Satu Raja-Raja 10:1-29

  • Ratu dari Syeba melawat Salomo (1-13)

  • Kekayaan Salomo (14-29)

10  Ratu dari Syeba mendengar tentang kemasyhuran Salomo yang berkait rapat dengan nama Yehuwa.+ Maka dia datang untuk menguji Salomo dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar.+ 2  Dia datang ke Yerusalem bersama rombongan yang sangat besar+ dan unta-unta yang membawa minyak balsam,*+ batu-batu berharga, dan emas yang sangat banyak. Dia menghadap Salomo untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya, 3  dan Salomo menjawab semuanya. Tidak ada satu soalan pun yang terlalu susah bagi Salomo. 4  Apabila ratu dari Syeba melihat kebijaksanaan Salomo,+ istana yang telah dibinanya,+ 5  makanan di mejanya,+ aturan tempat duduk pegawainya, cara kerja dan pakaian para pelayannya, pengurus minumannya, dan korban-korban bakar yang sering dipersembahkannya di Rumah Yehuwa, ratu itu berasa sangat kagum. 6  Oleh itu, ratu berkata kepada raja, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang pencapaian* dan kebijaksanaan tuanku. 7  Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata sendiri. Apa yang beta dengar itu tidak separuh pun daripada apa yang beta nampak sekarang. Kebijaksanaan dan kekayaan tuanku jauh lebih banyak daripada apa yang telah beta dengar. 8  Berbahagialah rakyat tuanku dan para pegawai tuanku yang sentiasa bersama tuanku kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan tuanku!+ 9  Terpujilah Yehuwa, Tuhan tuanku!+ Dia berkenan kepada tuanku dan menjadikan tuanku raja Israel. Kasih Yehuwa kepada Israel kekal selama-lamanya, maka Dia telah menjadikan tuanku sebagai raja supaya tuanku dapat menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar.” 10  Ratu dari Syeba memberi Salomo 120 talenta* emas, minyak balsam yang banyak sekali,+ dan batu-batu berharga.+ Belum pernah ada orang yang memberikan begitu banyak minyak balsam kepada Raja Salomo seperti yang diberikan oleh ratu itu. 11  Kapal-kapal Hiram yang membawa emas dari Ofir+ juga membawa batu-batu berharga+ dan kayu cendana+ dalam jumlah yang sangat banyak. 12  Raja menggunakan kayu itu untuk membuat tiang-tiang Rumah Yehuwa dan tiang-tiang istana raja. Dia juga menggunakan kayu itu untuk membuat kecapi dan alat muzik yang bertali untuk para penyanyi.+ Kayu cendana sebanyak itu tidak pernah dibawa atau dilihat lagi sampai hari ini. 13  Dengan murah hati, Raja Salomo memberikan hadiah-hadiah kepada ratu itu. Selain itu, dia juga memberi ratu itu segala yang diminta dan diingini olehnya. Kemudian ratu itu pulang ke negerinya bersama hamba-hambanya.+ 14  Setiap tahun, Salomo menerima 666 talenta emas.+ 15  Selain itu, dia juga mendapat keuntungan daripada para saudagar, para pedagang, semua raja orang Arab, dan gabenor wilayahnya. 16  Raja Salomo menggunakan emas campuran untuk membuat 200 buah perisai besar+ (sebanyak 600 syekel* emas digunakan untuk membuat setiap perisai).+ 17  Dia juga menggunakan emas campuran untuk membuat 300 buah perisai kecil* (sebanyak 3 mina* emas digunakan untuk membuat setiap perisai kecil). Selepas itu, raja meletakkan semua perisai itu ke dalam Rumah Hutan Lebanon.+ 18  Raja juga membuat sebuah takhta yang besar+ daripada gading dan melapisinya dengan emas murni.+ 19  Di depan takhta itu, ada enam anak tangga, dan bahagian atas takhta itu berbentuk bulat. Takhta itu mempunyai tempat letak tangan pada kedua-dua sisinya, dan terdapat sebuah patung singa yang berdiri pada kedua-dua sisi itu.+ 20  Pada hujung kiri dan kanan tiap-tiap anak tangga itu, ada sebuah patung singa; kesemuanya ada 12 buah patung singa. Tidak ada kerajaan lain yang mempunyai takhta seperti itu. 21  Semua cawan Raja Salomo diperbuat daripada emas, dan semua perkakas di Rumah Hutan Lebanon+ diperbuat daripada emas tulen. Perak tidak digunakan sama sekali kerana pada zaman Salomo, perak dianggap tidak berharga.+ 22  Raja mempunyai kapal-kapal Tarsis+ yang belayar di laut bersama kapal-kapal Hiram. Sekali dalam tiga tahun, kapal-kapal Tarsis itu akan kembali dengan membawa emas, perak, gading,+ beruk, dan burung merak. 23  Raja Salomo lebih kaya+ dan lebih bijaksana+ daripada semua raja lain di bumi. 24  Semua orang di seluruh bumi datang menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang telah dikurniakan Tuhan kepadanya.+ 25  Setiap orang yang mengunjungi Raja Salomo membawa hadiah untuknya, iaitu barangan perak dan emas, pakaian, senjata, minyak balsam, kuda, dan baghal. Hal ini berterusan tahun demi tahun. 26  Bilangan kereta kuda dan kuda* Salomo terus bertambah sehingga dia mempunyai 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+ 27  Raja Salomo menjadikan perak di Yerusalem sama banyak seperti batu, dan kayu sedar sama banyak seperti pokok ara di Syefela.+ 28  Kuda-kuda milik Salomo dibeli dari Mesir. Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda itu* dengan harga yang telah ditetapkan.+ 29  Setiap kereta kuda yang dibeli dari Mesir berharga 600 keping perak, dan setiap kuda berharga 150 keping perak. Kemudian, kereta kuda dan kuda itu dijual kepada semua raja orang Het+ dan kepada raja-raja Siria.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “kata-kata.”
Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
Atau “askar-askar berkuda.”
Atau “dan 12,000 orang askar berkuda.”
Atau mungkin, “dibeli dari Mesir dan dari Kue. Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda dari Kue,” barangkali merujuk kepada Kilikia.