Satu Korintus 6:1-20

  • Orang Kristian mendakwa satu sama lain di mahkamah (1-8)

  • Orang yang tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan (9-11)

  • Gunakan tubuh untuk memuliakan Tuhan (12-20)

    • ‘Jauhkan diri daripada perbuatan seks yang tidak bermoral!’ (18)

6  Jika timbulnya persengketaan antara dua orang dalam kalangan kamu,+ mengapakah kamu tidak membawa perkara itu kepada umat suci Tuhan? Mengapakah kamu berani membawa perkara itu ke mahkamah untuk dihakimi oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus? 2  Tidakkah kamu tahu bahawa umat suci Tuhan akan menghakimi dunia?+ Jika kamulah yang akan menghakimi dunia, tidakkah kamu layak untuk mengadili hal-hal yang begitu kecil? 3  Tidakkah kamu tahu bahawa kita akan menghakimi malaikat-malaikat?+ Jika demikian, mengapakah kamu tidak dapat mengadili perkara-perkara dalam hidup ini? 4  Jika timbul perkara-perkara dalam hidup ini yang harus diadili,+ mengapakah kamu memilih orang yang dipandang rendah oleh sidang untuk menjadi hakim? 5  Aku berkata demikian supaya kamu berasa malu. Setidak-tidaknya tentu ada seseorang yang bijaksana dalam kalangan kamu, yang dapat mengadili persengketaan antara saudara-saudaranya. 6  Namun sekarang, seorang saudara membawa saudara yang lain ke mahkamah untuk dihakimi oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus! 7  Sebenarnya kamu memalukan diri sendiri apabila kamu mendakwa satu sama lain di mahkamah. Mengapakah kamu tidak membiarkan diri kamu diperlakukan dengan tidak adil?+ Mengapakah kamu tidak membiarkan diri kamu ditipu? 8  Sebaliknya, kamu menipu dan memperlakukan saudara-saudara kamu sendiri dengan tidak adil! 9  Tidakkah kamu tahu bahawa orang yang berbuat jahat tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan?+ Janganlah menipu diri sendiri. Orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,*+ orang yang menyembah berhala,+ orang yang berzina,+ lelaki yang rela ditiduri lelaki lain,+ lelaki yang meniduri lelaki,*+ 10  orang yang mencuri, yang tamak,+ yang mabuk,+ yang suka mencaci, dan yang memeras ugut, tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan.+ 11  Demikianlah cara hidup sesetengah orang antara kamu dahulu. Namun, atas nama Tuan Yesus Kristus, dan melalui kuasa suci Tuhan kita, kamu sekarang sudah dibersihkan,+ disucikan,+ dan diperkenankan Tuhan.+ 12  Aku dibenarkan untuk melakukan segala sesuatu, tetapi bukan segala-galanya bermanfaat.+ Aku dibenarkan untuk melakukan segala sesuatu, tetapi aku tidak akan membiarkan diriku dikongkong oleh apa-apa pun. 13  Makanan adalah untuk perut dan perut adalah untuk makanan, tetapi Tuhan akan meniadakan kedua-duanya.+ Tubuh kita bukanlah untuk melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* tetapi untuk berkhidmat kepada Tuan kita,+ dan Tuan kita akan memelihara tubuh kita. 14  Tuhan telah membangkitkan Tuan Yesus,+ dan Dia juga akan membangkitkan kita daripada kematian+ dengan menggunakan kuasa-Nya.+ 15  Tidakkah kamu tahu bahawa tubuh kamu ialah anggota tubuh Kristus?+ Jika begitu, bolehkah aku mengambil anggota tubuh Kristus untuk dijadikan anggota tubuh seorang pelacur? Sudah pasti tidak! 16  Tidakkah kamu tahu bahawa sesiapa yang bersetubuh dengan pelacur sudah menjadi satu dengan pelacur itu? Tuhan berfirman, “Mereka berdua akan menjadi satu.”+ 17  Namun bagi sesiapa yang bersatu dengan Tuan kita, fikirannya sudah menjadi satu dengan fikiran Tuan kita.+ 18  Jauhkanlah diri kamu* daripada perbuatan seks yang tidak bermoral!*+ Semua dosa lain yang dilakukan oleh seseorang tidak dilakukan terhadap tubuhnya sendiri, tetapi sesiapa yang mengamalkan perbuatan seks yang tidak bermoral berdosa terhadap tubuhnya sendiri.+ 19  Tidakkah kamu tahu bahawa tubuh kamu ialah tempat kediaman+ kuasa suci Tuhan? Kuasa suci itu dikurniakan oleh Tuhan kepada kamu dan tinggal dalam diri kamu.+ Hendaklah kamu tahu bahawa kamu bukanlah milik kamu sendiri,+ 20  kerana kamu sudah dibeli dengan harga yang tinggi.+ Oleh itu, gunakanlah tubuh+ kamu untuk memuliakan Tuhan.+

Nota Kaki

Atau “orang yang melakukan hubungan homoseksual.”
Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Harfiah, “Larilah.”