1 Korintus 1:1-31

  • Salam (1-3)

  • Paulus bersyukur kepada Tuhan bagi orang Korintus (4-9)

  • Gesaan untuk bersatu padu (10-17)

  • Kristus, kuasa dan kebijaksanaan Tuhan (18-25)

  • Berbangga kerana Yehuwa sahaja (26-31)

1  Aku, Paulus, yang dipanggil menurut kehendak Tuhan untuk menjadi rasul+ Kristus Yesus, dan saudara kita Sostenes,  mengirim surat ini kepada sidang Tuhan di Korintus,+ iaitu kepada kamu yang telah disucikan untuk bersatu dengan Kristus Yesus,+ dan yang dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi umat suci-Nya. Surat ini juga ditujukan kepada semua orang di merata tempat yang menyeru nama Tuan kita, Yesus Kristus,+ iaitu Tuan mereka dan Tuan kita:  Semoga kamu semua dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada Tuhan, Bapa kita, dan Tuan Yesus Kristus.  Aku sentiasa bersyukur kepada Tuhanku bagi kamu, kerana Tuhan telah menunjukkan kebaikan hati-Nya yang unggul kepada kamu melalui Kristus Yesus.  Melaluinya, kamu menjadi kaya dalam segala hal. Kamu pandai berucap dan memiliki pengetahuan yang serba lengkap,+  kerana kesaksian mengenai Kristus+ telah berurat berakar dalam kalangan kamu.  Oleh itu, kamu tidak kekurangan apa-apa* sementara kamu menanti-nantikan masanya Tuan Yesus Kristus disingkapkan.+  Dia akan meneguhkan kamu sampai akhir, supaya tiada sesiapa pun yang mempunyai alasan untuk menuduh kamu pada hari Tuan Yesus Kristus.+  Tuhan yang setia+ telah memanggil kamu agar bersatu dengan Anak-Nya, iaitu Tuan Yesus Kristus. 10  Saudara-saudara, atas nama Tuan Yesus Kristus, aku menggesa kamu: Hendaklah kamu semua seia sekata dalam percakapan kamu supaya tiada perpecahan yang berlaku dalam kalangan kamu.+ Hendaklah kamu bersatu padu, sefikiran, dan sependapat.+ 11  Saudara-saudaraku, aku berkata demikian kerana beberapa orang daripada keluarga Kloe telah memberitahu aku bahawa ada perselisihan yang berlaku dalam kalangan kamu. 12  Maksudku, ada antara kamu yang berkata, “Aku milik Paulus,” “Aku milik Apolos,”+ “Aku milik Kefas,”* atau “Aku milik Kristus.” 13  Adakah sidang Kristus sudah berpecah belah? Adakah Paulus dihukum bunuh pada tiang untuk kamu? Adakah kamu dibaptis atas nama Paulus? 14  Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku tidak pernah membaptis sesiapa pun dalam kalangan kamu kecuali Krispus+ dan Gayus.+ 15  Oleh itu, tiada sesiapa pun dapat mengatakan bahawa kamu dibaptis atas namaku. 16  Sebenarnya, aku juga membaptis Stefanas+ dan seisi rumah tangganya. Namun selain mereka, seingat aku, aku tidak pernah membaptis orang lain. 17  Hal ini demikian kerana Kristus mengutus aku, bukan untuk membaptis orang, tetapi untuk mengisytiharkan berita baik.+ Aku mengisytiharkan berita baik tanpa menggunakan kata-kata yang bijak, supaya kematian Kristus pada tiang seksaan* tidak menjadi sia-sia. 18  Bagi orang yang menuju kebinasaan,+ perkhabaran tentang tiang seksaan* merupakan kebodohan. Namun, bagi kita yang akan diselamatkan, perkhabaran itu ialah kuasa Tuhan,+ 19  kerana ada tertulis, “Aku akan melenyapkan kebijaksanaan orang bijak, dan kepandaian orang pandai akan Aku tolak.”+ 20  Di manakah orang yang bijaksana? Di manakah para jurutulis hukum?* Di manakah ahli debat dalam sistem dunia ini?* Bukankah Tuhan sudah menunjukkan bahawa kebijaksanaan dunia ini ialah kebodohan belaka? 21  Orang di dunia tidak dapat mengenal Tuhan+ melalui kebijaksanaan sendiri,+ tetapi Tuhan sudi menyelamatkan mereka yang percaya melalui perkhabaran kita yang dianggap bodoh.+ Dengan ini, Tuhan telah menunjukkan kebijaksanaan-Nya. 22  Orang Yahudi meminta tanda-tanda,+ dan orang Yunani mencari kebijaksanaan, 23  tetapi kita menyebarkan perkhabaran tentang Kristus yang dihukum bunuh pada tiang. Perkhabaran itu telah menjadi batu sandungan bagi orang Yahudi, dan dianggap bodoh oleh bangsa-bangsa lain.+ 24  Namun, bagi orang Yahudi dan orang Yunani yang dipanggil oleh Tuhan, Kristus ialah kuasa dan kebijaksanaan Tuhan.+ 25  Hal ini demikian kerana apa yang dianggap sebagai kebodohan Tuhan sebenarnya lebih bijaksana daripada kebijaksanaan manusia, dan apa yang dianggap sebagai kelemahan Tuhan sebenarnya lebih kuat daripada kekuatan manusia.+ 26  Saudara-saudara, kamu telah memperhatikan bahawa semasa Tuhan memanggil kamu, hanya segelintir daripada kamu yang dianggap bijaksana menurut pandangan manusia,+ hanya segelintir yang berkuasa, dan hanya segelintir yang berasal daripada golongan bangsawan.+ 27  Namun, Tuhan telah memilih orang* yang dianggap bodoh di dalam dunia ini untuk memalukan orang yang bijaksana. Tuhan telah memilih orang yang dianggap lemah di dalam dunia ini untuk memalukan orang yang kuat.+ 28  Tuhan telah memilih orang yang tidak penting, dipandang rendah, dan dianggap tidak bernilai di dalam dunia ini, supaya orang yang dianggap penting menjadi tidak berguna.+ 29  Dengan ini, tiada sesiapa pun dapat membanggakan dirinya di hadapan Tuhan. 30  Sebaliknya, Tuhanlah yang menjadikan kamu bersatu dengan Kristus Yesus. Yesus telah menyingkapkan kebijaksanaan Tuhan dan menunjukkan apa yang benar.+ Melalui dia, kita disucikan+ dan melalui tebusannya, kita dibebaskan.+ 31  Oleh itu, seperti yang tertulis, “Sesiapa yang berbangga, hendaklah dia berbangga kerana Yehuwa.”*+

Nota Kaki

Atau “satu kurnia pun.”
Juga dipanggil Petrus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Iaitu, orang yang arif dalam Hukum.
Atau “zaman ini?” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “perkara-perkara.”