1 Korintus 3:1-23

  • Orang Korintus masih berfikiran duniawi (1-4)

  • Tuhan yang menyebabkannya bertumbuh (5-9)

    • Rakan sekerja Tuhan (9)

  • Membina menggunakan bahan tahan api (10-15)

  • Kamu ialah Rumah Tuhan (16, 17)

  • Tuhan menganggap kebijaksanaan dunia suatu kebodohan (18-23)

3  Saudara-saudara, aku tidak dapat bercakap kepada kamu seperti kepada orang yang berfikiran rohani.+ Sebaliknya aku bercakap kepada kamu seperti kepada orang yang berfikiran duniawi,* atau kepada orang yang masih seperti bayi+ sehubungan dengan haluan Kristus.  Aku telah memberi kamu susu dan bukan makanan yang keras kerana kamu masih tidak dapat mencernakan makanan yang keras. Bahkan sekarang pun kamu masih tidak dapat berbuat demikian,+  kerana kamu masih berfikiran duniawi.+ Apabila ada kecemburuan dan perkelahian dalam kalangan kamu, bukankah hal itu menunjukkan bahawa kamu ialah orang yang berfikiran duniawi+ dan berkelakuan seperti orang di dalam dunia ini?  Apabila seseorang berkata, “Aku milik Paulus,” tetapi yang lain pula berkata, “Aku milik Apolos,”+ bukankah kelakuan kamu seperti kelakuan orang dunia ini?  Sebenarnya, siapakah Apolos? Siapakah Paulus? Kami hanyalah hamba+ yang melaksanakan kerja masing-masing yang dikurniakan oleh Tuan kita. Kami sekadar membantu kamu menjadi pengikut Yesus.  Aku menanam,+ Apolos menyiram,+ tetapi Tuhanlah yang menyebabkannya terus bertumbuh.  Jadi orang yang menanam atau orang yang menyiram tidaklah penting. Yang penting ialah Tuhan yang menyebabkannya bertumbuh.+  Orang yang menanam dan orang yang menyiram mempunyai tujuan yang sama, tetapi setiap orang akan menerima ganjaran menurut kerja masing-masing.+  Kami ialah rakan sekerja Tuhan. Kamu pula ialah ladang Tuhan yang sedang diusahakan dan rumah yang dibina oleh Tuhan.+ 10  Dengan kebaikan hati Tuhan yang unggul, yang diberikan kepadaku, aku menjadi seperti jurubina utama yang mahir.* Aku telah meletakkan asas,+ tetapi orang lain yang membina bangunan di atas asas itu. Namun, biarlah setiap orang terus memperhatikan bagaimana dia membina di atas asas tersebut. 11  Hal ini demikian kerana tidak ada orang yang dapat meletakkan asas yang lain untuk menggantikan asas yang sedia ada, iaitu Yesus Kristus.+ 12  Ada orang yang menggunakan emas, perak, atau batu-batu berharga untuk membina di atas asas itu. Ada juga yang menggunakan kayu, rumput kering, atau jerami. 13  Tetapi kerja setiap orang akan dinyatakan apabila hari untuk mengujinya tiba. Api akan menyingkapkan segala-galanya+ dan api itu akan membuktikan sebaik mana mutu kerja setiap orang. 14  Jika hasil kerja seseorang yang didirikan di atas asas itu tidak terbakar, dia akan menerima ganjarannya. 15  Namun, jika hasil kerja seseorang habis terbakar, dia akan mengalami kerugian. Walaupun dia sendiri akan diselamatkan, dia akan menjadi seperti orang yang terselamat daripada kebakaran. 16  Tidakkah kamu tahu bahawa kamu ialah Rumah Tuhan,+ dan kuasa suci Tuhan tinggal dalam diri kamu?+ 17  Jika seseorang memusnahkan Rumah Tuhan, Tuhan akan memusnahkan orang itu, kerana Rumah Tuhan itu suci, dan kamulah Rumah Tuhan.+ 18  Janganlah sesiapa pun menipu diri sendiri. Jika ada sesiapa dalam kalangan kamu berfikir bahawa dirinya bijaksana dalam sistem dunia ini,* biarlah orang itu menjadi bodoh supaya dia benar-benar menjadi bijaksana. 19  Tuhan menganggap kebijaksanaan dunia ini sebagai suatu kebodohan, kerana ada tertulis, “Tuhan memerangkap orang bijaksana dengan kelicikan mereka sendiri.”+ 20  Selain itu ada tertulis, “Yehuwa* tahu bahawa pemikiran orang bijaksana itu sia-sia.”+ 21  Oleh itu, janganlah sesiapa pun bercakap besar tentang apa yang dilakukan oleh manusia, kerana segala-galanya milik kamu, 22  sama ada Paulus, Apolos, Kefas,*+ dunia, kehidupan, kematian, perkara-perkara yang ada sekarang, atau perkara-perkara yang akan datang. Semua ini ialah milik kamu; 23  kamu ialah milik Kristus;+ Kristus ialah milik Tuhan.

Nota Kaki

Harfiah, “orang jasmani.”
Atau “jurubina yang bijaksana.”
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Juga dipanggil Petrus.