1 Raja-Raja 3:1-28

  • Salomo mengahwini anak perempuan Firaun (1-3)

  • Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo dalam mimpi (4-15)

    • Salomo meminta kebijaksanaan (7-9)

  • Salomo mengadili kes dua orang ibu (16-28)

3  Salomo menjadikan Firaun, raja Mesir, sekutunya dengan mengahwini anak perempuan Firaun.+ Dia membawa isterinya ke Kota Daud+ untuk tinggal di situ sehingga istananya,+ rumah Yehuwa,+ dan tembok di sekeliling Yerusalem selesai dibina.+  Tetapi rakyat masih mempersembahkan korban di tempat-tempat tinggi+ kerana pada masa itu, rumah untuk memuliakan nama Yehuwa belum lagi dibina.+  Salomo mengasihi Yehuwa dan hidup menurut perintah bapanya Daud. Tetapi dia masih mempersembahkan korban dan membakarnya di tempat-tempat tinggi.+  Raja Salomo pergi ke Gibeon untuk mempersembahkan korban di sana kerana Gibeon ialah tempat tinggi+ yang terkenal. Dia mempersembahkan 1,000 ekor binatang sebagai korban bakar di atas mazbah yang ada di sana.+  Di Gibeon, Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo dalam sebuah mimpi pada waktu malam. Dalam mimpi itu, Tuhan berfirman, “Mintalah apa sahaja yang engkau inginkan.”+  Salomo menjawab, “Engkau telah menunjukkan kasih setia yang melimpah kepada bapaku Daud kerana dia melakukan apa yang benar, dan memperlihatkan kesetiaan dan ketulusan hati di hadapan-Mu. Engkau terus menunjukkan kasih setia yang melimpah kepadanya sehingga hari ini dengan memberikan takhtanya kepada anaknya.+  Sekarang Yehuwa, Tuhanku, Engkau telah menjadikan hambamu ini raja untuk menggantikan bapaku Daud walaupun aku masih muda dan tidak berpengalaman.+  Hamba-Mu ini berada dalam kalangan umat pilihan-Mu,+ iaitu umat yang sangat besar bilangannya sehingga tidak dapat dihitung.  Siapakah yang dapat menghakimi umat-Mu+ yang begitu besar bilangannya? Oleh itu, berilah hamba-Mu ini hati yang taat supaya aku dapat menjadi hakim yang dapat menentukan apa yang baik dan apa yang buruk+ bagi umat-Mu.” 10  Yehuwa berkenan pada permintaan Salomo.+ 11  Maka Tuhan berfirman kepadanya, “Engkau telah meminta pengertian untuk menghakimi umat-Ku dengan baik, dan bukannya umur panjang, kekayaan, ataupun kematian musuhmu. Oleh itu,+ 12  Aku akan menunaikan permintaanmu.+ Aku akan memberi engkau hati yang bijaksana dan yang berpengertian,+ dan tiada orang yang hidup sebelum atau selepas engkau akan menjadi seperti engkau.+ 13  Selain itu, meskipun engkau tidak meminta kekayaan dan kemuliaan, Aku tetap akan memberikannya kepadamu.+ Sepanjang umurmu, tidak akan ada seorang raja pun yang setanding denganmu.+ 14  Jika engkau hidup selaras dengan peraturan dan hukum-Ku seperti bapamu Daud,+ Aku juga akan mengurniai engkau umur yang panjang.”+ 15  Apabila Salomo terjaga, barulah dia sedar bahawa dia telah bermimpi. Selepas itu, dia pergi ke Yerusalem. Dia menghadap tabut perjanjian Yehuwa lalu mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian.+ Kemudian dia mengadakan sebuah jamuan untuk semua pegawainya. 16  Pada masa itu, dua orang pelacur datang menghadap raja. 17  Wanita pertama berkata, “Tuanku, perempuan ini tinggal serumah dengan hamba. Ketika hamba melahirkan anak, dia berada di rumah bersama hamba. 18  Tiga hari selepas hamba melahirkan seorang anak lelaki, dia juga melahirkan seorang anak lelaki. Hamba berdua sahaja yang tinggal di dalam rumah, dan tiada orang lain bersama hamba berdua. 19  Pada suatu malam, semasa dia sedang tidur, dia telah menindih anaknya dengan tidak sengaja sehingga anaknya mati. 20  Pada tengah malam, dia bangun lalu mengambil anak hamba dari sisi hamba semasa hamba sedang tidur. Selepas itu, dia meletakkan anaknya yang sudah mati di sisi hamba dan mengambil anak hamba lalu membaringkannya di sisinya. 21  Keesokan paginya, semasa hamba bangun untuk menyusui anak hamba, hamba mendapati bahawa anak itu sudah mati. Tetapi apabila hamba melihat anak itu dengan lebih teliti, hamba sedar bahawa anak itu bukan anak hamba.” 22  Wanita yang seorang lagi berkata, “Tidak, anak yang hidup itu memang anakku. Anak yang sudah mati itu anakmu!” Tetapi wanita yang pertama pula berkata, “Tidak, anak yang sudah mati itu anakmu. Anak yang hidup itu anakku.” Demikianlah mereka bertengkar di hadapan raja. 23  Akhirnya raja berkata, “Yang seorang berkata, ‘Anak yang hidup itu memang anakku. Anak yang sudah mati itu anakmu!’ Yang seorang lagi pula berkata, ‘Tidak, anak yang sudah mati itu anakmu. Anak yang hidup itu anakku!’” 24  Raja menyambung, “Bawakanlah beta sebilah pedang.” Maka sebilah pedang dibawa kepada raja. 25  Raja berkata, “Potonglah anak yang hidup ini menjadi dua. Berikan satu potong kepada wanita ini, dan satu potong kepada wanita yang seorang lagi.” 26  Dengan segera, ibu kepada anak yang masih hidup itu merayu kepada raja, “Ampun tuanku, berikan sahaja anak yang hidup itu kepada dia! Jangan bunuh anak itu!” Dia berkata demikian kerana dia sangat mengasihi anaknya. Tetapi wanita yang seorang lagi berkata, “Anak itu tidak akan menjadi milik kamu ataupun milik aku! Potonglah anak itu!” 27  Maka raja berkata, “Jangan bunuh anak itu! Berikanlah anak yang hidup itu kepada wanita yang pertama kerana dialah ibunya.” 28  Segenap umat Israel mendengar tentang keputusan yang dibuat oleh raja. Mereka berasa amat kagum terhadap Raja Salomo+ kerana Tuhan telah mengurniakan kebijaksanaan kepadanya untuk menghakimi mereka dengan baik.+

Nota Kaki