1 Tawarikh 2:1-55

  • 12 orang anak lelaki Israel (1, 2)

  • Keturunan Yehuda (3-55)

2  Berikut ialah anak-anak lelaki Israel:+ Ruben,+ Simeon,+ Lewi,+ Yehuda,+ Isakhar,+ Zebulon,+  Dan,+ Yusuf,+ Benyamin,+ Naftali,+ Gad,+ dan Asyer.+  Anak-anak lelaki Yehuda ialah Er, Onan, dan Selah. Mereka bertiga dilahirkan oleh seorang wanita Kanaan,+ iaitu anak perempuan Sua. Er, anak sulung Yehuda, tidak mendapat perkenan Yehuwa. Oleh itu, Dia membunuh Er.+  Tamar,+ iaitu menantu Yehuda, melahirkan Perez+ dan Zerah baginya. Maka jumlah anak lelaki Yehuda ialah lima orang.  Anak-anak lelaki Perez ialah Hezron dan Hamul.+  Anak-anak lelaki Zerah ialah Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara. Semuanya ada lima orang.  Anak Karmi ialah Akhar.* Dialah yang membawa malapetaka atas Israel+ kerana dia mengingkari perintah berkenaan apa yang harus dibinasakan.+  Anak lelaki Etan ialah Azarya.  Anak-anak lelaki Hezron ialah Yerahmeel,+ Ram,+ dan Khelubai.* 10  Ram ialah bapa Aminadab.+ Aminadab ialah bapa Nahason,+ iaitu pemimpin keturunan Yehuda. 11  Nahason ialah bapa Salma.+ Salma ialah bapa Boaz.+ 12  Boaz ialah bapa Obed. Obed ialah bapa Isai.+ 13  Isai mempunyai beberapa orang anak lelaki. Yang sulung bernama Eliab, yang kedua bernama Abinadab,+ yang ketiga bernama Simea,+ 14  yang keempat bernama Netanel, yang kelima bernama Radai, 15  yang keenam bernama Ozem, dan yang ketujuh bernama Daud.+ 16  Anak-anak perempuan Isai ialah Zeruya dan Abigail.+ Zeruya mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abisai,+ Yoab,+ dan Asael.+ 17  Abigail berkahwin dengan Yeter, seorang lelaki keturunan Ismael. Kemudian Abigail melahirkan Amasa.+ 18  Kaleb* anak Hezron mendapat anak-anak lelaki daripada Azubah, iaitu isterinya, dan Yeriot. Nama anak-anak lelakinya ialah Yeser, Sobab, dan Ardon. 19  Selepas Azubah mati, Kaleb berkahwin dengan Efrat.+ Kemudian, Efrat melahirkan Hur.+ 20  Hur ialah bapa Uri. Uri ialah bapa Bezaleel.+ 21  Semasa Hezron berumur 60 tahun, dia berkahwin dengan anak perempuan Makhir.+ Selepas berkahwin, mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Segub. (Makhir ialah bapa Gilead.)+ 22  Segub ialah bapa Yair.+ Yair mempunyai 23 buah kota di Gilead.+ 23  Mereka semua ialah keturunan Makhir, bapa Gilead. Selepas itu, Gesur+ dan Siria+ merampas 60 buah kota daripada penduduk di situ, termasuk Hawot-yair,+ Kenat,+ dan kota-kota di sekitar Kenat. 24  Selepas Hezron+ mati di Kaleb-efrata, isterinya Abia melahirkan Asyhur.+ Asyhur kemudiannya menjadi bapa Tekoa.+ 25  Yerahmeel, anak sulung Hezron, mempunyai beberapa orang anak lelaki, iaitu Ram, Buna, Oren, Ozem, dan Ahia. Ram ialah anak sulung. 26  Yerahmeel mempunyai seorang lagi isteri, iaitu Atara. Atara ialah ibu Onam. 27  Ram, iaitu anak sulung Yerahmeel, mempunyai beberapa orang anak lelaki. Mereka ialah Maaz, Yamin, dan Eker. 28  Onam ialah bapa Samai dan Yada. Samai ialah bapa Nadab dan Abisur. 29  Isteri Abisur bernama Abihail. Abihail melahirkan Ahban dan Molid. 30  Nadab ialah bapa Seled dan Apaim, tetapi Seled mati tanpa mempunyai anak. 31  Apaim ialah bapa Yishi. Yishi ialah bapa Sesan, dan Sesan ialah bapa Ahlai. 32  Yada, iaitu adik Samai, ialah bapa Yeter dan Yonatan. Namun, Yeter mati tanpa mempunyai anak. 33  Yonatan ialah bapa Pelet dan Zaza. Mereka semua ialah keturunan Yerahmeel. 34  Sesan tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan. Dia mempunyai seorang hamba dari Mesir yang bernama Yarha. 35  Maka Sesan mengahwinkan anak perempuannya dengan Yarha. Kemudian isteri Yarha melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Atai. 36  Atai ialah bapa Natan, dan Natan ialah bapa Zabad. 37  Zabad ialah bapa Eflal, dan Eflal ialah bapa Obed. 38  Obed ialah bapa Yehu, dan Yehu ialah bapa Azarya. 39  Azarya ialah bapa Heles. Heles ialah bapa Eleasa. 40  Eleasa ialah bapa Sismai. Sismai ialah bapa Salum. 41  Salum ialah bapa Yekamia, dan Yekamia ialah bapa Elisama. 42  Kaleb*+ ialah adik Yerahmeel. Anak sulung Kaleb ialah Mesa. Mesa ialah bapa Zif. Maresa, bapa Hebron, mempunyai anak-anak lelaki. 43  Anak-anak lelaki Hebron ialah Korah, Tapuah, Rekem, dan Sema. 44  Sema ialah bapa Raham. Raham ialah bapa Yorkeam. Rekem ialah bapa Samai. 45  Anak lelaki Samai ialah Maon. Maon ialah bapa Bet-zur.+ 46  Efa, iaitu gundik Kaleb, melahirkan Haran, Moza, dan Gazes. Haran juga mempunyai seorang anak yang bernama Gazes. 47  Anak-anak lelaki Yahdai ialah Regem, Yotam, Gesan, Pelet, Efa, dan Saaf. 48  Maakha, iaitu gundik Kaleb, melahirkan Seber dan Tirhana. 49  Kemudian, Maakha melahirkan Saaf, iaitu bapa Madmana,+ dan Syewa, iaitu bapa Makhbena dan Gibea.+ Anak perempuan Kaleb+ ialah Akhsa.+ 50  Mereka semua ialah keturunan Kaleb. Hur,+ iaitu anak sulung Efrata,+ mempunyai beberapa orang anak lelaki: Shobal, iaitu bapa Kiryat-yearim,+ 51  Salma, iaitu bapa Betlehem,+ dan Haref, iaitu bapa Bet-gader. 52  Shobal, iaitu bapa Kiryat-yearim, mempunyai anak-anak lelaki: Haroe dan separuh daripada orang Menuhot. 53  Keluarga Kiryat-yearim terdiri daripada orang Itri,+ orang Puti, orang Sumati, dan orang Misrai. Orang Zora+ dan orang Esytaol+ berasal daripada mereka. 54  Keturunan Salma ialah orang yang tinggal di Betlehem,+ Netofa, Atrot-bet-yoab, Zori, dan separuh daripada penduduk di Manahat. 55  Keluarga jurutulis yang tinggal di Yabes terdiri daripada orang Tirat, orang Simati, dan orang Sukati. Mereka semua ialah orang Keni+ yang berasal daripada Hamat, puak Rekhab.+

Nota Kaki

Maksudnya “Pembawa Malapetaka.” Dia juga dikenali sebagai Akhan di Yos 7:1.
Juga dipanggil Kaleb di ayat 18, 19, dan 42.
Juga dipanggil Khelubai di ayat 9.
Juga dipanggil Khelubai di ayat 9.