2 Timotius 2:1-26

  • Mengamanahkan perkhabaran kepada orang yang layak (1-7)

  • Menderita kerana berita baik (8-13)

  • Mengajar dan menjelaskan firman Tuhan dengan baik (14-19)

  • Jauhkan diri daripada nafsu orang muda (20-22)

  • Cara memperlakukan penentang (23-26)

2  Oleh itu, anakku,+ hendaklah kebaikan hati yang unggul, yang ada dalam diri Kristus Yesus, terus memberi kamu kekuatan.  Berkenaan perkara-perkara yang telah kamu dengar daripadaku dan yang disahkan oleh banyak saksi,+ amanahkanlah perkara-perkara itu kepada orang yang setia agar mereka juga menjadi layak untuk mengajar orang lain.  Sebagai askar Kristus Yesus yang baik,+ bersedialah untuk menanggung kesusahan.+  Seseorang yang berkhidmat sebagai askar tidak akan melibatkan diri* dalam urusan perdagangan* orang awam, agar dia dapat menyenangkan hati orang yang mendaftarkannya sebagai askar.  Tambahan lagi, seseorang yang menyertai pertandingan tidak diberi mahkota kecuali dia sudah bertanding mengikut peraturan.+  Petani yang bekerja keras haruslah menjadi orang pertama yang menikmati hasil tuaiannya.  Hendaklah kamu sentiasa berfikir tentang apa yang aku katakan. Tuan kita akan memberi kamu pemahaman* dalam segala sesuatu.  Ingatlah bahawa Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian+ dan dia merupakan keturunan Daud.+ Hal ini selaras dengan berita baik yang aku sebarkan.+  Aku menderita dan dipenjarakan sebagai seorang penjenayah kerana berita baik ini.+ Namun demikian, firman Tuhan tidak dapat dibelenggu.+ 10  Oleh itu, aku terus menanggung segala sesuatu dengan tabah demi umat pilihan Tuhan,+ agar melalui Kristus Yesus, mereka juga mendapat penyelamatan dan mendapat kemuliaan yang abadi. 11  Kata-kata ini dapat dipercayai: Jika kita mati bersamanya, kita juga pasti akan hidup bersamanya;+ 12  jika kita terus bertabah, kita juga akan memerintah sebagai raja bersamanya;+ jika kita menyangkalnya, dia juga akan menyangkal kita;+ 13  meskipun kita tidak setia, Tuhan akan tetap setia, kerana Dia tidak dapat bertindak dalam cara yang bertentangan dengan diri-Nya sendiri. 14  Teruslah mengingatkan mereka tentang hal-hal ini dan berikanlah perintah* kepada mereka di hadapan Tuhan supaya jangan bertengkar tentang kata-kata, kerana perbuatan sedemikian sia-sia sahaja dan memudaratkan* orang yang mendengarnya. 15  Berusahalah sedaya upaya untuk mempersembahkan dirimu kepada Tuhan sebagai orang yang diperkenankan-Nya, sebagai pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya, dan sebagai orang yang mengajar dan menjelaskan firman yang benar dengan baik.+ 16  Tetapi janganlah mendengar kata-kata kosong yang mencemari hal-hal yang suci,+ kerana kata-kata sedemikian akan menyebabkan orang menjadi semakin jauh daripada Tuhan, 17  dan kata-kata sedemikian akan merebak seperti penyakit gangren.* Himeneus dan Filitus termasuk antara mereka yang menyebarkan kata-kata demikian.+ 18  Mereka berdua sudah menyimpang daripada kebenaran dan mengatakan bahawa pembangkitan sudah berlaku.+ Mereka menghancurkan iman sesetengah orang. 19  Namun demikian, asas kukuh yang diletakkan oleh Tuhan tetap bertahan dan mempunyai meterai yang menyatakan, “Yehuwa* mengenal mereka yang merupakan milik-Nya,”+ dan, “Hendaklah setiap orang yang menyeru nama Yehuwa*+ meninggalkan hal-hal yang jahat.” 20  Di dalam sebuah rumah yang besar, bukan sahaja ada perkakas* yang diperbuat daripada emas dan perak, malah ada juga yang diperbuat daripada kayu dan tanah liat. Sesetengah perkakas adalah untuk kegunaan yang mulia, sedangkan yang lain adalah untuk kegunaan yang tidak mulia. 21  Maka, jika sesiapa menjauhkan diri daripada perkakas yang digunakan untuk kegunaan yang tidak mulia, dia akan menjadi alat* untuk kegunaan yang mulia, yang disucikan, yang berguna kepada pemiliknya, dan yang bersedia untuk melakukan setiap perbuatan yang baik. 22  Oleh itu, jauhkanlah diri* daripada nafsu orang muda. Sebaliknya berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk memupuk kebaikan, iman, kasih, dan kedamaian, bersama dengan mereka yang berseru kepada Tuan dengan hati yang bersih. 23  Selain itu, hindarilah perdebatan yang bodoh dan sia-sia+ kerana kamu tahu bahawa perkara sebegitu menyebabkan pertengkaran. 24  Hal ini demikian kerana hamba Tuan tidak perlu bertengkar. Sebaliknya dia perlu bersikap baik hati terhadap semua orang.*+ Dia juga perlu layak untuk mengajar, menahan diri semasa diperlakukan dengan buruk,+ 25  dan menunjukkan kelemahlembutan semasa mengajar orang yang suka menentang.+ Barangkali Tuhan akan mengizinkan orang sebegini untuk bertaubat* dan mendapat pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.+ 26  Dengan itu, meskipun mereka sudah ditangkap hidup-hidup oleh Iblis untuk melakukan kehendaknya, mereka mungkin akan sedar dan melepaskan diri daripada perangkapnya.+

Nota Kaki

Harfiah, “terbelit.”
Atau mungkin, “kegiatan sehari-hari.”
Atau “pengertian.”
Harfiah, “berikanlah kesaksian yang menyeluruh.”
Atau “menghancurkan.”
Sejenis penyakit yang menyebabkan tisu daging mati.
Atau “bejana.”
Atau “perkakas; bejana.”
Harfiah, “larilah.”
Atau “berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan orang.”
Atau “berubah fikiran.”