1 Tawarikh 1:1-54

  • Daripada Adam ke Abraham (1-27)

  • Keturunan Abraham (28-37)

  • Orang Edom, raja mereka, dan ketua suku mereka (38-54)

1  Adam,Set,+Enos,  Kenan,Mahalalel,+Yared,+  Henokh,+Metuselah,Lamekh,+  Nuh,+Sem,+ Ham, dan Yafet.+  Anak-anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal,+ Mesekh,+ dan Tiras.+  Anak-anak lelaki Gomer ialah Askenas, Rifat, dan Togarma.+  Anak-anak lelaki Yawan ialah Elishah, Tarsis, Kitim, dan Rodanim.  Anak-anak lelaki Ham ialah Kus,+ Mizraim, Put, dan Kanaan.+  Anak-anak lelaki Kus ialah Seba,+ Hawila, Sabta, Raamah,+ dan Sabtekha. Anak-anak lelaki Raamah ialah Syeba dan Dedan.+ 10  Kus ialah bapa Nimrod.+ Nimrod ialah orang perkasa yang pertama di bumi. 11  Mizraim ialah bapa Ludim,+ Anamin, Lehabim, Naftuhim,+ 12  Patrusim,+ Kasluhim (iaitu nenek moyang orang Filistin),+ dan Kaftorim.+ 13  Anak-anak lelaki Kanaan ialah Sidon+ (anak sulung) dan Het.+ 14  Kanaan juga menjadi nenek moyang* orang Yebus,+ Amori,+ Girgashi,+ 15  Hewi,+ Arki, Sini, 16  Arwad,+ Zemari, dan Hamat. 17  Anak-anak lelaki Sem ialah Elam,+ Asyur,+ Arpakhsad, Lud, Aram,dan* Uz, Hul, Geter, dan Mas.+ 18  Arpakhsad ialah bapa Selah,+ dan Selah ialah bapa Eber. 19  Eber mempunyai dua orang anak lelaki. Seorang dinamakan Peleg,*+ kerana pada zamannya, penduduk di bumi terbahagi-bahagi. Seorang lagi dinamakan Yoktan. 20  Yoktan ialah bapa Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,+ 21  Hadoram, Uzal, Dikla, 22  Obal, Abimael, Syeba, 23  Ofir,+ Hawila,+ dan Yobab. Mereka semua ialah anak lelaki Yoktan. 24  Berikut ialah keturunan Sem:Arpakhsad,Selah, 25  Eber,Peleg,+Rehu,+ 26  Serug,+Nahor,+Terah,+ 27  dan Abram, iaitu Abraham.+ 28  Anak-anak lelaki Abraham ialah Ishak+ dan Ismael.+ 29  Inilah keturunan mereka: Nebayot+ (anak sulung Ismael), kemudian Kedar,+ Adbeel, Mibsam,+ 30  Mishma, Duma, Massa, Hadad, Tema, 31  Yetur, Nafis, dan Kedema. Mereka semua ialah anak lelaki Ismael. 32  Ketura,+ iaitu gundik Abraham, telah melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian,+ Isbak, dan Suah.+ Anak-anak lelaki Yoksan ialah Syeba dan Dedan.+ 33  Anak-anak lelaki Midian ialah Efa,+ Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semua ialah cucu Ketura. 34  Abraham ialah bapa Ishak.+ Anak-anak lelaki Ishak ialah Esau+ dan Israel.+ 35  Anak-anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yalam, dan Korah.+ 36  Anak-anak lelaki Elifas ialah Teman,+ Omar, Zefo, Gatam, Kenas, Timna, dan Amalek.+ 37  Anak-anak lelaki Rehuel ialah Nahat, Zerah, Shama, dan Miza.+ 38  Anak-anak lelaki Seir+ ialah Lotan, Shobal, Zibeon, Anah, Disyon, Ezer, dan Disyan.+ 39  Anak perempuan Seir ialah Timna. Anak-anak lelaki Lotan ialah Hori dan Homam.+ 40  Anak-anak lelaki Shobal ialah Alwan, Manahat, Ebal, Shefo, dan Onam. Anak-anak lelaki Zibeon ialah Aya dan Anah.+ 41  Anak lelaki Anah ialah Disyon. Anak-anak lelaki Disyon ialah Hemdan, Esban, Yitran, dan Keran.+ 42  Anak-anak lelaki Ezer+ ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. Anak-anak lelaki Disyan ialah Uz dan Aran.+ 43  Berikut ialah raja-raja yang memerintah di negeri Edom+ sebelum ada raja yang memerintah orang Israel:+ Bela anak Beor; kotanya dipanggil Dinhaba. 44  Setelah kematian Bela, Yobab anak Zerah dari Bozra+ menggantikannya sebagai raja. 45  Setelah kematian Yobab, Husham dari negeri orang Teman menggantikannya sebagai raja. 46  Setelah kematian Husham, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di kawasan Moab, menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Awit. 47  Setelah kematian Hadad, Samla dari Masreka menggantikannya sebagai raja. 48  Setelah kematian Samla, Shaul dari Rehobot, yang terletak berhampiran sungai, menggantikannya sebagai raja. 49  Setelah kematian Shaul, Baal-hanan anak Akhbor menggantikannya sebagai raja. 50  Setelah kematian Baal-hanan, Hadad menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Pau. Isterinya bernama Mehetabel dan dia ialah anak perempuan Matred. Matred pula ialah anak perempuan Mezahab. 51  Akhirnya Hadad juga meninggal. Ketua-ketua suku yang berasal daripada keturunan Edom ialah Timna, Alwa, Yetet,+ 52  Oholibama, Ela, Pinon, 53  Kenas, Teman, Mibzar, 54  Magdiel, dan Iram. Mereka semua ialah ketua suku yang berasal daripada keturunan Edom.

Nota Kaki

Harfiah, “bapa.”
Berikut ialah anak-anak lelaki Aram. Lihat Kej 10:23.
Maksudnya “Terbahagi-bahagi.”