Dua Tesalonika 3:1-18
3 Akhirnya saudara-saudara, teruslah berdoa untuk kami,+ supaya firman Yehuwa* terus tersebar dengan cepat+ dan dimuliakan, seperti yang terjadi dalam kalangan kamu.
2 Berdoalah juga supaya kami diselamatkan daripada orang yang keji dan jahat,+ kerana iman bukanlah milik semua orang.+
3 Tetapi Tuan kita setia, dan dia akan menguatkan kamu dan melindungi kamu daripada Si Jahat.
4 Sebagai pengikut Tuan kita, kami yakin bahawa kamu sedang melaksanakan dan akan terus melaksanakan arahan yang kami berikan kepada kamu.
5 Semoga Tuan kita terus membimbing hati kamu supaya kamu mengasihi Tuhan+ dan bertabah+ demi Kristus.
6 Saudara-saudara, atas nama Tuan Yesus Kristus, kami mengarahkan kamu agar menjauhi semua saudara yang tidak bertatatertib,*+ dan yang tidak hidup menurut ajaran* yang kamu* terima daripada kami.+
7 Kamu sendiri tahu bagaimana kamu seharusnya mencontohi kami,+ kerana kami sentiasa bertatatertib dalam kalangan kamu,
8 dan kami tidak pernah makan makanan sesiapa pun dengan percuma.*+ Sebaliknya, kami bekerja keras dan membanting tulang siang dan malam, kerana kami tidak ingin menjadi beban yang berat dari segi kewangan kepada sesiapa pun dalam kalangan kamu.+
9 Bukannya kami tidak berhak+ untuk berbuat demikian, tetapi kami ingin menunjukkan teladan yang baik supaya kamu dapat mencontohi kami.+
10 Sebenarnya semasa kami bersama kamu, kami pernah memberikan arahan ini: “Sesiapa yang tidak mahu bekerja, tidak boleh makan.”+
11 Hal ini demikian kerana kami mendengar bahawa ada sesetengah orang dalam kalangan kamu yang tidak bertatatertib.+ Mereka langsung tidak bekerja dan suka mencampuri urusan orang lain.+
12 Atas nama Tuan Yesus Kristus, kami mengarahkan dan menasihati orang sebegitu agar makan makanan yang diperoleh mereka sendiri dan tidak mencampuri urusan orang lain.+
13 Tetapi saudara-saudara, hendaklah kamu terus berbuat baik tanpa berputus asa.
14 Jika ada sesiapa yang tidak mematuhi kata-kata kami dalam surat ini, berwaspadalah terhadap* orang itu dan jangan lagi bergaul dengannya+ supaya dia berasa malu.
15 Namun, janganlah menganggapnya sebagai musuh. Sebaliknya, teruslah menasihatinya+ sebagai seorang saudara.
16 Semoga Tuan kedamaian sentiasa mengurniai kamu kedamaian dalam segala hal.+ Semoga Tuan kita menyertai kamu semua.
17 Aku, Paulus, menulis salam ini dengan tanganku sendiri.+ Beginilah caranya aku menulis, dan gaya tulisan ini menjadi tanda pengenal dalam setiap suratku.
18 Semoga kebaikan hati Tuan Yesus Kristus yang unggul menyertai kamu semua.