Satu Samuel 2:1-36

  • Doa Hana (1-11)

  • Dosa anak-anak lelaki Eli (12-26)

  • Yehuwa menghakimi keluarga Eli (27-36)

2  Kemudian Hana berdoa, “Hatiku bersukacita kerana Yehuwa;+Yehuwa memberiku kekuatan.* Aku membuka mulutku untuk menjawab musuhku,Kerana aku bersukacita dengan penyelamatan daripada-Mu.  2  Tiada sesiapa yang suci seperti Yehuwa,Tiada sesiapa pun yang sama seperti Engkau,+Ya Tuhan, tiada batu yang kukuh seperti Engkau.+  3  Janganlah terus bercakap dengan angkuh;Janganlah keluarkan kata-kata yang sombong dari mulutmu,Kerana Yehuwa ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui,+Dan Dia menilai perbuatan manusia dengan adil.  4  Busur pahlawan yang gagah akan dipatahkan,Sedangkan orang yang tersandung akan dikuatkan.+  5  Orang yang kenyang mesti bekerja untuk mendapatkan roti,Tetapi orang yang lapar tidak akan kelaparan lagi.+ Wanita yang mandul sudah melahirkan tujuh orang anak lelaki,+Tetapi wanita yang mempunyai banyak anak lelaki sudah mandul.  6  Yehuwa dapat mengambil nyawa dan memelihara nyawa;Dia dapat membawa orang ke Kuburan* dan membangkitkan mereka.+  7  Yehuwa dapat menjadikan seseorang miskin atau kaya;+Dia dapat merendahkan atau meninggikan seseorang.+  8  Dia mengangkat orang lemah dari debu;Dia meninggikan orang miskin dari longgokan abu,*+Supaya mereka duduk bersama para bangsawan,Dan mendapat tempat yang terhormat. Asas bumi ialah milik Yehuwa,+Dan Dia membentangkan tanah yang subur di atasnya.  9  Dia melindungi haluan umat-Nya yang setia,+Dan membuat orang jahat terbungkam dalam kegelapan.+Manusia tidak akan berjaya dengan kekuatan sendiri.+ 10  Yehuwa akan menghancurkan orang yang menentang-Nya;*+Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka.+ Yehuwa akan menghakimi sampai ke hujung bumi,+Dia akan memberikan kuasa kepada raja-Nya+Dan menguatkan* dia yang dilantik-Nya.”*+ 11  Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel yang masih kecil berkhidmat kepada Yehuwa+ di bawah pengawasan Imam Eli. 12  Anak-anak lelaki Eli sangat jahat;+ mereka tidak menghormati Yehuwa. 13  Berikut merupakan apa yang dilakukan mereka berkenaan bahagian korban yang ditetapkan untuk para imam:+ Sewaktu seseorang mempersembahkan korban, pembantu imam akan datang sambil membawa garpu besar. Sementara daging itu direbus, 14  pembantu itu akan memasukkan garpu ke dalam mana-mana periuk. Apa sahaja yang ditarik keluar dengan garpu akan diambil oleh imam. Semua orang Israel yang datang ke Silo akan diperlakukan seperti itu. 15  Selain itu, sebelum lemak binatang dibakar,+ pembantu imam akan datang dan berkata kepada orang yang mempersembahkan korban itu, “Berikan daging mentah kepada imam untuk dipanggang. Dia tidak mahu menerima daging yang sudah direbus.” 16  Jika orang itu berkata, “Pastikan lemak binatang dibakar terlebih dahulu.+ Kemudian barulah kamu boleh mengambil apa pun yang kamu ingini,” pembantu imam itu akan berkata, “Tidak! Berikannya kepadaku sekarang juga. Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!” 17  Demikianlah para pembantu itu melakukan dosa yang sangat besar di hadapan Yehuwa+ kerana mereka meremehkan korban yang dipersembahkan kepada Yehuwa. 18  Sementara itu, Samuel yang masih seorang budak kecil berkhidmat+ kepada Yehuwa. Dia memakai efod*+ yang diperbuat daripada kain linen. 19  Ibunya juga akan membuat jubah kecil yang tidak berlengan untuknya. Tiap-tiap tahun ibunya akan memberikan jubah itu kepadanya apabila dia datang bersama suaminya untuk mempersembahkan korban tahunan.+ 20  Eli memberkati Elkana dan isterinya lalu berkata, “Semoga Yehuwa mengurniai kamu seorang anak daripada isterimu ini, untuk menggantikan anak yang telah kamu serahkan kepada Yehuwa.”+ Selepas itu mereka pulang ke rumah. 21  Yehuwa memberikan perhatian kepada Hana lalu dia hamil.+ Dia melahirkan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Samuel pula terus membesar dan mendapat perkenan Yehuwa.*+ 22  Eli sudah sangat tua dan dia mendengar tentang segala yang dilakukan oleh anak-anaknya+ terhadap umat Israel. Dia juga tahu bahawa anak-anaknya telah meniduri para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.+ 23  Dia selalu berkata kepada mereka, “Aku sudah mendengar daripada semua orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu asyik melakukan hal sebegitu? 24  Hai anak-anakku, janganlah begitu. Apa yang aku dengar tentang kamu dalam kalangan umat Yehuwa tidak baik. 25  Jika seseorang berdosa terhadap manusia, orang lain dapat merayu kepada Yehuwa bagi pihaknya.* Tetapi jika seseorang berdosa terhadap Yehuwa,+ siapakah yang dapat berdoa untuknya?” Namun mereka tidak mahu mendengarkan bapa mereka, dan Yehuwa sudah membuat keputusan untuk membinasakan mereka.+ 26  Sementara itu, Samuel terus membesar dan semakin disenangi oleh Yehuwa dan manusia.+ 27  Seorang utusan daripada Tuhan datang kepada Eli dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku menampakkan diri kepada keluarga nenek moyangmu semasa mereka menjadi hamba kepada Firaun* di Mesir.+ 28  Daripada semua suku Israel,+ nenek moyangmu telah dipilih sebagai imam-Ku untuk mempersembahkan korban di atas mazbah,+ membakar kemenyan,* dan memakai efod semasa berkhidmat kepada-Ku. Aku telah memberi keluarga nenek moyangmu semua korban yang dibakar oleh orang Israel.+ 29  Mengapakah engkau menghina korban dan pemberian yang Aku perintahkan untuk dipersembahkan di tempat kediaman-Ku?+ Mengapakah engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada-Ku dengan menggemukkan dirimu dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat Israel?+ 30  “‘Itulah sebabnya Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman, “Sememangnya Aku telah menyatakan bahawa keluargamu dan keluarga nenek moyangmu akan sentiasa berkhidmat kepada-Ku.”+ Tetapi sekarang Yehuwa berfirman, “Aku sama sekali tidak akan membiarkan perkara itu berlaku lagi kerana mereka yang menghormati-Ku akan Aku hormati,+ tetapi mereka yang menghina-Ku akan dihina.” 31  Lihatlah! Masanya akan tiba apabila Aku menyingkirkan kekuatanmu dan kekuatan keluarga nenek moyangmu, sehingga tiada seorang lelaki pun dalam keluargamu yang akan hidup sampai usia tua.+ 32  Sementara orang Israel hidup makmur, engkau akan melihat musuhmu berada di tempat kediaman-Ku,+ dan tidak akan ada lagi orang yang lanjut usia dalam keluargamu. 33  Seorang daripada keturunanmu akan tetap berkhidmat di mazbah-Ku, tetapi dia akan menyebabkan matamu tidak dapat melihat lagi dan dia akan membawa dukacita kepadamu. Selain itu, sebahagian besar daripada keluargamu akan dibunuh dengan pedang.+ 34  Untuk menunjukkan bahawa apa yang Aku katakan ini benar, Aku akan memberikan satu tanda kepadamu: Kedua-dua orang anak lelakimu, Hofni dan Pinehas, akan mati pada hari yang sama.+ 35  Aku akan melantik seorang imam yang setia bagi-Ku,+ dan dia akan bertindak selaras dengan keinginan hati-Ku. Aku akan membina sebuah rumah* yang berkekalan untuknya, dan dia akan sentiasa berkhidmat kepada orang yang Aku urapi. 36  Orang yang masih hidup dalam keturunanmu akan pergi kepadanya dan bersujud untuk meminta upah dan seketul roti. Orang itu akan berkata, “Tolonglah, beri aku tugas sebagai imam supaya aku diberi sekeping roti untuk dimakan.”’”+

Nota Kaki

Harfiah, “Tandukku ditinggikan oleh Yehuwa.” Lihat Kamus, “Tanduk.”
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “timbunan sampah.”
Atau mungkin, “Orang yang menentang Yehuwa akan ketakutan.”
Harfiah, “meninggikan tanduk.” Lihat Kamus, “Tanduk.”
Atau “diurapi-Nya.”
Lihat Kamus.
Atau “membesar di hadapan Yehuwa,” iaitu di khemah suci Yehuwa.
Atau mungkin, “Tuhan akan menghakiminya.”
Harfiah, “hamba kepada rumah Firaun.” Firaun ialah gelaran bagi raja Mesir.
Atau mungkin, “membuat asap daripada korban naik berkepul-kepul.”
Iaitu, garis keturunan imam.