seberapa banyak. Ramai orang memilih untuk belajar satu pelajaran atau lebih pada setiap minggu.
Apakah caranya untuk mengikuti kursus ini?
1. Isilah borang dalam talian. Kami hanya menggunakan data peribadi yang anda berikan untuk mengatur seorang Saksi Yehuwa menghubungi anda.
2. Seorang pengajar akan menghubungi anda. Pengajar anda akan menjelaskan cara kursus ini diadakan dan akan menjawab apa sahaja pertanyaan anda.
3. Buatlah aturan bersama pengajar anda. Pembelajaran Bible boleh dilakukan secara bersemuka atau melalui telefon, panggilan video, surat-menyurat, atau e-mel. Sesi pembelajaran biasanya berlangsung selama satu jam. Namun, anda boleh memilih untuk belajar bagi tempoh masa yang lebih pendek atau lebih panjang mengikut jadual anda.
Bolehkah saya mencuba satu sesi dahulu?
Boleh. Untuk berbuat demikian, isilah borang dalam talian. Apabila pengajar menghubungi anda, beritahulah dia bahawa anda mahu mencuba satu sesi dahulu. Pengajar anda akan menggunakan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! yang hanya mengandungi tiga pelajaran untuk membantu anda lihat sama ada anda suka kursus pembelajaran ini.
Jika saya menerima tawaran pembelajaran Bible, adakah pengajar akan memaksa saya menjadi seorang Saksi Yehuwa?
Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa suka mengajarkan Bible kepada orang lain, tetapi kami tidak memaksa sesiapa pun untuk menyertai agama kami. Sebaliknya, kami hanya menyampaikan apa yang dikatakan Bible, dan menghormati hak setiap orang untuk memilih sendiri apa yang dipercayainya.—1 Petrus 3:15.
Bolehkah saya menggunakan Bible sendiri?
Boleh. Anda boleh menggunakan terjemahan Bible yang anda suka. Walaupun kami suka menggunakan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang tepat dan mudah difahami, kami sedar bahawa ramai orang lebih suka menggunakan terjemahan yang biasa digunakan mereka.
Bolehkah saya menjemput orang lain untuk menyertai pembelajaran Bible?
Boleh. Anda boleh menjemput seluruh keluarga atau kawan-kawan anda.
Jika saya pernah belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa dahulu, bolehkah saya belajar lagi?
Boleh. Anda mungkin akan lebih menikmati kursus ini kerana kursus ini telah dikemas kini mengikut keperluan orang pada hari ini. Kursus pembelajaran baharu ini lebih interaktif dan mengandungi lebih banyak gambar dan video berbanding dahulu.
Bolehkah saya belajar Bible tanpa dibantu oleh pengajar peribadi?
Boleh. Walaupun kebanyakan pelajar dapat belajar dengan lebih baik dengan adanya bantuan seorang pengajar, sesetengah orang lebih suka belajar sendiri pada mulanya. Di bahagian Alat Bantu Pembelajaran Bible, terdapat senarai alat bantu dan bahan rujukan yang percuma, yang dapat membantu anda untuk belajar Bible. Berikut adalah beberapa alat bantu yang disediakan:
Video Bible. Pelajaran dalam video-video singkat ini menjawab soalan Bible yang penting.
Jawapan kepada Soalan Bible. Rencana-rencana ini menjawab pelbagai soalan Bible.
Ayat Bible Dijelaskan. Ketahui maksud sebenar bagi frasa dan ayat Bible yang terkenal.