2 Tawarikh 17:1-19

  • Yehosafat, raja Yehuda (1-6)

  • Kempen mengajar (7-9)

  • Kekuatan tentera Yehosafat (10-19)

17  Kemudian anak Asa, iaitu Yehosafat+ menggantikannya sebagai raja. Yehosafat mengukuhkan kekuasaannya di Israel.  Dia menempatkan askar-askarnya di semua kota berkubu di Yehuda. Dia juga mendirikan pangkalan tentera di kawasan Yehuda dan di kota-kota Efraim yang telah ditawan oleh bapanya Asa.+  Yehuwa menyertai Yehosafat kerana dia mengikut haluan nenek moyangnya Daud+ dan tidak menyembah Baal.  Dia mencari Tuhan yang disembah oleh bapanya,+ dan mematuhi perintah Tuhan. Dia tidak terikut-ikut dengan kebiasaan orang Israel.+  Yehuwa menguatkan kerajaan Yehuda di bawah pemerintahan Yehosafat,+ dan semua penduduk Yehuda membawa hadiah kepadanya. Oleh itu, kekayaan dan kemuliaan Yehosafat semakin bertambah.+  Dia mengikut haluan Yehuwa dengan berani. Dia bahkan memusnahkan tempat-tempat pemujaan+ dan tiang-tiang suci*+ yang ada di Yehuda.  Pada tahun ketiga pemerintahan Yehosafat, dia mengutus para pegawainya, iaitu Ben-hail, Obaja, Zakharia, Netanel, dan Mikhaya, untuk mengajar orang di kota-kota Yehuda.  Mereka diiringi oleh beberapa orang Lewi, iaitu Semaya, Netania, Zebadia, Asael, Syemiramot, Yehonatan, Adonia, Tobiya, dan Tob-adonia. Dua orang imam, iaitu Elisama dan Yehoram, juga pergi bersama mereka.+  Mereka membawa kitab Hukum Yehuwa dan mula mengajar di Yehuda.+ Mereka pergi ke semua kota di Yehuda untuk mengajar orang di sana. 10  Yehuwa membuat semua kerajaan di sekitar Yehuda berasa takut, maka mereka tidak berani berperang melawan Yehosafat. 11  Orang Filistin membawa hadiah dan wang sebagai ufti kepada Yehosafat. Orang Arab pula mengambil 7,700 ekor biri-biri jantan dan 7,700 ekor kambing jantan daripada ternakan mereka lalu memberikannya kepada Yehosafat. 12  Yehosafat semakin berkuasa,+ dan dia terus membina kubu-kubu+ dan kota tempat penyimpanan bekalan+ di Yehuda. 13  Dia melaksanakan projek-projek besar di kota Yehuda. Selain itu, dia menempatkan askar-askar yang gagah perkasa di Yerusalem. 14  Mereka dibahagikan menurut puak. Daripada suku Yehuda, terdapat Adnah, yang memimpin 300,000 orang pahlawan gagah. (Adnah ialah salah seorang ketua atas 1,000 orang.)+ 15  Di bawah pimpinannya, terdapat Yehohanan yang memimpin 280,000 orang askar. 16  Amasia anak Zikhri juga berada di bawah pimpinan Adnah. Amasia menawarkan dirinya untuk berkhidmat kepada Yehuwa, dan terdapat 200,000 orang pahlawan gagah bersamanya. 17  Daripada suku Benyamin,+ terdapat Eliada, seorang pahlawan yang gagah, dan dia disertai 200,000 orang askar yang membawa busur dan perisai.+ 18  Di bawah pimpinannya, terdapat Yehozabad yang disertai 180,000 orang askar yang bersenjata. 19  Askar-askar ini dan askar-askar yang telah ditempatkan di kota-kota berkubu di seluruh Yehuda, semuanya berkhidmat kepada Raja Yehosafat.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.