1 Tawarikh 7:1-40

7  Isakhar mempunyai empat orang anak lelaki, iaitu Tola, Pua, Yasub, dan Simron.+  Anak-anak lelaki Tola ialah Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmei, Ibsam, dan Shemuel. Mereka ialah ketua-ketua puak. Pada zaman Daud, pahlawan gagah daripada keturunan Tola berjumlah 22,600 orang.  Anak lelaki Uzi ialah Yizrahia. Anak-anak lelaki Yizrahia ialah Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia. Kelima-lima mereka ialah ketua keluarga.  Keturunan setiap ketua puak dicatatkan dalam salasilah keluarga. Mereka mempunyai banyak isteri dan anak. Terdapat 36,000 orang dalam kalangan mereka yang dapat berperang.  Semua saudara lelaki daripada keluarga-keluarga dalam suku Isakhar ialah pahlawan yang gagah. Menurut salasilah keluarga, mereka berjumlah 87,000 orang.+  Benyamin+ mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Bela,+ Bekher,+ dan Yediael.+  Bela mempunyai lima orang anak lelaki, iaitu Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ialah ketua-ketua puak dan pahlawan yang gagah. Menurut salasilah keluarga, mereka berjumlah 22,034 orang.+  Anak-anak lelaki Bekher ialah Zemira, Yoas, Eliezer, Elioenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Bekher.  Keturunan setiap ketua puak dicatatkan dalam salasilah keluarga. Terdapat 20,200 orang pahlawan yang gagah dalam kalangan mereka. 10  Anak lelaki Yediael+ ialah Bilhan, dan anak-anak lelaki Bilhan ialah Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar. 11  Anak-anak lelaki Yediael telah disenaraikan mengikut ketua puak masing-masing. Dalam kalangan mereka, terdapat 17,200 orang pahlawan gagah yang bersedia untuk berperang. 12  Orang Supim dan orang Hupim ialah keturunan Ir.+ Orang Husim ialah keturunan Aher. 13  Anak-anak lelaki Naftali+ ialah Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka ialah keturunan Bilha.+ 14  Inilah keturunan Manasye:+ Asriel dilahirkan oleh gundik Manasye, seorang wanita yang berbangsa Siria. (Wanita itu melahirkan Makhir,+ iaitu bapa Gilead. 15  Makhir mencari isteri untuk Hupim dan Supim. Saudara perempuannya bernama Maakha.) Anak lelakinya yang kedua bernama Zelafehad,+ dan Zelafehad hanya mempunyai anak-anak perempuan.+ 16  Maakha, iaitu isteri Makhir, melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Peres, dan saudara lelakinya ialah Seres. Nama anak-anak lelakinya ialah Ulam dan Rekem. 17  Anak lelaki Ulam ialah Bedan. Mereka semua ialah anak-anak lelaki Gilead. (Gilead ialah anak Makhir dan Makhir ialah anak Manasye.) 18  Anak perempuan Makhir ialah Hamoleket. Hamoleket melahirkan Ishod, Abi-ezer, dan Mahla. 19  Anak-anak lelaki Semida ialah Ahian, Sikhem, Likhi, dan Aniam. 20  Anak lelaki Efraim+ ialah Shutelah,+ anak Shutelah ialah Bered, anak Bered ialah Tahat, anak Tahat ialah Eleada, anak Eleada ialah Tahat, 21  anak Tahat ialah Zabad, dan anak Zabad ialah Shutelah. Selain itu, Efraim juga mempunyai dua orang anak lelaki yang lain, iaitu Ezer dan Elead. Ezer dan Elead dibunuh oleh penduduk asli Gat+ yang datang mencuri binatang ternakan mereka. 22  Bapa mereka, Efraim, berkabung selama berhari-hari dan saudara-saudaranya datang untuk menghiburkan hatinya. 23  Selepas itu, Efraim bersetubuh dengan isterinya. Maka isterinya hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria* kerana anak itu dilahirkan ketika keluarganya ditimpa malapetaka. 24  Anak perempuannya ialah Seera. (Seera telah membangunkan Bet-horon Hulu,+ Bet-horon Hilir,+ dan Uzen-seera.) 25  Anak-anak lelakinya ialah Refah dan Resef. Anak Resef ialah Telah, anak Telah ialah Tahan, 26  anak Tahan ialah Ladan, anak Ladan ialah Amihud, anak Amihud ialah Elisama, 27  anak Elisama ialah Nun, dan anak Nun ialah Yosua.*+ 28  Tanah milik suku Efraim dan tempat tinggal mereka ialah Bethel+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur dan Gezer di sebelah barat dengan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Sikhem dengan pekan-pekan di sekelilingnya, sehingga sejauh Ayyah* dengan pekan-pekan di sekelilingnya. 29  Mereka juga tinggal di sempadan suku Manasye, iaitu Bet-sean+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, Taanakh+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, Megido+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Dor+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya. Inilah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Israel. 30  Anak-anak lelaki Asyer ialah Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria.+ Anak perempuan Asyer ialah Serah.+ 31  Anak-anak lelaki Beria ialah Heber dan Malkiel. Malkiel ialah bapa Birzait. 32  Anak-anak lelaki Heber ialah Yaflet, Somer, dan Hotam. Anak perempuan Heber ialah Sua. 33  Anak-anak lelaki Yaflet ialah Pasakh, Bimhal, dan Aswat. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Yaflet. 34  Anak-anak lelaki Semer* ialah Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram. 35  Saudara lelakinya, iaitu Helem,* mempunyai anak-anak lelaki yang bernama Zofah, Imna, Seles, dan Amal. 36  Anak-anak lelaki Zofah ialah Suah, Harnefer, Syual, Beri, Imra, 37  Bezer, Hod, Syama, Shilsa, Yitran, dan Beera. 38  Anak-anak lelaki Yeter ialah Yefune, Pispah, dan Ara. 39  Anak-anak lelaki Ula ialah Arah, Haniel, dan Rizia. 40  Mereka semua ialah anak-anak lelaki Asyer. Mereka ialah ketua puak, pemimpin yang terpenting, dan pahlawan yang gagah dan terbaik. Menurut salasilah keluarga,+ terdapat 26,000 orang+ dalam kalangan mereka yang dapat berperang.

Nota Kaki

Maksudnya “Dalam Kesusahan.”
Atau “Yehosua,” yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”
Atau mungkin, “Gaza.” Tidak merujuk kepada Gaza di Filistia.
Juga dipanggil Somer di ayat 32.
Barangkali dia ialah “Hotam” di ayat 32.