1 Tawarikh 4:1-43

  • Keturunan Yehuda yang lain (1-23)

  • Keturunan Simeon (24-43)

4  Anak-anak lelaki Yehuda ialah Perez,+ Hezron,+ Karmi, Hur,+ dan Shobal.+  Reaya anak Shobal ialah bapa Yahat. Yahat ialah bapa Ahumai dan Lahad. Orang Zora berasal daripada mereka.+  Inilah anak-anak lelaki pengasas* kota Etam:+ Yizreel, Isma, Idbas (adik perempuan mereka bernama Hazelelponi),  Penuel, dan Ezer. Penuel ialah bapa Gedor, dan Ezer ialah bapa Husa. Mereka ialah anak-anak lelaki Hur.+ Hur ialah anak sulung Efrata dan bapa Betlehem.+  Asyhur+ ialah bapa Tekoa.+ Asyhur mempunyai dua orang isteri, iaitu Hela dan Naara.  Naara melahirkan Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari baginya. Mereka ialah anak-anak lelaki Naara.  Anak-anak lelaki Hela ialah Zeret, Yizhar, dan Etan.  Koz ialah bapa Anub dan Zobeba. Koz juga menjadi nenek moyang kepada keturunan Aharhel anak Harum.  Yabes lebih dihormati daripada adik-beradiknya. Ibunya berkata, “Aku melahirkannya dengan penuh kesakitan,” maka dia dinamakan Yabes.* 10  Yabes berseru kepada Tuhan orang Israel, “Semoga Engkau memberkati aku dan memberi aku lebih banyak tanah. Sertailah aku selalu dan lindungilah aku daripada malapetaka agar aku tidak ditimpa musibah!” Maka Tuhan mengabulkan permintaannya itu. 11  Kelub, iaitu abang Suha, ialah bapa Mehir. Mehir ialah bapa Eston. 12  Eston ialah bapa Bet-rafa, Paseah, dan Tehina. Tehina ialah bapa Ir-nahas. Mereka semua orang Reka. 13  Anak-anak lelaki Kenas ialah Otniel+ dan Serayah. Anak lelaki Otniel ialah Hatat. 14  Meonotai ialah bapa Ofra. Serayah ialah bapa Yoab, dan Yoab ialah bapa kepada penduduk Ge-harasim.* Penduduk di situ ialah tukang yang mahir. 15  Inilah anak-anak lelaki Kaleb+ anak Yefune: Iru, Ela, dan Naam. Anak lelaki Ela ialah Kenas. 16  Anak-anak lelaki Yehalelel ialah Zif, Zifa, Tiria, dan Asarel. 17  Anak-anak lelaki Ezrah ialah Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Seorang wanita* mengandung dan melahirkan Miryam, Samai, dan Isbah, iaitu bapa Estemoa. 18  Mereka ialah anak-anak lelaki Bitia. Bitia ialah anak perempuan Firaun* yang telah dikahwinkan dengan Mered. Isteri Mered yang berbangsa Yahudi pula melahirkan Yered, Heber, dan Yekutiel. Yered ialah bapa Gedor, Heber ialah bapa Sokho, dan Yekutiel ialah bapa Zanoah. 19  Isteri Hodia ialah saudara perempuan Naham. Anak-anak lelaki Hodia ialah nenek moyang* Garmi yang mengasaskan Kehila. Seorang lagi anak lelaki Hodia ialah Estemoa, iaitu orang Maakha. 20  Anak-anak lelaki Shimon ialah Amnon, Rina, Ben-hanan, dan Tilon. Anak-anak lelaki Yishi ialah Zohet dan Ben-zohet. 21  Yehuda ialah bapa Selah,+ dan anak-anak lelaki Selah ialah Er dan Laada. Er ialah bapa Leka, dan Laada ialah bapa Maresa. Keturunan Asbea, iaitu keluarga-keluarga* yang menghasilkan kain yang bermutu tinggi, juga berasal daripada keturunan Selah. 22  Selain itu, orang Kozeba, Yoas, Saraf, dan Yokim (mereka berkahwin dengan perempuan Moab), serta Yasubi-lehem juga berasal daripada keturunan Selah. Maklumat ini berdasarkan catatan yang sangat tua. 23  Mereka tinggal di Netaim dan Gedera. Mereka merupakan tukang tembikar yang bekerja untuk raja. 24  Anak-anak lelaki Simeon+ ialah Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Shaul.+ 25  Shaul ialah bapa Salum. Salum ialah bapa Mibsam. Mibsam ialah bapa Mishma. 26  Anak lelaki Mishma ialah Hamuel. Anak lelaki Hamuel ialah Zakur. Anak lelaki Zakur ialah Simei. 27  Simei mempunyai 16 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Tetapi adik-beradiknya tidak mempunyai banyak anak. Tidak ada satu keluarga pun dalam kalangan mereka yang mempunyai banyak anak seperti suku Yehuda.+ 28  Mereka tinggal di Beer-syeba,+ Molada,+ Hazar-sual,+ 29  Bilha, Ezem,+ Tolad, 30  Betuel,+ Horma,+ Ziklag,+ 31  Bet-markabot, Hazar-susim,+ Bet-biri, dan Saaraim. Inilah kota-kota yang didiami oleh mereka sehingga Daud mula menjadi raja. 32  Mereka juga tinggal di lima buah kota yang lain, iaitu Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan.+ 33  Semua perkampungan mereka terletak di sekitar kota-kota itu sampai ke kota Baal. Inilah salasilah keluarga mereka dan tempat-tempat yang didiami oleh mereka. 34  Berikut merupakan pemimpin-pemimpin dalam keluarga mereka: Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, 35  Yoel, Yehu (Yehu ialah anak Yosibia, Yosibia ialah anak Serayah, dan Serayah ialah anak Asiel), 36  Elioenai, Yaakoba, Asaya, Adiel, Yesimeil, Benaya, 37  dan Ziza (Ziza ialah anak Sifi, Sifi ialah anak Alon, Alon ialah anak Yedaya, Yedaya ialah anak Simri, dan Simri ialah anak Semaya). 38  Ya, mereka ialah pemimpin-pemimpin dalam kalangan keluarga mereka, dan ahli keluarga nenek moyang mereka terus bertambah. 39  Mereka pergi ke jalan yang menuju ke kota Gedor, iaitu di sebelah timur sebuah lembah, untuk mencari padang rumput bagi ternakan mereka. 40  Akhirnya mereka menjumpai padang rumput yang baik dan subur. Tanah itu luas, aman, dan tenteram. Sebelum itu orang Ham tinggal di situ.+ 41  Orang yang namanya sudah tersenarai itu telah memusnahkan perkhemahan orang Ham dan orang Meunim pada zaman Hizkia,+ raja Yehuda. Perkhemahan orang Ham dan orang Meunim telah dimusnahkan sama sekali. Sampai hari ini, tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang tertinggal. Keturunan Simeon mula menetap di tempat itu kerana di situ terdapat padang rumput untuk ternakan mereka. 42  Sebanyak 500 orang daripada keturunan Simeon pergi ke Gunung Seir.+ Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yishi, iaitu Pelatia, Neariah, Refaya, dan Uziel. 43  Mereka membunuh semua orang Amalek+ yang telah melarikan diri, dan mereka terus tinggal di sana sampai hari ini.

Nota Kaki

Harfiah, “bapa.”
Nama Yabes berkaitan dengan perkataan Ibrani yang bermaksud “kesakitan.”
Maksudnya “Lembah Tukang.”
Mungkin merujuk kepada Bitia di ayat 18.
Gelaran bagi raja Mesir.
Harfiah, “bapa.”
Harfiah, “rumah-rumah.”