2 Tawarikh 8:1-18

  • Projek-projek pembinaan Salomo yang lain (1-11)

  • Aturan penyembahan di Rumah Tuhan (12-16)

  • Kapal-kapal Salomo (17, 18)

8  Salomo mengambil masa 20 tahun untuk membina Rumah Yehuwa dan istananya.+  Dia membina semula kota-kota yang diberikan oleh Hiram+ kepadanya lalu menyuruh orang Israel tinggal di situ.  Selain itu, Salomo pergi ke Hamat-zoba dan menawannya.  Kemudian dia mengukuhkan* Tadmor yang terletak di padang belantara, dan semua kota tempat penyimpanan bekalan+ yang telah dibinanya di Hamat.+  Dia juga mengukuhkan Bet-horon Hulu+ dan Bet-horon Hilir+ dengan membina tembok, pintu gerbang, dan palang di situ.  Seterusnya dia mengukuhkan Baalat,+ semua kota tempat penyimpanan bekalan dan kereta kuda,+ dan kota untuk pasukan askar berkuda. Akhirnya, segala yang ingin dibina oleh Salomo di Yerusalem, di Lebanon, dan di seluruh kawasan pemerintahannya telah disiapkan.  Berkenaan semua orang Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebus+ yang masih ada, mereka bukan sebahagian daripada bangsa Israel.+  Keturunan mereka yang tinggal di Israel, yang tidak dibunuh oleh orang Israel,+ diwajibkan untuk bekerja sebagai hamba Salomo sehingga hari ini.+  Namun Salomo tidak mewajibkan seorang pun daripada bangsa Israel untuk menjadi hambanya.+ Sebaliknya, mereka dijadikan pahlawan, ketua pegawai tentera, ketua pemandu kereta kuda, dan ketua pasukan askar berkuda.+ 10  Terdapat 250 orang ketua pembesar yang bertugas sebagai mandur untuk mengawasi pekerja-pekerja Raja Salomo.+ 11  Salomo juga membawa puteri Firaun*+ dari Kota Daud ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya.+ Hal ini demikian kerana Salomo berkata, “Meskipun dia isteri beta, dia tidak boleh tinggal di istana Daud, raja Israel, kerana di mana sahaja tabut Yehuwa pernah diletakkan, tempat itu suci.”+ 12  Kemudian Salomo mempersembahkan korban-korban bakar+ kepada Yehuwa di mazbah+ Yehuwa yang telah didirikannya di depan anjung Rumah Tuhan.+ 13  Setiap hari, dia mempersembahkan korban-korban yang wajib dipersembahkan. Dia juga berbuat demikian pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan tiga perayaan tahunan,+ iaitu Perayaan Roti Tidak Beragi,+ Perayaan Menuai,+ dan Perayaan Pondok Daun,+ sesuai dengan perintah Musa. 14  Salomo mengikut apa yang telah ditetapkan oleh bapanya Daud. Dia membahagikan para imam kepada beberapa kumpulan+ untuk menjalankan tugas mereka. Dia juga menugaskan orang Lewi untuk memuji+ Tuhan dan berkhidmat di hadapan para imam setiap hari. Kemudian dia membahagikan para pengawal kepada beberapa kumpulan dan menyuruh mereka untuk menjaga setiap pintu gerbang mengikut giliran kumpulan masing-masing.+ Salomo melakukan semua ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Daud, hamba Tuhan yang benar. 15  Semua perintah raja kepada para imam dan orang Lewi tentang gudang-gudang dan hal-hal lain, telah dituruti dengan sepenuhnya. 16  Semua rancangan Salomo dilaksanakan dengan teratur,* dari waktu asas Rumah Yehuwa diletakkan+ sehinggalah pembinaan rumah itu selesai. Demikianlah Rumah Yehuwa selesai dibina.+ 17  Kemudian Salomo pergi ke Ezion-geber+ dan Elot,+ di persisiran pantai tanah Edom.+ 18  Hiram+ menghantar kapal-kapal kepada Salomo. Dia juga mengutus hamba-hambanya dan anak-anak kapalnya yang berpengalaman kepada Salomo. Mereka belayar ke Ofir+ bersama dengan hamba-hamba Salomo dan mengambil 450 talenta* emas+ dari sana untuk diberikan kepada Raja Salomo.+

Nota Kaki

Atau “membina semula.”
Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “dengan sempurna.”