1 Raja-Raja 4:1-34

  • Pentadbiran Salomo (1-19)

  • Kemakmuran semasa pemerintahan Salomo (20-28)

    • Hidup damai di bawah pokok anggur dan pokok ara (25)

  • Hikmat Salomo dan peribahasa yang dikarangnya (29-34)

4  Raja Salomo memerintah atas seluruh negeri Israel.+  Berikut merupakan pegawai-pegawai tingginya: Azarya anak Zadok+ ialah imam;  Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak Shisa, ialah setiausaha;+ Yehosafat+ anak Ahilud ialah pencatat;  Benaya+ anak Yehoyada ialah ketua tentera; Zadok dan Abiatar+ ialah imam;  Azarya anak Natan+ ialah ketua semua pembesar; Zabud anak Natan ialah imam dan sahabat raja;+  Ahisar ialah pengurus istana; dan Adoniram+ anak Abda bertanggungjawab atas orang yang diwajibkan untuk bekerja bagi raja.+  Raja Salomo mempunyai 12 orang pembesar di Israel. Mereka bertanggungjawab untuk menyediakan makanan bagi raja dan seisi istananya. Setiap pembesar bertanggungjawab untuk menyediakan makanan selama sebulan dalam setahun.+  Berikut merupakan nama-nama pembesar itu: Anak Hur, di kawasan pergunungan Efraim;  anak Deker, di Makas, di Saalbim,+ di Bet-semes, dan di Elon-bet-hanan; 10  anak Hesed, di Arubot (dia berkuasa atas Sokho dan seluruh tanah Hefer); 11  anak Abinadab, di seluruh tanah tinggi Dor (dia mengahwini Tafat, iaitu anak perempuan Salomo); 12  Baana anak Ahilud, di Taanakh, di Megido,+ dan di seluruh Bet-sean+ (yang terletak dekat Zaretan, dan di bawah Yizreel), dari Bet-sean ke Abel-mehola di kawasan Yokmeam;+ 13  anak Geber, di Ramot-gilead+ (dia berkuasa atas kampung-kampung perkhemahan milik Yair+ anak Manasye, di Gilead;+ dia juga berkuasa atas kawasan Argob+ di Basan+ yang merangkumi 60 kota besar yang mempunyai tembok dan palang pintu tembaga); 14  Ahinadab anak Ido, di Mahanaim;+ 15  Ahimaas, di Naftali (dia mengahwini Basmat, iaitu anak perempuan Salomo); 16  Baana anak Husai, di Asyer dan di Bealot; 17  Yehosafat anak Paruah, di Isakhar; 18  Simei+ anak Ela, di Benyamin;+ 19  Geber anak Uri, di Gilead+ (yang dahulunya dikuasai oleh Raja Sihon,+ iaitu raja orang Amori, dan Raja Og+ di Basan). Selain itu, terdapat seorang pembesar yang bertanggungjawab atas semua pembesar ini. 20  Penduduk Yehuda dan Israel sangat ramai seperti butir-butir pasir di laut.+ Mereka semua makan, minum, dan bergembira.+ 21  Salomo berkuasa atas semua kerajaan dari Sungai Efrat+ sampai ke negeri orang Filistin dan sempadan negeri Mesir. Semua rakyat di sana membayar ufti kepada Salomo dan melayaninya sepanjang hayatnya.+ 22  Setiap hari, bahan makanan yang diperlukan oleh Salomo ialah 30 bekas* tepung yang bermutu tinggi, 60 bekas* tepung, 23  10 ekor lembu kandang, 20 ekor lembu padang, 100 ekor biri-biri, burung-burung yang gemuk, kijang, dan pelbagai jenis rusa. 24  Salomo menakluki semua raja di sebelah barat Sungai Efrat,+ dari Tifsah sehinggalah ke Gaza,+ dan dia berkuasa atas segala sesuatu di situ. Semua kawasan di bawah pemerintahannya aman damai.+ 25  Sepanjang hayat Salomo, semua penduduk Yehuda dan Israel, dari Dan sampai ke Beer-syeba, hidup aman damai di bawah pokok anggur dan pokok ara masing-masing. 26  Raja Salomo mempunyai 4,000* kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda.*+ 27  Semua pembesar itu menyediakan makanan untuk Raja Salomo dan semua orang yang makan di mejanya. Setiap pembesar bertanggungjawab pada bulan yang telah ditentukan bagi mereka. Mereka juga memastikan agar tiada apa-apa yang kekurangan.+ 28  Selain itu, setiap pembesar bertanggungjawab untuk membekalkan barli dan jerami untuk kuda, termasuk kuda-kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan itu diperlukan. 29  Tuhan memberi Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa. Tuhan juga memberinya pengetahuan yang banyak* seperti pasir di pantai.+ 30  Raja Salomo menjadi jauh lebih bijaksana daripada semua orang yang menetap di Timur dan di Mesir.+ 31  Dia lebih bijaksana daripada semua orang. Kebijaksanaan Salomo jauh lebih hebat daripada Etan+ orang Ezrah, dan anak-anak Mahol, iaitu Heman,+ Kalkol,+ dan Darda. Nama Salomo menjadi terkenal di semua negeri di sekitarnya.+ 32  Dia mengarang 3,000 peribahasa+ dan menggubah 1,005 lagu.+ 33  Dia bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas tentang pokok-pokok sedar di Lebanon, tetapi juga tentang rumput hisop+ yang tumbuh pada tembok. Dia juga mempunyai pengetahuan tentang binatang yang besar,+ binatang yang menjalar,+ burung,+ dan ikan. 34  Orang dari segala bangsa datang untuk mendengar tentang kebijaksanaan Salomo, termasuk raja-raja di seluruh bumi yang telah mendengar tentang kebijaksanaannya.+

Nota Kaki

Harfiah, “30 kor.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “60 kor.”
Angka ini dijumpai dalam beberapa naskhah kuno dan di 2Ta 9:25. Sesetengah naskhah kuno menyatakan 40,000.
Atau “penunggang kuda.”
Harfiah, “hati yang luas.”