1 Tawarikh 15:1-29

  • Orang Lewi membawa tabut ke Yerusalem (1-29)

    • Mikhal menghina Daud (29)

15  Daud terus membina rumah-rumah di Kota Daud untuk dirinya. Dia juga menyediakan tempat untuk tabut Tuhan yang benar dan mendirikan khemah untuk tabut itu.+  Pada waktu itu, Daud berkata, “Tiada sesiapa pun yang boleh mengangkat tabut Tuhan yang benar, kecuali orang Lewi, kerana Yehuwa telah memilih mereka untuk mengangkat tabut Yehuwa dan sentiasa berkhidmat kepada-Nya.”+  Maka Daud mengumpulkan semua orang Israel di Yerusalem untuk memindahkan tabut Yehuwa ke tempat yang telah disediakannya.+  Daud mengumpulkan keturunan Harun+ dan orang Lewi:+  Daripada keturunan Kehat, Uriel dan 120 orang saudaranya. Uriel ialah ketua mereka;  daripada keturunan Merari, Asaya+ dan 220 orang saudaranya. Asaya ialah ketua mereka;  daripada keturunan Gersom, Yoel+ dan 130 orang saudaranya. Yoel ialah ketua mereka;  daripada keturunan Elisafan,+ Semaya dan 200 orang saudaranya. Semaya ialah ketua mereka;  daripada keturunan Hebron, Eliel dan 80 orang saudaranya. Eliel ialah ketua mereka; 10  dan daripada keturunan Uziel,+ Aminadab dan 112 orang saudaranya. Aminadab ialah ketua mereka. 11  Kemudian Daud memanggil Imam Zadok+ dan Imam Abiatar+ serta enam orang Lewi itu, iaitu Uriel, Asaya, Yoel, Semaya, Eliel, dan Aminadab. 12  Dia berkata kepada mereka, “Kamu ialah ketua-ketua puak dalam suku Lewi. Oleh itu, kamu dan saudara-saudaramu haruslah menyucikan diri lalu membawa tabut Yehuwa, Tuhan orang Israel, ke tempat yang telah beta sediakan. 13  Ketika tabut itu dipindahkan buat kali pertama,+ kamu tidak mengangkatnya. Maka Yehuwa, Tuhan kita, murka+ kerana kita tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.”+ 14  Oleh itu, para imam dan orang Lewi menyucikan diri supaya mereka dapat membawa tabut Yehuwa, Tuhan orang Israel. 15  Kemudian orang Lewi mengangkat tabut Tuhan yang benar di bahu mereka dengan kayu-kayu pengusung,+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. 16  Daud menyuruh ketua-ketua orang Lewi supaya memilih beberapa orang penyanyi dalam kalangan saudara mereka untuk bernyanyi dengan gembira, sambil diiringi alat-alat muzik bertali, kecapi,+ dan simbal.+ 17  Maka orang Lewi memilih Heman+ anak Yoel dan Asaf+ anak Berekia daripada kalangan saudara mereka. Selain itu, orang Lewi memilih Etan+ anak Kusaya daripada puak Merari. 18  Mereka disertai saudara-saudara mereka daripada kumpulan kedua,+ iaitu Zakharia, Ben, Yaaziel, Syemiramot, Yehiel, Unni, Eliab, Benaya, Maaseya, Matitia, Elifelehu, dan Mikneya serta dua orang penjaga pintu gerbang, iaitu Obed-edom dan Yeiel. 19  Selain itu, ketiga-tiga orang penyanyi, Heman,+ Asaf,+ dan Etan, ditugaskan untuk memainkan simbal tembaga.+ 20  Zakharia, Aziel, Syemiramot, Yehiel, Unni, Eliab, Maaseya, dan Benaya pula ditugaskan untuk memainkan alat-alat muzik bertali yang diselaraskan dengan nada tinggi.*+ 21  Matitia,+ Elifelehu, Mikneya, Obed-edom, Yeiel, dan Azazia ditugaskan untuk memainkan kecapi yang diselaraskan dengan nada rendah.*+ Mereka juga bertanggungjawab memimpin para pemuzik. 22  Khenania,+ iaitu ketua orang Lewi, bertanggungjawab atas kerja mengangkat tabut kerana dia mahir dalam kerja itu. 23  Berekia dan Elkana bertugas sebagai penjaga tabut. 24  Obed-edom dan Yehia juga bertugas sebagai penjaga tabut. Para imam, iaitu Syebania, Yosafat, Netanel, Amasai, Zakharia, Benaya, dan Eliezer ditugaskan untuk meniup trompet dengan kuat di hadapan tabut Tuhan yang benar.+ 25  Daud, para pemimpin orang Israel, dan ketua-ketua atas 1,000 orang, pergi mengambil tabut perjanjian Yehuwa dari rumah Obed-edom+ dengan gembira.+ 26  Tuhan yang benar telah menolong orang Lewi yang memikul tabut perjanjian Yehuwa, maka mereka mengorbankan tujuh ekor anak lembu jantan dan tujuh ekor biri-biri jantan.+ 27  Daud memakai jubah tidak berlengan yang dibuat daripada kain bermutu tinggi. Begitu juga dengan semua orang Lewi yang memikul tabut, para penyanyi, dan Khenania, yang bertanggungjawab atas para penyanyi yang memikul tabut. Selain itu, Daud juga memakai sehelai efod* yang dibuat daripada kain linen.+ 28  Semua orang Israel membawa tabut perjanjian Yehuwa sambil bersorak-sorai,+ memainkan simbal, dan meniup tanduk serta trompet.+ Mereka juga memainkan alat-alat muzik bertali dan kecapi dengan kuat.+ 29  Tetapi semasa tabut perjanjian Yehuwa dibawa masuk ke Kota Daud,+ anak perempuan Saul, iaitu Mikhal,+ melihat ke luar jendelanya dan nampak Raja Daud melompat-lompat dan berpesta. Jadi Mikhal mula menghina Daud dalam hatinya.+

Nota Kaki

Harfiah, “Alamot.” Lihat Kamus.
Harfiah, “Syeminit.” Lihat Kamus.
Lihat Kamus.