Satu Tawarikh 16:1-43
16 Tabut Tuhan yang benar diletakkan di dalam khemah yang sudah didirikan oleh Daud.+ Kemudian mereka mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian kepada Tuhan yang benar.+
2 Setelah Daud selesai mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian,+ dia memberkati semua rakyat atas nama Yehuwa.
3 Dia juga mengedarkan makanan kepada semua orang Israel. Dia memberikan seketul roti berbentuk bulat, sekeping kuih kurma, dan sekeping kuih kismis kepada setiap lelaki dan wanita.
4 Kemudian dia melantik beberapa orang Lewi untuk berkhidmat di hadapan tabut Yehuwa. Di sana, mereka memuliakan* Yehuwa,+ Tuhan orang Israel, dan memuji serta mengucapkan syukur kepada-Nya.
5 Ketua mereka ialah Asaf,+ dan orang yang kedua selepas Asaf ialah Zakharia. Asaf memainkan simbal,+ manakala Yeiel,+ Syemiramot, Yehiel, Matitia, Eliab, Benaya, Obed-edom, dan Yeiel memainkan alat-alat muzik bertali dan kecapi.+
6 Imam Benaya dan Imam Yahaziel pula meniup trompet di hadapan tabut Tuhan yang benar secara tetap.
7 Pada hari itu, Daud menggubah lagu kesyukuran kepada Yehuwa buat kali pertama. Dia menyuruh Asaf+ dan saudara-saudaranya untuk menyanyikan lagu itu. Inilah lagunya:
8 “Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa+ dan menyeru nama-Nya!Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+
9 Nyanyikanlah lagu pujian kepada-Nya,* ya, bernyanyilah kepada-Nya.+Renungkanlah* segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.+
10 Umumkanlah nama suci-Nya dengan bangga.+
Biarlah orang yang mencari-cari Yehuwa bersukacita.+
11 Carilah Yehuwa+ dan mintalah kekuatan daripada-Nya.
Teruslah minta perkenan-Nya.+
12 Ingatlah akan perbuatan-Nya yang menakjubkan.+Ingatlah akan mukjizat dan penghakiman yang telah dilaksanakan-Nya,
13 Wahai keturunan Israel, hamba-Nya,+Wahai keturunan Yakub, umat pilihan-Nya.+
14 Dialah Yehuwa, Tuhan kita.+
Dia menghakimi seluruh bumi.+
15 Dia ingat akan perjanjian-Nya buat selama-lamanya.Dia ingat akan janji-Nya* sampai beribu-ribu generasi lamanya,+
16 Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan Abraham,+Dan sumpah yang diucapkan-Nya kepada Ishak.+
17 Dia telah menjadikan sumpah itu sebagai jaminan kepada Yakub,+Dan sebagai perjanjian yang kekal untuk orang Israel.
18 Dia telah berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Kanaan kepadamu.+Aku akan membahagikan tanah ini lalu memberikannya kepada kamu sebagai warisan.’+
19 Pada waktu itu, bilangan mereka tidak banyak,Ya, bilangan mereka amat sedikit, dan mereka tinggal di situ sebagai orang asing.+
20 Mereka mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain,Dan dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain.+
21 Tuhan tidak membenarkan sesiapa pun untuk menindas mereka,+Dan demi mereka, Dia menegur raja-raja.+
22 Dia berfirman, ‘Jangan sentuh umat pilihan-Ku,Dan jangan berbuat jahat terhadap nabi-nabi-Ku.’+
23 Bernyanyilah kepada Yehuwa, hai seluruh bumi!
Setiap hari, umumkanlah penyelamatan-Nya!+
24 Hebahkanlah kemuliaan-Nya kepada bangsa-bangsa,Dan isytiharkanlah perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada semua orang,
25 Kerana Yehuwa agung dan patut dipuji setinggi-tingginya.
Dia patut ditakuti* lebih daripada tuhan-tuhan lain.+
26 Tuhan-tuhan bangsa lain tidak berguna,+Tetapi Yehuwalah Tuhan yang menciptakan langit.+
27 Keagungan dan kemuliaan mengelilingi-Nya.+Kuasa dan sukacita memenuhi tempat kediaman-Nya.+
28 Wahai semua suku bangsa, muliakanlah Yehuwa.Ya, muliakanlah Yehuwa kerana Dia agung dan perkasa.+
29 Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.+Bawalah pemberian dan masuklah menghadap-Nya.+
Kenakanlah pakaian suci dan bersujudlah kepada Yehuwa.*+
30 Wahai segenap bumi, hendaklah kamu takut kepada-Nya!*
Bumi kukuh dan tidak akan goyah.+
31 Wahai langit, bersukacitalah! Wahai bumi, bergembiralah!+Umumkanlah kepada bangsa-bangsa: ‘Yehuwa sudah menjadi Raja!’+
32 Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh!Biarlah tanah dan segala isinya bersukacita!
33 Biarlah pokok-pokok di hutan turut bersorak dengan girang di hadapan Yehuwa,Kerana Dia akan* datang untuk menghakimi bumi.
34 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+Kasih setia-Nya kekal abadi.+
35 Berserulah kepada-Nya, ‘Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami.+Kumpulkanlah kami dan bebaskanlah kami daripada cengkaman bangsa-bangsa lain,Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,+Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+
36 Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,Dipuji buat selama-lamanya.’”
Semua orang pun berkata, “Amin!”* dan mereka memuji Yehuwa.
37 Kemudian Daud meninggalkan Asaf+ dan saudara-saudaranya di hadapan tabut Yehuwa.+ Mereka sentiasa bertugas di situ menurut jadual yang telah ditetapkan setiap hari.+
38 Daud juga meninggalkan Obed-edom dan 68 orang saudaranya di situ. Obed-edom anak Yedutun dan Hosa ditugaskan sebagai pengawal pintu gerbang.
39 Imam Zadok+ dan para imam yang lain berada di hadapan khemah suci Yehuwa yang terletak di tempat tinggi di Gibeon.+
40 Di situ, mereka mempersembahkan korban bakar kepada Yehuwa di atas mazbah* pada setiap pagi dan petang. Mereka juga melakukan segala yang tertulis dalam hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+
41 Mereka disertai Heman, Yedutun,+ dan orang lain yang telah dipilih untuk mengucapkan syukur kepada Yehuwa,+ kerana “kasih setia-Nya kekal abadi.”+
42 Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang.
43 Setelah itu, semua orang pulang ke rumah masing-masing, dan Daud pulang untuk memberkati seisi rumahnya.
Nota Kaki
^ Harfiah, “mengingati.”
^ Atau “Mainkanlah muzik bagi-Nya.”
^ Atau mungkin, “Umumkanlah.”
^ Atau “perintah-Nya.”
^ Atau “dihormati.”
^ Atau mungkin, “Bersujudlah kepada Yehuwa kerana kesucian-Nya berseri-seri.”
^ Atau “kamu terketar-ketar di hadapan-Nya!”
^ Atau “telah.”
^ Atau “Semoga begitu!”
^ Atau “mazbah untuk korban bakar.”