1 Tawarikh 8:1-40

  • Keturunan Benyamin (1-40)

    • Garis keturunan Saul (33-40)

8  Benyamin+ mempunyai beberapa orang anak lelaki: Bela+ ialah anak sulung, Asybel+ ialah anak kedua, Aharah ialah anak ketiga,  Noha ialah anak keempat, dan Rafa ialah anak kelima.  Anak-anak lelaki Bela ialah Adar, Gera,+ Abihud,  Abisua, Naaman, Ahoah,  Gera, Sefufan, dan Huram.  Berikut merupakan anak-anak Ehud, iaitu ketua-ketua puak dalam kalangan penduduk Geba,+ yang telah dibuang negeri ke Manahat:  Naaman, Ahia, dan Gera. Gera telah memimpin mereka ketika mereka dibuang negeri. Gera mempunyai anak-anak lelaki, iaitu Uza dan Ahihud.  Saharaim mendapat anak-anak di tanah Moab setelah dia menghalau orang Moab. Husyim dan Baara ialah isteri-isteri Saharaim.*  Seorang lagi isterinya, iaitu Hodes, telah melahirkan Yobab, Zibia, Mesa, Malkam, 10  Yeus, Sakhia, dan Mirma. Mereka ialah anak-anak lelaki Saharaim yang menjadi ketua puak. 11  Isteri Saharaim, iaitu Husyim, melahirkan Abitub dan Elpaal. 12  Anak-anak lelaki Elpaal ialah Eber, Misam, Semed (dia membangunkan Ono+ dan Lod+ dengan pekan-pekan di sekelilingnya), 13  Beria, dan Sema. Mereka ialah ketua-ketua puak dalam kalangan penduduk Ayalon.+ Merekalah yang telah menghalau penduduk Gat. 14  Ahio, Sasak, Yeremot, 15  Zebadia, Arad, Eder, 16  Mikhael, Ispa, dan Yoha ialah anak-anak lelaki Beria. 17  Zebadia, Mesulam, Hizki, Heber, 18  Ismerai, Izlia, dan Yobab ialah anak-anak lelaki Elpaal. 19  Yakim, Zikhri, Zabdi, 20  Elienai, Ziletai, Eliel, 21  Adaya, Beraya, dan Simrat ialah anak-anak lelaki Simei. 22  Ispan, Eber, Eliel, 23  Abdon, Zikhri, Hanan, 24  Hanania, Elam, Antotia, 25  Ifdiya, dan Penuel ialah anak-anak lelaki Sasak. 26  Shamserai, Sheharia, Atalya, 27  Yaaresiah, Elia, dan Zikhri ialah anak-anak lelaki Yeroham. 28  Mereka semua ialah ketua-ketua puak yang disenaraikan mengikut keturunan mereka. Mereka tinggal di Yerusalem. 29  Yeiel tinggal di kota Gibeon+ dan dia ialah pengasas kota itu. Isteri Yeiel bernama Maakha.+ 30  Anak sulungnya ialah Abdon, diikuti dengan Zur, Kish, Baal, Nadab, 31  Gedor, Ahio, dan Zekher. 32  Miklot ialah bapa Simea. Mereka semua tinggal bersama saudara-saudara mereka di Yerusalem, berhampiran dengan saudara-saudara mereka yang lain. 33  Ner+ ialah bapa Kish. Kish ialah bapa Saul.+ Saul ialah bapa Yonatan,+ Malki-sua,+ Abinadab,+ dan Esbaal.*+ 34  Yonatan ialah bapa Merib-baal.+ Merib-baal* ialah bapa Mikha.+ 35  Anak-anak lelaki Mikha ialah Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas. 36  Ahas ialah bapa Yehoada. Yehoada ialah bapa Alemet, Azmawet, dan Zimri. Zimri ialah bapa Moza. 37  Moza ialah bapa Binea. Binea ialah bapa Rafah. Rafah ialah bapa Eleasa. Eleasa ialah bapa Azel. 38  Azel mempunyai enam orang anak lelaki, iaitu Azrikam, Bokheru, Ismael, Shearia, Obaja, dan Hanan. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Azel. 39  Saudara lelakinya, iaitu Esek, mempunyai beberapa orang anak lelaki: Ulam ialah anak sulung, Yeus ialah anak kedua, dan Elifelet ialah anak ketiga. 40  Anak-anak lelaki Ulam ialah pahlawan gagah yang pandai menggunakan busur. Mereka mempunyai ramai anak lelaki dan cucu lelaki, semuanya berjumlah 150 orang. Mereka semua ialah keturunan Benyamin.

Nota Kaki

Atau mungkin, “setelah dia menghalau isteri-isterinya, iaitu Husyim dan Baara.”
Juga dipanggil Ish-boset.
Juga dipanggil Mefiboset.