1 Tawarikh 24:1-31

  • Daud membahagikan para imam kepada 24 kumpulan (1-19)

  • Aturan untuk orang Lewi yang lain (20-31)

24  Anak-anak lelaki Harun ialah Nadab, Abihu,+ Eleazar, dan Itamar.+ Keturunan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Tetapi Nadab dan Abihu meninggal semasa bapa mereka masih hidup,+ dan mereka tidak mempunyai anak lelaki. Eleazar+ dan Itamar terus berkhidmat sebagai imam.  Daud, bersama Zadok+ daripada keturunan Eleazar dan Ahimelekh daripada keturunan Itamar, telah membahagikan keturunan Harun kepada beberapa kumpulan menurut tugas mereka.  Bilangan anak sulung* dalam keturunan Eleazar lebih banyak daripada bilangan anak sulung dalam keturunan Itamar. Oleh itu, keturunan Eleazar mempunyai 16 orang ketua puak dan keturunan Itamar mempunyai 8 orang ketua puak.  Kemudian keturunan Eleazar dan keturunan Itamar membuang undi bersama-sama.+ Ada dalam kalangan mereka yang menjadi pemimpin yang berkhidmat di tempat suci, dan ada pula yang menjadi pemimpin yang berkhidmat kepada Tuhan.  Semaya anak Netanel, iaitu setiausaha orang Lewi, mencatatkan nama mereka di hadapan raja, para pembesar, Imam Zadok,+ Ahimelekh+ anak Abiatar,+ ketua keluarga para imam, dan para ketua puak orang Lewi. Satu puak daripada keturunan Eleazar akan membuang undi, diikuti dengan satu puak daripada keturunan Itamar.  Undi pertama jatuh kepada Yehoyarib, kedua kepada Yedaya,  ketiga kepada Harim, keempat kepada Seorim,  kelima kepada Malkia, keenam kepada Miyamin, 10  ketujuh kepada Hakoz, kelapan kepada Abia,+ 11  kesembilan kepada Yeshua, ke-10 kepada Sekania, 12  ke-11 kepada Eliasib, ke-12 kepada Yakim, 13  ke-13 kepada Hupa, ke-14 kepada Yeshebeab, 14  ke-15 kepada Bilga, ke-16 kepada Imer, 15  ke-17 kepada Hezir, ke-18 kepada Hapizez, 16  ke-19 kepada Petahia, ke-20 kepada Yehezkel, 17  ke-21 kepada Yakhin, ke-22 kepada Gamul, 18  ke-23 kepada Delaya, dan ke-24 kepada Maazia. 19  Itulah aturan yang harus diikuti oleh mereka apabila mereka masuk untuk bertugas+ di Rumah Yehuwa. Hal ini selaras dengan perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan orang Israel, kepada Harun, nenek moyang mereka. 20  Berikut merupakan orang Lewi yang lain: Subael+ daripada keturunan Amram;+ Yehdeya daripada keturunan Subael; 21  daripada Rehabia:+ Yisia daripada keturunan Rehabia (Yisia ialah ketua mereka); 22  Selomot daripada keturunan Yizhar; Yahat daripada keturunan Selomot;+ 23  Yeria daripada keturunan Hebron. Yeria+ ialah ketua mereka, diikuti dengan Amaria, Yahaziel, dan Yekameam; 24  Mikha daripada keturunan Uziel; dan Samir daripada keturunan Mikha. 25  Mikha ialah saudara lelaki Yisia, dan keturunan Yisia ialah Zakharia. 26  Mahli dan Musi daripada keturunan Merari,+ dan Beno daripada keturunan Yaazia. 27  Inilah keturunan Merari: Beno, Syoham, Zakur, dan Ibri daripada keturunan Yaazia; 28  Eleazar daripada keturunan Mahli, tetapi Eleazar tidak mempunyai anak lelaki;+ 29  daripada Kish: Yerahmeel daripada keturunan Kish; 30  dan Mahli, Eder, dan Yerimot daripada keturunan Musi. Demikianlah keturunan Lewi disenaraikan menurut puak mereka. 31  Mereka semua juga membuang undi+ seperti yang telah dilakukan oleh saudara mereka, iaitu keturunan Harun. Mereka berbuat demikian di hadapan Raja Daud, Zadok, Ahimelekh, ketua keluarga para imam, dan para ketua puak orang Lewi. Tidak kira tua atau muda, semua ketua puak menerima layanan yang sama semasa membuang undi.

Nota Kaki

Atau “Bilangan ketua.”