1 Tawarikh 5:1-26

  • Keturunan Ruben (1-10)

  • Keturunan Gad (11-17)

  • Orang Hagri ditawan (18-22)

  • Separuh daripada suku Manasye (23-26)

5  Ruben,+ anak sulung Israel, mempunyai anak-anak lelaki. Meskipun dia ialah anak yang sulung, dia kehilangan haknya sebagai anak sulung kerana dia telah meniduri gundik bapanya.*+ Haknya sebagai anak sulung diberikan kepada anak-anak lelaki Yusuf,+ anak Israel. Oleh itu, dalam salasilah keluarga mereka, dia tidak disenaraikan sebagai anak sulung.  Yehuda+ mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada adik-beradiknya dan daripada sukunya, seorang pemerintah akan lahir,+ tetapi hak sebagai anak sulung menjadi milik Yusuf.  Anak-anak lelaki Ruben ialah Hanokh, Palu, Hezron, dan Karmi.+ (Ruben ialah anak sulung Israel.)  Anak lelaki Yoel ialah Semaya, anak lelaki Semaya ialah Gog, anak lelaki Gog ialah Simei,  anak lelaki Simei ialah Mikha, anak lelaki Mikha ialah Reaya, anak lelaki Reaya ialah Baal,  dan anak lelaki Baal ialah Beera, seorang pemimpin keturunan Ruben. Beera ditawan oleh Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria.  Menurut salasilah keturunan keluarga mereka, adik-beradik Beera ialah Yeiel (ketua mereka), Zakharia,  dan Bela (Bela ialah anak Azaz, Azaz ialah anak Sema, dan Sema ialah anak Yoel). Tempat tinggal keluarganya bermula dari Aroer+ sampai ke Nebo dan Bet-baal-meon.+  Mereka mempunyai banyak sekali ternakan di Gilead.+ Oleh itu, mereka mendiami kawasan di bahagian timur sampai ke jalan masuk yang menuju ke padang belantara di Sungai Efrat.+ 10  Pada zaman Saul, mereka melawan orang Hagri dan berjaya mengalahkan mereka. Oleh itu, mereka tinggal di perkhemahan orang Hagri di seluruh bahagian timur Gilead. 11  Keturunan Gad tinggal berhampiran keturunan Ruben, iaitu dari Basan sampai ke Salkha.+ 12  Di Basan, ketua mereka ialah Yoel, orang yang kedua ialah Safam, dan terdapat juga Yanai dan Safat. 13  Mereka mempunyai tujuh orang saudara daripada puak mereka, iaitu Mikhael, Mesulam, Syeba, Yorai, Yakan, Ziya, dan Eber. 14  Inilah anak-anak lelaki Abihail anak Huri. Huri ialah anak Yaroah, Yaroah ialah anak Gilead, Gilead ialah anak Mikhael, Mikhael ialah anak Yesisai, Yesisai ialah anak Yahdo, dan Yahdo ialah anak Buz. 15  Ahi anak Abdiel, cucu Guni, ialah ketua puak mereka. 16  Mereka tinggal di Gilead,+ di Basan,+ dan kota-kota di sekelilingnya serta di semua padang rumput Saron sampai ke sempadannya. 17  Mereka semua didaftarkan menurut salasilah keluarga pada zaman Yotam,+ raja Yehuda, dan pada zaman Yerobeam,*+ raja Israel. 18  Suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye mempunyai 44,760 orang pahlawan gagah yang mahir berperang. Mereka membawa perisai dan pedang serta pandai menggunakan busur. 19  Mereka berperang dengan orang Hagri,+ suku Yetur, suku Nafis,+ dan suku Nodab. 20  Apabila mereka melawan orang Hagri, Tuhan membantu mereka dan menyerahkan orang Hagri dan semua sekutu orang Hagri ke dalam tangan mereka. Tuhan mengabulkan permintaan mereka kerana mereka mempercayai-Nya dan berseru meminta bantuan-Nya.+ 21  Mereka merampas 50,000 ekor unta, 250,000 ekor biri-biri, dan 2,000 ekor keldai. Mereka juga menawan seramai 100,000 orang. 22  Ramai orang terbunuh kerana Tuhan yang benar berperang bagi pihak mereka.+ Mereka tinggal di situ sehingga mereka dibuang negeri.+ 23  Keturunan daripada separuh suku Manasye sangat banyak,+ dan mereka tinggal di kawasan dari Basan ke Baal-hermon, Senir, dan Gunung Hermon.+ 24  Inilah ketua-ketua puak mereka: Efer, Yishi, Eliel, Azriel, Yeremia, Hodawia, dan Yahdiel. Ya, mereka ialah pahlawan yang gagah dan ketua puak yang terkenal. 25  Mereka tidak setia kepada Tuhan yang disembah oleh nenek moyang mereka. Seperti pelacur, mereka menyembah tuhan-tuhan yang disembah bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan oleh Tuhan dari hadapan mereka.+ 26  Oleh itu, Tuhan orang Israel menggerakkan hati Raja Pul dari Assyria+ (iaitu, Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria). Maka raja pun menawan suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye, lalu membawa mereka ke Halah, Habor, Hara, dan Sungai Gozan.+ Mereka tinggal di situ sehingga hari ini.

Nota Kaki

Harfiah, “telah mencemari katil bapanya.”
Iaitu, Yerobeam II.