2 Tawarikh 22:1-12

  • Ahazia, raja Yehuda (1-9)

  • Atalya merampas takhta (10-12)

22  Penduduk Yerusalem telah menabalkan Ahazia sebagai raja untuk menggantikan bapanya meskipun dia ialah anak bongsu. Hal ini demikian kerana kumpulan perompak yang datang bersama orang Arab untuk menyerang perkhemahan Yehuda telah membunuh semua abang Ahazia.+ Demikianlah Ahazia anak Yehoram menjadi raja Yehuda.+  Ahazia berumur 22 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama setahun. Ibunya ialah Atalya,+ cucu* Omri.+  Ahazia mengikut jejak keluarga Ahab+ kerana ibunya memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan hal-hal yang jahat.  Selepas bapanya meninggal, keluarga Ahab menjadi penasihatnya. Seperti mereka, dia sentiasa melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, dan hal itu membinasakannya.  Dia mendengar nasihat mereka dan pergi bersama Yehoram anak Ahab ke Ramot-gilead untuk melawan Raja Hazael+ dari Siria.+ Di situlah, para pemanah mencederakan Yehoram.  Memandangkan Yehoram tercedera di Rama semasa dia melawan Raja Hazael dari Siria,+ dia telah kembali ke Yizreel+ supaya luka-lukanya sembuh. Maka Ahazia* anak Yehoram,+ raja Yehuda, telah pergi ke Yizreel untuk melawat Yehoram+ anak Ahab yang tercedera.*+  Tuhan telah menentukan bahawa Ahazia akan dibunuh semasa dia melawat Yehoram. Semasa Ahazia tiba, dia dan Yehoram pergi berjumpa dengan Yehu,+ cucu* Nimsi, yang telah dipilih oleh Yehuwa untuk membinasakan seisi rumah Ahab.+  Apabila Yehu menjalankan hukuman Tuhan atas seisi rumah Ahab, dia bertemu dengan para pemimpin Yehuda dan beberapa orang anak saudara Ahazia yang berkhidmat kepada Ahazia. Yehu pun membunuh mereka semua.+  Kemudian dia menyuruh orang untuk mencari Ahazia. Mereka menjumpai Ahazia sedang bersembunyi di Samaria. Dia ditangkap dan dibawa kepada Yehu lalu dibunuh. Setelah itu, Ahazia dikebumikan+ kerana mereka berkata, “Dialah cucu kepada Yehosafat yang telah menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati.”+ Tiada sesiapa dalam keluarga Ahazia yang dapat menggantikannya sebagai raja. 10  Apabila Atalya,+ iaitu ibu Ahazia, mengetahui bahawa anak lelakinya telah mati, dia membunuh semua kerabat diraja Yehuda.+ 11  Tetapi Yehosyabet, iaitu anak perempuan Raja Yehoram,+ telah menyelamatkan Yehoas+ anak Ahazia daripada kalangan anak-anak raja lain yang bakal dibunuh. Dia menyembunyikan Yehoas dan pengasuhnya di dalam sebuah bilik tidur. Oleh itu, Atalya tidak dapat mencari Yehoas dan membunuhnya.+ (Yehosyabet ialah isteri kepada Imam Yehoyada+ dan kakak kepada Ahazia.) 12  Selama enam tahun, Yehoas bersembunyi di rumah Tuhan yang benar sementara Atalya memerintah negeri Yehuda.

Nota Kaki

Harfiah, “anak perempuan.”
Sesetengah teks Ibrani menggunakan nama “Azarya.”
Atau “yang sakit.”
Harfiah, “anak lelaki.”