Dua Samuel 22:1-51

  • Daud memuji Tuhan yang telah menyelamatkannya (1-51)

    • ‘Yehuwalah batu perlindunganku’ (2)

    • Yehuwa setia kepada orang yang setia (26)

22  Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul+ dan semua musuhnya,+ Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa.+ 2  Daud berkata, “Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku;+ Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+  3  Ya Tuhan, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.Engkaulah perisaiku,+ penyelamatku yang berkuasa,* dan tempat naunganku.+Engkaulah penyelamatku+ dan tempat persembunyianku.+ Engkau telah menyelamatkan aku daripada keganasan.  4  Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,Dan aku akan diselamatkan daripada musuhku.  5  Gelora maut mengelilingi aku,+Orang yang tidak berguna menakutkan aku seperti banjir kilat.+  6  Tali-tali Kuburan* melilit aku,+Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+  7  Aku berseru kepada Yehuwa semasa aku dalam kesusahan,+Aku terus berseru kepada Tuhanku. Lalu Dia mendengar suaraku dari rumah-Nya,Seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+  8  Bumi mula bergegar dan bergoncang.+Asas langit bergetar-getar+Dan bergoncang kerana Dia telah menjadi murka.+  9  Dia menghembuskan asap dari hidung-Nya,Dan mengeluarkan api yang marak dari mulut-Nya.+Bara api yang bernyala-nyala keluar daripada-Nya. 10  Langit melengkung apabila Dia turun,+Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+ 11  Dia terbang dengan mengenderai kerub.+ Dia kelihatan di atas sayap makhluk roh.*+ 12  Dia menggunakan kegelapan untuk membentuk khemah di sekeliling-Nya,+Kegelapan yang terdiri daripada awan yang mendung dan tebal. 13  Daripada cahaya terang di hadapan-Nya, bara api terbakar dengan berkobar-kobar. 14  Kemudian Yehuwa membuat guruh mengguntur dari langit,+Yang Maha Tinggi membuat suara-Nya kedengaran.+ 15  Dia melepaskan anak panah+ dan mencerai-beraikan musuh-Nya,Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+ 16  Dasar laut dapat dilihat+ dan asas bumi pun terdedah,Kerana Yehuwa memberikan tegur ajar,Kerana hidung-Nya menghembuskan nafas.+ 17  Dia menghulurkan tangan-Nya dari atas,Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+ 18  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku. 19  Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+Namun Yehuwa tetap menyokong aku. 20  Dia membawa aku ke tempat yang selamat,*+Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku.+ 21  Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar.+Dia memberikan ganjaran kepadaku kerana tanganku tidak berbuat salah.+ 22  Aku mengikuti haluan Yehuwa,Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku. 23  Segala hukum-Nya+ ada di hadapanku,Aku tidak akan menyimpang daripada perintah-Nya.+ 24  Aku bertekad untuk tetap suci+ di hadapan-Nya,Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+ 25  Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+ 26  Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+Engkau melayan orang yang tidak bersalah dengan adil,+ 27  Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+Tetapi Engkau memperdayakan orang yang licik.+ 28  Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,+Tetapi Engkau melawan orang yang angkuh, dan Engkau merendahkan mereka.+ 29  Ya Yehuwa, Engkaulah pelitaku.+Ya Yehuwa, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+ 30  Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak,Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+ 31  Haluan Tuhan yang benar memang sempurna,+Dan firman Yehuwa murni.+ Dia seperti perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+ 32  Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa,+ Tuhanlah satu-satunya gunung batu kita.+ 33  Tuhan yang benar ialah kubu perlindunganku yang kukuh,+Dan Dia akan menyempurnakan jalanku.+ 34  Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,Dan membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+ 35  Dia melatih tanganku untuk berperang.Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga. 36  Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai-Mu untuk menyelamatkan aku,Dan kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+ 37  Engkau melebarkan jalanku,Dan aku tidak akan tersungkur.+ 38  Aku akan mengejar musuhku dan melenyapkan mereka,Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa. 39  Aku akan memusnahkan mereka dan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi,+Mereka akan rebah di bawah kakiku. 40  Engkau akan memberi aku kekuatan untuk bertempur,+Engkau akan menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+ 41  Engkau akan menyebabkan musuhku berundur dari hadapanku,+Aku akan membinasakan* orang yang membenciku.+ 42  Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka.Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka.+ 43  Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang halus di tanah.Aku akan meremukkan mereka dan memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalanan. 44  Engkau akan menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+ Engkau akan melindungi aku dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa.+Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+ 45  Orang asing akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan,+Mereka akan mendengar kata-kataku dan mematuhiku.* 46  Orang asing akan hilang keberanian,Mereka akan keluar dari kubu pertahanan dengan gementar. 47  Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Gunung Batuku!+ Semoga Dia dimuliakan kerana Dia penyelamatku dan gunung batuku.+ 48  Tuhan yang benar melakukan pembalasan bagiku,+Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku,+ 49  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku. Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada+ orang yang menyerang aku.Dia menyelamatkan aku daripada orang ganas.+ 50  Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku bersyukur kepada-Mu dalam kalangan bangsa-bangsa.+Aku akan menyanyikan lagu* untuk memuji nama-Mu.+ 51  Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan raja yang Engkau lantik,+Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.”+

Nota Kaki

Harfiah, “tanduk penyelamatanku.” Lihat Kamus, “Tanduk.”
Lihat Kamus.
Atau “sayap angin.”
Atau “tempat yang luas.”
Harfiah, “membungkam.”
Harfiah, “Apabila telinga mereka mendengar, mereka akan mematuhi aku.”
Atau “bermain muzik.”