1 Samuel 31:1-13

  • Kematian Saul dan tiga orang anak lelakinya (1-13)

31  Orang Filistin berperang dengan orang Israel,+ dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+  Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+  Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul, dan dia cedera parah kerana terkena anak panah mereka.+  Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+  Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal,+ dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu mati bersama Saul.  Demikianlah Saul, tiga orang anak lelakinya, askar yang membawa senjatanya, dan semua askarnya meninggal pada hari itu.+  Apabila orang Israel yang tinggal di kawasan lembah* dan di kawasan Sungai Yordan nampak bahawa orang Israel telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri.+ Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.  Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat tiga orang anak lelakinya di Gunung Gilboa.+  Maka mereka memenggal kepala Saul lalu menanggalkan baju zirahnya.* Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu+ di kuil-kuil berhala.+ Mereka juga menyampaikan berita itu kepada seluruh rakyat. 10  Kemudian mereka meletakkan baju zirah Saul di kuil Asytoret dan menggantungkan mayatnya pada tembok kota Bet-sean.+ 11  Penduduk di Yabes-gilead+ mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul. 12  Maka pahlawan-pahlawan mereka berjalan sepanjang malam ke kota Bet-sean. Mereka mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya dari tembok kota itu. Kemudian mereka kembali ke Yabes dan membakar mayat-mayat itu. 13  Setelah itu, mereka mengambil dan menanam tulang-tulang itu+ di bawah sebatang pokok* di Yabes,+ dan mereka berpuasa selama tujuh hari.

Nota Kaki

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”
Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”
Atau “kawasan dataran rendah.”
Atau “mengambil senjatanya.”
Harfiah, “pokok tamarisk.”