Satu Samuel 23:1-29
23 Pada suatu hari Daud diberitahu, “Orang Filistin sedang menyerang kota Kehila+ dan merampas biji-bijian di tempat mengirik* gandum.”
2 Maka Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Patutkah aku pergi menyerang orang Filistin?” Yehuwa menjawab, “Ya, pergilah serang orang Filistin dan selamatkanlah penduduk Kehila.”
3 Tetapi anak-anak buah Daud berkata kepadanya, “Lihatlah! Sekarang kita ketakutan di Yehuda,+ apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan berhadapan dengan barisan tentera orang Filistin!”+
4 Jadi Daud bertanya kepada Yehuwa lagi.+ Yehuwa menjawab, “Pergilah ke Kehila kerana Aku akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.”+
5 Oleh itu, Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila dan berperang melawan orang Filistin. Dia merampas ternakan mereka dan membunuh banyak orang Filistin. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk Kehila.+
6 Semasa Abiatar+ anak Ahimelekh melarikan diri kepada Daud di Kehila, dia juga membawa efod bersamanya.
7 Saul diberitahu, “Daud telah pergi ke Kehila.” Kemudian Saul berkata, “Tuhan telah menyerahkan Daud kepada beta.+ Daud sudah terperangkap kerana masuk ke dalam kota yang mempunyai pintu gerbang yang berpalang.”
8 Maka Saul mengumpulkan semua tenteranya untuk berperang. Mereka pergi ke Kehila untuk mengepung Daud dan anak buahnya.
9 Ketika Daud mendapat tahu bahawa Saul merancang untuk menyerangnya, dia berkata kepada Imam Abiatar, “Bawalah efod itu ke sini.”+
10 Daud berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, aku mendengar bahawa Saul bercadang untuk datang ke Kehila dan memusnahkan kota ini kerana aku.+
11 Adakah para pemimpin* Kehila akan menyerahkan aku ke dalam tangan Saul? Adakah Saul akan datang ke sini sebagaimana yang telah aku dengar? Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, tolonglah beritahu aku.” Maka Yehuwa berfirman, “Dia akan datang.”
12 Daud bertanya, “Adakah pemimpin Kehila akan menyerahkan aku dan anak buahku ke dalam tangan Saul?” Yehuwa menjawab, “Ya, mereka akan menyerahkan kamu semua ke dalam tangan Saul.”
13 Dengan segera, Daud berangkat bersama anak buahnya yang berjumlah kira-kira 600 orang.+ Mereka meninggalkan Kehila dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, ke mana sahaja mereka dapat pergi. Apabila Saul diberitahu bahawa Daud telah melarikan diri dari Kehila, dia tidak pergi mengejar Daud.
14 Daud tinggal di padang belantara di tempat-tempat yang tidak mudah diserang, iaitu di kawasan pergunungan di padang belantara berdekatan Zif.+ Saul terus mencarinya+ tetapi Yehuwa tidak menyerahkan Daud ke dalam tangan Saul.
15 Daud sedar bahawa* Saul bertekad untuk membunuhnya semasa Daud berada di padang belantara Zif di Hores.
16 Pada masa itu, Yonatan anak Saul pergi bertemu dengan Daud di Hores. Dia menguatkan keyakinan Daud terhadap Yehuwa.+
17 Dia berkata kepada Daud, “Janganlah takut, kerana kamu tidak akan jatuh ke dalam tangan bapaku Saul; kamu akan menjadi raja atas negeri Israel+ dan aku akan mendapat kedudukan di bawahmu; bapaku Saul juga tahu tentang hal ini.”+
18 Kemudian mereka berdua membuat perjanjian+ di hadapan Yehuwa. Daud terus tinggal di Hores manakala Yonatan pulang ke rumahnya.
19 Penduduk Zif kemudiannya pergi kepada Saul di Gibea.+ Mereka berkata, “Daud sedang bersembunyi berdekatan hamba sekalian+ di tempat-tempat yang tidak mudah diserang di Hores,+ iaitu di atas Bukit Hakhila,+ yang terletak di selatan Yesimon.*+
20 Datanglah bila-bila saja tuanku ingin dan hamba sekalian akan menyerahkan Daud ke dalam tangan tuanku.”+
21 Lalu Saul berkata, “Semoga Yehuwa memberkati kamu kerana menunjukkan belas kasihan terhadap beta.
22 Pergilah dan pastikanlah di mana sebenarnya Daud dan siapa yang nampak dia di situ, kerana beta mendengar bahawa dia sangat licik.
23 Periksalah dengan teliti semua tempat persembunyiannya dan kembalilah kepada beta dengan membawa bukti. Barulah beta akan mengikut kamu. Jika dia ada di kawasan itu, beta akan mencarinya bahkan dalam kalangan ribuan penduduk* Yehuda.”
24 Maka mereka berangkat dan pergi ke Zif+ mendahului Saul. Pada masa itu, Daud dan anak buahnya berada di padang belantara di Maon,+ di Araba+ yang terletak di selatan Yesimon.
25 Kemudian Saul datang bersama anak buahnya untuk mencari Daud.+ Apabila Daud mendapat tahu tentang hal itu, dia segera turun ke bukit batu+ dan tinggal di padang belantara di Maon. Ketika Saul mendengar hal itu, dia mengejar Daud ke padang belantara di Maon.
26 Saul tiba di satu bahagian gunung sedangkan Daud dan anak buahnya pula berada di bahagian lain gunung itu. Daud bergegas melarikan diri daripada Saul,+ tetapi Saul dan anak buahnya sudah menghampiri Daud dan anak buahnya untuk menangkap mereka.+
27 Namun seorang utusan datang kepada Saul dan berkata, “Tuanku, cepatlah pulang! Orang Filistin telah menyerang negeri kita!”
28 Oleh itu, Saul berhenti mengejar Daud+ lalu pergi berdepan dengan orang Filistin. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Bukit Batu Pemisahan.
29 Kemudian Daud pergi dari situ dan tinggal di tempat-tempat yang tidak mudah diserang di En-gedi.+