2 Tawarikh 11:1-23

  • Pemerintahan Rehabeam (1-12)

  • Orang Lewi yang setia berpindah ke Yehuda (13-17)

  • Keluarga Rehabeam (18-23)

11  Apabila Rehabeam tiba di Yerusalem, dia segera mengumpulkan orang daripada suku Yehuda dan suku Benyamin.+ Sebanyak 180,000 orang pahlawan yang terlatih telah dikumpulkan untuk melawan Israel dan memulihkan kerajaan Rehabeam.+  Yehuwa menyampaikan firman-Nya kepada Nabi Semaya,+  “Katakanlah kepada Rehabeam anak Salomo, iaitu raja Yehuda, dan kepada semua orang Israel di Yehuda dan Benyamin,  ‘Inilah firman Yehuwa: “Janganlah berperang melawan saudara-saudaramu. Setiap orang haruslah pulang ke rumah masing-masing kerana Akulah yang telah menyebabkan hal ini berlaku.”’”+ Maka mereka mematuhi firman Yehuwa dan pulang. Mereka tidak pergi berperang dengan Yerobeam.  Rehabeam tinggal di Yerusalem, dan dia mengukuhkan kota-kota di Yehuda.  Dia telah mengukuhkan Betlehem,+ Etam, Tekoa,+  Bet-zur, Sokho,+ Adulam,+  Gat,+ Maresa, Zif,+  Adoraim, Lakhis,+ Azeka,+ 10  Zora, Ayalon,+ dan Hebron.+ Semua ini ialah kota-kota berkubu di Yehuda dan Benyamin. 11  Selain mengukuhkan kota-kota berkubu itu, dia melantik pemimpin bagi setiap kota itu. Dia memberi mereka makanan, minyak, dan wain. 12  Dia juga membekalkan setiap kota dengan perisai-perisai besar dan tombak. Rehabeam mengukuhkan kota-kota itu sehingga pertahanan mereka menjadi sangat kuat. Dengan demikian, Yehuda dan Benyamin tetap berada di bawah kekuasaannya. 13  Para imam dan orang Lewi dari seluruh kawasan Israel berpihak kepada Rehabeam. 14  Orang Lewi meninggalkan padang rumput mereka dan harta milik mereka+ lalu datang ke Yehuda dan Yerusalem, kerana Yerobeam dan anak-anaknya melarang mereka bertugas sebagai imam Yehuwa.+ 15  Yerobeam telah melantik imam di tempat-tempat tinggi+ untuk memuja roh-roh jahat yang berupa kambing*+ dan patung lembu yang dibuatnya.+ 16  Maka, orang dari semua suku Israel yang bertekad untuk menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah mengikut para imam dan orang Lewi ke Yerusalem, supaya mereka dapat mempersembahkan korban kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 17  Selama tiga tahun, mereka menguatkan kerajaan Yehuda dan menyokong Rehabeam anak Salomo, kerana mereka mengikut teladan Daud dan Salomo selama tiga tahun itu. 18  Rehabeam berkahwin dengan Mahalat. Bapa Mahalat ialah Yerimot, anak Raja Daud, dan ibu Mahalat ialah Abihail anak Eliab, cucu Isai.+ 19  Tidak lama kemudian, Mahalat melahirkan beberapa orang anak lelaki, iaitu Yeus, Shemariah, dan Zaham. 20  Kemudian Rehabeam berkahwin dengan Maakha, iaitu cucu Absalom.+ Tidak lama kemudian, Maakha melahirkan beberapa orang anak, iaitu Abia,+ Atai, Ziza, dan Selomit. 21  Rehabeam mempunyai 28 orang anak lelaki dan 60 orang anak perempuan. Meskipun Rehabeam mempunyai 18 orang isteri dan 60 orang gundik,+ Maakha, cucu Absalom, ialah isteri kesayangannya. 22  Maka dia melantik Abia anak Maakha sebagai ketua dan pemimpin dalam kalangan adik-beradiknya, kerana dia ingin Abia menggantikannya sebagai raja kelak. 23  Rehabeam bertindak dengan bijak. Dia menghantar beberapa orang anak lelakinya ke kota-kota berkubu di kawasan Yehuda dan Benyamin.+ Kemudian dia mendapatkan banyak isteri untuk mereka dan memberi mereka bekalan yang berlimpah-limpah.

Nota Kaki

Harfiah, “memuja kambing.”