Dua Tawarikh 27:1-9
-
Yotam, raja Yehuda (1-9)
27 Yotam+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Ibunya ialah Yerusah, anak perempuan Zadok.+
2 Yotam terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa seperti bapanya+ dan dia tidak menceroboh ke dalam Rumah Yehuwa.+ Tetapi rakyatnya terus berdosa.
3 Dia membina Pintu Gerbang Atas di Rumah Yehuwa+ dan melakukan banyak kerja pembinaan di tembok Ofel.+
4 Dia juga membina kota-kota+ di kawasan pergunungan Yehuda+ dan mendirikan kubu+ dan menara+ di kawasan hutan.
5 Yotam berperang dengan raja Ammon+ dan mengalahkan mereka. Maka pada tahun itu, orang Ammon membayar ufti kepadanya, iaitu sebanyak 3,420 kilogram* perak, 10,000 bekas* gandum, dan 10,000 bekas barli. Mereka juga membayar ufti yang sama kepadanya pada tahun kedua dan ketiga.+
6 Yotam bertambah kuat kerana dia bertekad untuk berjalan mengikut haluan Yehuwa, Tuhannya.
7 Berkenaan kisah hidup Yotam yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya dan bagaimana dia berperang, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda.+
8 Dia berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun.+
9 Yotam meninggal lalu dikebumikan di Kota Daud.+ Ahas, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.+
Nota Kaki
^ Harfiah, “100 talenta.” Lihat Lampiran B14.
^ Harfiah, “10,000 kor.” Lihat Lampiran B14.