2 Tawarikh 34:1-33

  • Yosia, raja Yehuda (1, 2)

  • Yosia memulihkan ibadat sejati (3-13)

  • Kitab Hukum ditemui (14-21)

  • Nubuat Hulda tentang malapetaka (22-28)

  • Yosia membaca kitab di hadapan rakyat (29-33)

34  Yosia+ berusia lapan tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 31 tahun di Yerusalem.+  Yosia melakukan apa yang benar di mata Yehuwa dan mengikut haluan Daud, nenek moyangnya. Dia tidak pernah mengingkari hukum Tuhan.*  Pada tahun kelapan pemerintahannya, ketika dia masih muda, dia mula mencari Tuhan yang disembah oleh Daud, nenek moyangnya.+ Pada tahun ke-12 pemerintahannya, dia mula menyingkirkan tempat-tempat ibadat,+ tiang suci,* dan patung-patung berhala+ yang ada di Yehuda dan di Yerusalem.+  Selain itu, mazbah-mazbah Baal dirobohkan di hadapan Yosia lalu Yosia memusnahkan tempat membakar kemenyan yang ada di atas mazbah-mazbah itu. Dia juga meruntuhkan tiang-tiang suci dan patung-patung berhala lalu menghancurkan semuanya sehingga menjadi debu. Kemudian dia menghamburkan debu itu di perkuburan orang yang dahulunya mempersembahkan korban kepada berhala-berhala itu.+  Dia juga membakar tulang imam-imam di atas mazbah mereka.+ Demikianlah dia membersihkan Yehuda dan Yerusalem.  Di kota-kota Manasye, Efraim,+ dan Simeon sampai ke Naftali dan kawasan terbiar di sekitarnya,  Yosia meruntuhkan mazbah, tiang suci, dan patung berhala+ lalu menghancurkan semuanya sehingga menjadi debu. Dia juga membinasakan semua tempat membakar kemenyan yang ada di seluruh Israel.+ Selepas itu, dia kembali ke Yerusalem.  Pada tahun ke-18 pemerintahan Yosia, setelah dia selesai membersihkan negerinya dan Rumah Tuhan, dia mengutus Safan+ anak Azalia, Maaseya, iaitu penguasa kota, dan Yoah anak Yoahas, yang bertugas sebagai pencatat, untuk membaiki Rumah Yehuwa, Tuhannya.+  Mereka berjumpa dengan Imam Agung Hilkia, dan memberi Hilkia wang yang telah dibawa ke Rumah Tuhan, iaitu wang yang dikumpulkan oleh orang Lewi yang bertugas sebagai penjaga pintu. Wang itu telah dikumpulkan daripada orang Manasye, orang Efraim, dan orang Israel yang lain+ serta daripada orang Yehuda, orang Benyamin, dan penduduk Yerusalem. 10  Kemudian mereka memberikan wang itu kepada beberapa orang yang dilantik untuk mengawasi kerja pembaikan Rumah Yehuwa. Wang itu akan digunakan oleh para pekerja di Rumah Yehuwa untuk membaiki rumah itu. 11  Mereka memberikan wang kepada jurubina dan tukang-tukang yang mahir untuk membeli kayu dan batu yang sudah dipotong untuk membina penyangga. Mereka juga membeli tiang untuk membaiki rumah-rumah yang telah dibiarkan rosak oleh raja-raja Yehuda.+ 12  Semua orang melakukan tugas masing-masing dengan setia.+ Beberapa orang Lewi dilantik untuk menjadi penyelia mereka, iaitu Yahat dan Obaja daripada keturunan Merari,+ dan Zakharia dan Mesulam daripada keturunan Kehat.+ Selain itu, orang Lewi yang lain, iaitu para pemuzik yang mahir,+ 13  bertanggungjawab atas pekerja yang mengangkat barangan berat. Mereka juga mengawasi orang yang melakukan kerja-kerja lain. Sebilangan orang Lewi pula bertugas sebagai setiausaha, pegawai, dan penjaga pintu.+ 14  Semasa mereka mengeluarkan wang yang telah dibawa ke Rumah Yehuwa,+ Imam Hilkia menjumpai kitab Hukum Yehuwa,+ yang diberikan kepada Musa.+ 15  Maka Hilkia berkata kepada Safan, setiausaha itu, “Aku telah menjumpai kitab Hukum Musa di dalam Rumah Yehuwa.” Lalu Hilkia memberikan kitab itu kepada Safan. 16  Safan membawa kitab itu kepada raja dan berkata, “Hamba-hamba tuanku sedang melakukan semua tugas yang telah diberikan kepada mereka. 17  Mereka telah mengambil wang yang ada di Rumah Yehuwa, dan memberikannya kepada para penyelia dan para pekerja.” 18  Safan juga memberitahu raja, “Imam Hilkia telah memberikan kitab ini kepada hamba.”+ Lalu Safan membaca kitab itu di hadapan raja.+ 19  Sebaik sahaja raja mendengar kata-kata dalam kitab Hukum itu, dia mengoyakkan jubahnya.+ 20  Kemudian dia memberikan perintah kepada Hilkia, Ahikam+ anak Safan, Abdon anak Mikha, Safan, iaitu setiausaha itu, dan Asaya, iaitu pegawai raja. Raja berkata, 21  “Pergilah minta petunjuk daripada Yehuwa tentang kata-kata dalam kitab yang telah ditemui ini. Mintalah petunjuk-Nya bagi pihak beta dan bagi pihak semua orang yang masih tinggal di Israel dan Yehuda. Nenek moyang kita tidak mematuhi firman Yehuwa, dan mereka tidak melakukan semua yang tercatat dalam kitab ini. Itulah sebabnya Yehuwa sangat murka terhadap kita.”+ 22  Maka Hilkia bersama dengan utusan raja yang lain pergi berjumpa dengan seorang nabi wanita yang bernama Hulda.+ Hulda ialah isteri Salum anak Tikwa, cucu Harhas. (Salum ialah pengurus tempat penyimpanan pakaian.) Hulda menetap di Wilayah Kedua di Yerusalem, maka mereka pergi ke situ untuk bercakap dengannya.+ 23  Dia berkata kepada mereka, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Beritahulah orang yang telah mengutus kamu kepada-Ku, 24  “Inilah firman Yehuwa, ‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan penduduknya+ sesuai dengan semua kutukan yang tertulis dalam kitab+ yang telah dibaca di hadapan raja Yehuda. 25  Mereka telah meninggalkan Aku+ dan mempersembahkan korban* kepada tuhan-tuhan lain. Segala perbuatan mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku.+ Maka Aku murka terhadap tempat ini, dan api kemurkaan-Ku tidak akan reda.’”+ 26  Tetapi beritahulah raja Yehuda yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Engkau telah mendengar kata-kata dalam kitab itu.+ 27  Setelah mendengar firman-Ku berkenaan tempat ini dan penduduknya, engkau bertaubat* dan merendahkan diri di hadapan-Ku. Memandangkan engkau merendahkan diri dan mengoyakkan jubahmu serta menangis di hadapan-Ku, Aku akan mendengar doamu,+ firman Yehuwa. 28  Engkau akan meninggal dengan tenteram lalu dikuburkan. Engkau tidak akan melihat semua malapetaka yang akan Aku timpakan atas tempat ini dan penduduknya.’”’”+ Kemudian mereka menyampaikan pesanan itu kepada raja. 29  Maka raja menghantar utusan untuk memanggil semua pemimpin Yehuda dan Yerusalem.+ 30  Selepas itu, raja pergi ke Rumah Yehuwa bersama semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, imam-imam, dan orang Lewi. Semua orang, baik yang tua mahupun yang muda, menyertai raja. Raja membaca seluruh kandungan kitab perjanjian yang telah ditemui di Rumah Yehuwa di hadapan mereka semua.+ 31  Raja berdiri* dan membuat* perjanjian+ di depan Yehuwa. Dia berjanji untuk mematuhi Yehuwa dan berpegang pada hukum-Nya, peringatan-Nya, dan perintah-Nya dengan sepenuh jiwa raga.+ Dia berjanji untuk melaksanakan apa yang tertulis dalam kitab itu.+ 32  Selain itu, dia menyuruh semua orang di Yerusalem dan Benyamin untuk bersetuju dengan perjanjian itu. Maka penduduk Yerusalem bertindak selaras dengan perjanjian Tuhan, iaitu Tuhan nenek moyang mereka.+ 33  Raja Yosia menyingkirkan semua patung berhala* yang menjijikkan di seluruh negeri Israel,+ dan dia menyuruh semua orang Israel untuk menyembah Yehuwa, Tuhan mereka. Selama Yosia masih hidup, mereka tidak meninggalkan haluan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.

Nota Kaki

Atau “tidak pernah menyimpang ke kanan atau ke kiri.”
Lihat Kamus.
Atau “membakar korban sehingga asap naik.”
Harfiah, “hatimu menjadi lembut.”
Atau “berdiri di tempatnya.”
Atau “membaharui.”
Atau “semua benda.”