2 Raja-Raja 18:1-37

  • Hizkia, raja Yehuda (1-8)

  • Rumusan tentang kejatuhan Israel (9-12)

  • Sanherib menyerang Yehuda (13-18)

  • Pengurus minuman mencemuh Yehuwa (19-37)

18  Hizkia+ anak Raja Ahas+ dari Yehuda menjadi raja pada tahun ketiga pemerintahan Hoshea+ anak Ela, raja Israel.  Dia berumur 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 29 tahun. Nama ibunya ialah Abi,* anak perempuan Zakharia.+  Hizkia terus melakukan apa yang baik di mata Yehuwa,+ seperti nenek moyangnya Daud.+  Dialah yang telah menyingkirkan tempat-tempat pemujaan*+ dan menghancurkan tugu-tugu suci* serta merobohkan tiang-tiang suci.*+ Selain itu, dia menghancurkan ular tembaga yang dibuat oleh Musa+ kerana sampai masa itu, umat Israel masih membakar korban sehingga asap naik di depan ular tembaga itu. Orang Israel memanggil ular itu Nehustan.*  Raja Hizkia menaruh kepercayaan kepada Yehuwa,+ Tuhan orang Israel. Tidak ada raja seperti dia di Yehuda, baik sebelum mahupun selepas pemerintahannya.  Dia berpaut erat pada Yehuwa+ dan selalu mentaati-Nya. Dia sentiasa mematuhi semua hukum yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa.  Yehuwa sentiasa menyertainya. Tidak kira apa sahaja yang dilakukannya, dia bertindak dengan bijaksana. Dia memberontak melawan raja Assyria dan enggan tunduk kepadanya.+  Dia juga mengalahkan orang Filistin+ sampai ke Gaza dan daerah-daerahnya, dari menara pengawal sampai ke kota-kota yang berkubu.*  Pada tahun keempat pemerintahan Raja Hizkia, iaitu pada tahun ketujuh pemerintahan Hoshea+ anak Ela, raja Israel, Raja Salmaneser dari Assyria menyerang Samaria dan mula mengepungnya.+ 10  Mereka berjaya menawan kota itu+ dalam masa tiga tahun. Maka Samaria ditawan pada tahun keenam pemerintahan Raja Hizkia, iaitu pada tahun kesembilan pemerintahan Raja Hoshea dari Israel. 11  Setelah itu, raja Assyria membawa orang Israel ke Assyria sebagai tawanan.+ Dia menempatkan mereka di Halah, di Habor yang terletak dekat Sungai Gozan, dan di kota-kota orang Media.+ 12  Hal itu berlaku kerana mereka tidak mendengarkan suara Yehuwa, Tuhan mereka. Sebaliknya mereka asyik melanggar perjanjian-Nya, dan mereka tidak mematuhi perintah Yehuwa yang disampaikan melalui Musa, hamba-Nya.+ Mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu mentaati-Nya. 13  Pada tahun ke-14 pemerintahan Raja Hizkia, Raja Sanherib dari Assyria+ menyerang semua kota berkubu di Yehuda lalu menakluki kota-kota itu.+ 14  Maka Raja Hizkia dari Yehuda mengirim pesanan berikut kepada raja Assyria di Lakhis: “Betalah yang bersalah. Hentikanlah serangan tuanku dan beta akan penuhi semua tuntutan tuanku.” Maka raja Assyria menuntut supaya Raja Hizkia dari Yehuda membayar denda sebanyak 300 talenta* perak dan 30 talenta emas. 15  Hizkia pun memberikan semua perak yang dapat dijumpainya di Rumah Yehuwa dan di tempat penyimpanan harta istana.+ 16  Pada waktu itu, Hizkia telah mengeluarkan* pintu Rumah+ Yehuwa dan ambang-ambang pintu yang telah disalutinya dengan emas,+ lalu memberikan semua itu kepada raja Assyria. 17  Tetapi raja Assyria mengutus ketua tentera,* ketua pegawai istana,* dan ketua pengurus minumannya* bersama sepasukan askar yang besar dari Lakhis+ kepada Raja Hizkia yang ada di Yerusalem.+ Mereka pergi ke Yerusalem dan tiba di saluran yang menyalurkan air dari Kolam Atas, iaitu dekat jalan utama yang menuju ke tempat orang mencuci kain.+ 18  Mereka memanggil raja untuk keluar, tetapi Elyakim+ anak Hilkia, Sebna,+ dan Yoah anak Asaf pula yang keluar menemui mereka. (Elyakim ialah pengurus istana, Sebna ialah setiausaha, dan Yoah ialah pencatat.) 19  Oleh itu, ketua pengurus minuman itu berkata kepada mereka, “Beritahulah Hizkia, ‘Inilah kata-kata raja Assyria yang agung: “Mengapakah kamu begitu yakin?+ 20  Kamu berkata, ‘Beta ada rancangan dan beta juga mempunyai kekuatan untuk berperang,’ tetapi kata-katamu itu semuanya kata-kata kosong sahaja. Pada siapakah kamu harapkan sehingga kamu berani memberontak menentang beta?+ 21  Lihatlah! Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir. Mesir bagaikan buluh yang telah patah+ dan menusuk tapak tangan orang yang bersandar padanya. Itulah kesudahan bagi sesiapa yang berharap kepada Firaun, raja Mesir itu. 22  Nah, kamu semua berkata kepada beta, ‘Kami mengharapkan bantuan daripada Yehuwa, Tuhan kami,’+ tetapi bukankah Hizkia yang telah memusnahkan tempat-tempat pemujaan dan mazbah-Nya?+ Bukankah Hizkia juga yang menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem, ‘Kamu harus bersujud di mazbah yang ada di Yerusalem sahaja’?”’+ 23  Sekarang, marilah bertaruh dengan tuanku, raja Assyria. Tuanku berkata, ‘Jika beta memberi kamu 2,000 ekor kuda, dapatkah kamu mencari penunggang kuda sebanyak itu?+ 24  Biarpun Mesir menghantar kereta kuda dan pasukan berkuda kepada kamu, dapatkah kamu mengalahkan pegawai beta yang paling rendah pangkatnya? 25  Fikirkanlah, adakah beta dapat menyerang tempat ini tanpa izin daripada Yehuwa? Yehuwa sendiri yang berfirman kepada beta, “Seranglah dan musnahkanlah negeri ini.”’” 26  Kemudian Elyakim anak Hilkia bersama Sebna+ dan Yoah menjawab ketua pengurus minuman itu,+ “Bercakaplah dengan kami dalam bahasa Aram*+ kerana kami faham bahasa itu. Janganlah bercakap dalam bahasa orang Yahudi. Semua orang yang ada di tembok kota dapat memahaminya.”+ 27  Tetapi ketua pengurus minuman itu berkata, “Adakah kamu sangka bahawa aku diutus oleh raja Assyria untuk menyampaikan kata-kata ini kepada kamu dan raja kamu sahaja? Tidak. Aku menyampaikan semua ini kepada mereka yang duduk di atas tembok juga. Merekalah yang akan makan najis sendiri dan minum kencing sendiri bersama-sama kamu.” 28  Kemudian, ketua pengurus minuman itu berseru dengan kuat dalam bahasa orang Yahudi, “Dengarlah kata-kata raja Assyria yang agung!+ 29  Raja berkata, ‘Janganlah diperdayakan oleh Hizkia kerana dia tidak dapat menyelamatkan kamu daripada genggaman beta.+ 30  Dia mungkin berkata, “Yehuwa pasti akan menyelamatkan kita, dan kota ini tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Janganlah terpengaruh dengan kata-kata Hizkia sehingga kamu percaya kepada Yehuwa.+ 31  Usahlah kamu mendengar kata-kata Hizkia kerana beta, raja Assyria, berkata, “Menyerah dirilah dan berdamailah dengan beta. Kamu akan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri. 32  Kemudian, beta akan membawa kamu ke sebuah negeri yang serupa dengan negeri kamu.+ Negeri itu penuh dengan biji-bijian dan pokok-pokok anggur yang segar. Negeri itu melimpah dengan makanan, madu, dan wain baharu. Negeri itu juga penuh dengan pokok zaitun dan ladang anggur. Di sana, kamu akan hidup dan tidak akan mati. Janganlah ditipu oleh Hizkia semasa dia berkata, ‘Yehuwa akan menyelamatkan kita.’ 33  Pernahkah tuhan bangsa-bangsa lain menyelamatkan negeri mereka daripada tangan raja Assyria? 34  Di manakah tuhan orang Hamat+ dan orang Arpad? Di manakah tuhan orang Sefarwaim,+ orang Hena, dan orang Iwa? Pernahkah tuhan-tuhan itu menyelamatkan Samaria daripada genggaman beta?+ 35  Tuhan manakah yang pernah menyelamatkan negerinya daripada tangan beta? Mengapakah kamu berfikir bahawa Yehuwa dapat menyelamatkan Yerusalem?”’”+ 36  Namun, orang di situ hanya berdiam diri dan tidak mengucapkan sepatah kata pun, kerana Raja Hizkia telah berkata, “Janganlah menjawabnya.”+ 37  Kemudian Elyakim anak Hilkia, iaitu pengurus istana, Sebna, iaitu setiausaha, dan Yoah anak Asaf, iaitu pencatat, mengoyakkan jubah mereka. Mereka menghadap Hizkia untuk memberitahunya kata-kata ketua pengurus minuman itu.

Nota Kaki

Singkatan bagi Abia.
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “memanggil ular itu patung ular tembaga.”
Iaitu, di setiap tempat, tidak kira di tempat yang berpenduduk padat atau tidak.
Harfiah, “memotong.”
Atau “Tartan.”
Atau “Rabsaris.”
Atau “Rabshakeh.”
Atau “bahasa Siria.”