2 Tawarikh 1:1-17

  • Salomo meminta kebijaksanaan daripada Yehuwa (1-12)

  • Kekayaan Salomo (13-17)

1  Pemerintahan Salomo anak Daud menjadi semakin kukuh, dan Yehuwa, Tuhannya, menyertainya dan menjadikannya sangat berkuasa.+  Salomo memanggil semua orang Israel, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang, para hakim, dan semua pemimpin dan ketua puak di Israel.  Selepas itu, Salomo dan mereka semua pergi ke tempat tinggi di Gibeon,+ kerana di situlah khemah pertemuan Tuhan yang benar diletakkan. Khemah itu telah dibuat oleh Musa, hamba Yehuwa, semasa dia berada di padang belantara.  Namun, Daud telah memindahkan tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim+ ke tempat yang telah disediakannya. Dia memindahkan tabut itu ke dalam sebuah khemah yang didirikannya di Yerusalem.+  Mazbah tembaga+ yang dibuat oleh Bezaleel+ anak Uri, cucu Hur, telah diletakkan di hadapan khemah suci Yehuwa. Salomo dan segenap umat Tuhan berdoa di situ.  Di mazbah tembaga+ yang terletak di hadapan khemah pertemuan itu, Salomo mempersembahkan 1,000 ekor binatang sebagai korban bakar di hadapan Yehuwa.  Pada malam itu, Tuhan menampakkan diri kepada Salomo dan berfirman kepadanya, “Mintalah apa sahaja yang engkau inginkan.”+  Salomo pun berkata, “Engkau telah menunjukkan kasih yang setia kepada bapaku Daud,+ dan Engkau telah menjadikan aku raja untuk menggantikannya.+  Ya Tuhan Yehuwa, semoga Engkau menunaikan apa yang telah Engkau janjikan kepada bapaku.+ Engkau telah menjadikan aku raja atas seluruh umat yang begitu banyak bagaikan butir debu di bumi.+ 10  Berikanlah kebijaksanaan dan pengetahuan kepadaku+ agar aku dapat memimpin umat-Mu. Jika tidak, bagaimana mungkin aku dapat memimpin umat-Mu yang begitu banyak?”+ 11  Tuhan berfirman kepada Salomo, “Engkau tidak meminta kekayaan dan kemakmuran. Engkau juga tidak meminta penghormatan, kematian musuhmu, dan umur yang panjang. Sebaliknya engkau menginginkan kebijaksanaan dan pengetahuan agar dapat memimpin umat-Ku yang diperintah olehmu.+ 12  Oleh itu, Aku akan mengurniai engkau kebijaksanaan dan pengetahuan. Selain itu, Aku juga akan mengurniai engkau kekayaan, kemakmuran, dan penghormatan yang tidak pernah dimiliki oleh raja-raja sebelummu, dan tidak akan dimiliki oleh raja-raja selepasmu.”+ 13  Kemudian Salomo bertolak dari tempat tinggi di Gibeon,+ iaitu dari hadapan khemah pertemuan, lalu dia pergi ke Yerusalem. Di sana, Salomo memerintah Israel. 14  Bilangan kereta kuda dan kuda* Salomo terus bertambah sehingga dia mempunyai 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda+ dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+ 15  Raja menjadikan perak dan emas di Yerusalem sama banyak seperti batu,+ dan kayu sedar sama banyak seperti pokok ara di Syefela.+ 16  Kuda-kuda milik Salomo dibeli dari Mesir.+ Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda itu* dengan harga yang telah ditetapkan.+ 17  Setiap kereta kuda yang dibeli dari Mesir berharga 600 keping perak, dan setiap kuda berharga 150 keping perak. Kemudian, kereta kuda dan kuda itu dijual kepada semua raja orang Het dan kepada raja-raja Siria.

Nota Kaki

Atau “askar-askar berkuda.”
Atau “12,000 orang askar berkuda.”
Atau mungkin, “dibeli dari Mesir dan dari Kue. Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda dari Kue,” barangkali merujuk kepada Kilikia.