Satu Tawarikh 14:1-17

  • Daud dilantik menjadi raja (1, 2)

  • Keluarga Daud (3-7)

  • Orang Filistin dikalahkan (8-17)

14  Hiram,+ raja Tirus, menghantar utusan kepada Daud. Dia juga menghantar kayu sedar, tukang batu,* dan tukang kayu untuk membina sebuah istana untuk Daud.+ 2  Daud pun sedar bahawa Yehuwa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja Israel,+ dan menjadikannya seorang raja yang agung demi umat-Nya Israel.+ 3  Selepas Daud pergi ke Yerusalem, dia mempunyai lebih banyak isteri.+ Maka bertambahlah anak lelaki dan anak perempuannya.+ 4  Inilah nama anak-anaknya yang dilahirkan di Yerusalem:+ Syamua, Sobab, Natan,+ Salomo,+ 5  Ibhar, Elisua, Elpelet, 6  Noga, Nefeg, Yafia, 7  Elisama, Beeliada, dan Elifelet. 8  Apabila orang Filistin mendengar bahawa Daud sudah dilantik menjadi raja Israel,+ mereka semua datang untuk menyerangnya.+ Semasa Daud mendengar tentang hal itu, dia pun keluar melawan mereka. 9  Kemudian orang Filistin mula menyerang penduduk di Lembah* Refaim.+ 10  Daud bertanya kepada Tuhan, “Haruskah aku melawan orang Filistin? Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Yehuwa menjawab, “Ya pergilah, dan Aku pasti akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.”+ 11  Oleh itu, Daud pergi ke Baal-perasim+ dan mengalahkan mereka di sana. Lalu dia berkata, “Seperti tembok yang hancur dirempuh air, musuh-musuhku telah dimusnahkan oleh Tuhan yang benar melalui aku.” Itulah sebabnya mereka menamakan tempat itu Baal-perasim.* 12  Orang Filistin meninggalkan patung-patung berhala* mereka di sana, dan Daud memberikan perintah agar patung-patung itu dibakar dengan api.+ 13  Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang lagi untuk menyerang penduduk di lembah* itu.+ 14  Sekali lagi, Daud meminta petunjuk Tuhan tetapi Tuhan yang benar memberitahunya, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.*+ 15  Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, lancarkanlah serangan. Hal ini demikian kerana Aku, Tuhan yang benar, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.”+ 16  Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Tuhan yang benar,+ dan mereka mengalahkan tentera Filistin dari Gibeon sampai ke Gezer.+ 17  Kemasyhuran Daud tersebar ke merata tempat, dan Yehuwa menyebabkan semua bangsa takut kepada Daud.+

Nota Kaki

Atau “pembina tembok.”
Atau “Dataran Rendah.”
Maksudnya “Perempuh yang Terulung.”
Atau “dewa dewi.”
Atau “dataran rendah.”
Harfiah, “di depan pokok baka.”