1 Samuel 28:1-25

  • Saul pergi ke En-dor untuk berjumpa dengan bomoh (1-25)

28  Pada waktu itu, orang Filistin mengumpulkan tentera mereka untuk berperang dengan orang Israel.+ Maka Akhis berkata kepada Daud, “Kamu tentu tahu bahawa kamu dan anak buahmu akan keluar berperang bersama beta.”+  Daud pun menjawabnya, “Ya, hamba tahu, dan tuanku juga tahu apa yang akan hamba lakukan.” Akhis berkata, “Itulah sebabnya beta akan menjadikan kamu pengawal peribadi beta buat selama-lamanya.”+  Semasa Samuel meninggal, semua orang Israel telah berkabung dan mengebumikannya di kotanya, iaitu Rama.+ Sebelum itu, Saul telah mengusir semua bomoh dan tukang tilik dari negeri Israel.+  Orang Filistin berkumpul dan berkhemah di Sunem.+ Saul pula mengumpulkan semua orang Israel lalu mereka berkhemah di Gilboa.+  Apabila Saul nampak perkhemahan orang Filistin, dia sangat takut dan hatinya gementar.+  Walaupun dia meminta petunjuk daripada Yehuwa,+ Yehuwa tidak menjawabnya, baik melalui mimpi, mahupun dengan Urim,*+ ataupun melalui para nabi.  Akhirnya Saul berkata kepada hamba-hambanya, “Carilah seorang wanita yang dapat memanggil roh orang mati.+ Beta akan pergi meminta petunjuk daripadanya.” Mereka menjawab, “Di En-dor, ada seorang wanita yang dapat berbuat demikian.”+  Oleh itu, Saul menyamar dan mengenakan pakaian lain lalu pergi berjumpa dengan wanita itu pada waktu malam bersama dengan dua orang pengiring. Dia berkata kepada wanita itu, “Gunakanlah kebolehanmu, dan ramalkanlah+ apa yang akan terjadi. Panggillah roh orang yang akan aku sebut namanya.”  Tetapi wanita itu berkata, “Tentu kamu tahu bahawa Saul telah mengusir semua bomoh dan tukang tilik dari negeri ini.+ Jadi mengapa kamu mahu memerangkap aku? Adakah kamu ingin aku dibunuh?”+ 10  Saul bersumpah atas nama Yehuwa dengan berkata, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, kamu tidak akan dihukum kerana melakukan hal ini!” 11  Wanita itu bertanya, “Siapakah yang harus aku panggil untuk kamu?” Saul menjawab, “Panggillah Samuel.” 12  Apabila wanita itu nampak “Samuel,”*+ dia berteriak dan berkata, “Tuanku Raja Saul! Mengapa tuanku menipu hamba?” 13  Raja berkata kepadanya, “Jangan takut. Beritahulah beta, apa yang kamu nampak?” Wanita itu menjawab, “Hamba nampak seseorang yang kelihatan seperti tuhan muncul dari bumi.” 14  Saul segera bertanya, “Bagaimanakah rupanya?” Wanita itu menjawab, “Rupanya seperti seorang lelaki tua. Dia memakai jubah yang tidak berlengan.”+ Maka Saul sedar bahawa orang itu ialah “Samuel,” lalu dia membongkok dan bersujud. 15  Kemudian “Samuel” berkata kepada Saul, “Mengapakah tuanku mengganggu hamba dan memanggil hamba keluar?” Saul menjawab, “Beta dilanda masalah besar. Orang Filistin sedang menyerang beta, dan Tuhan telah meninggalkan beta. Dia tidak mahu menjawab beta, baik melalui para nabi mahupun melalui mimpi.+ Itulah sebabnya beta memanggil kamu supaya kamu dapat memberitahu beta apa yang harus beta lakukan.”+ 16  “Samuel” berkata, “Yehuwa sudah meninggalkan+ tuanku dan menjadi musuh tuanku. Jadi mengapakah tuanku masih meminta petunjuk daripada hamba? 17  Yehuwa pasti akan melakukan apa yang telah difirmankan-Nya melalui hamba. Yehuwa pasti akan merampas kerajaan ini daripada tangan tuanku dan menyerahkannya kepada Daud.+ 18  Tuanku tidak mematuhi Yehuwa dan tidak menyingkirkan orang Amalek+ yang telah membangkitkan api kemurkaan-Nya. Itulah sebabnya Yehuwa melakukan hal ini terhadap tuanku pada hari ini. 19  Yehuwa akan menyerahkan tuanku dan orang Israel ke dalam tangan orang Filistin,+ dan esok tuanku+ dan anak-anak lelaki tuanku+ akan berada bersama hamba. Yehuwa juga akan menyerahkan tentera orang Israel ke dalam tangan orang Filistin.”+ 20  Saul segera jatuh terlentang di tanah kerana dia sangat takut setelah mendengar kata-kata “Samuel.” Lagipun dia langsung tidak bertenaga kerana sudah sehari semalam dia tidak makan apa-apa. 21  Wanita itu menghampiri Saul dan nampak bahawa dia sangat gelisah. Maka wanita itu berkata, “Tuanku, hamba telah mematuhi tuanku, dan mempertaruhkan nyawa hamba+ untuk memenuhi permintaan tuanku. 22  Sekarang, tolonglah dengar kata-kata hamba. Benarkanlah hamba menyediakan sekeping roti untuk tuanku. Makanlah roti itu supaya tuanku mendapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan tuanku.” 23  Saul menolak dan berkata, “Beta tidak mahu makan.” Tetapi hamba-hambanya dan wanita itu terus memujuknya. Akhirnya dia mendengar kata-kata mereka dan berdiri lalu duduk di atas katil. 24  Wanita itu mempunyai seekor anak lembu yang gemuk, jadi dia cepat-cepat menyembelihnya. Dia juga mengambil tepung dan mengulinya sehingga menjadi adunan lalu membakarnya menjadi roti yang tidak beragi. 25  Dia menghidangkan makanan itu kepada Saul dan hamba-hambanya lalu mereka pun makan. Kemudian pada malam itu juga, mereka beredar dari situ.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Iaitu, roh jahat yang menyamar sebagai Samuel.