Amsal 1:1-33

  • Tujuan amsal-amsal (1-7)

  • Bahaya pergaulan buruk (8-19)

  • Kebijaksanaan berseru di jalan (20-33)

1  Amsal-amsal* Salomo+ anak Daud,+ iaitu raja Israel:+   Amsal-amsal ini adalah untuk mengajar* dan memberi seseorang kebijaksanaan,+Untuk membantunya memahami kata-kata yang dalam maknanya,   Dan untuk mendidiknya*+ supaya dia menjadi orang yang berpengertian,Adil,+ berkelakuan baik, dan mempunyai daya penilaian.+   Amsal-amsal ini adalah untuk membantu orang yang tidak berpengalaman agar bertindak dengan bijak,+Dan untuk membantu orang muda memperoleh pengetahuan dan berfikir dengan baik.+   Orang yang bijak suka mendengar dan menerima nasihat;+Orang yang berpengertian berusaha memperoleh bimbingan yang baik,+   Agar dapat memahami peribahasa dan perumpamaan,Serta memahami kata-kata dan teka-teki orang yang bijaksana.+   Untuk memperoleh pengetahuan, seseorang mesti hormat dan takut kepada Yehuwa terlebih dahulu.+ Orang bodoh tidak menghargai* kebijaksanaan dan tidak mahu diajar.+   Hai anakku, dengarkanlah ajaran* bapamu,+Dan janganlah mengetepikan bimbingan ibumu.+   Ajaran mereka bagaikan lingkaran bunga yang cantik di atas kepalamu,+Dan bagaikan perhiasan yang indah pada lehermu.+ 10  Hai anakku, janganlah terpengaruh jika orang berdosa menggoda kamu.+ 11  Mereka mungkin berkata, “Ikutlah kami! Marilah kita melancarkan serangan hendap untuk membunuh orang. Kita akan bersembunyi dan menyerang orang yang tidak bersalah untuk bersuka-suka. 12  Seperti Kuburan,* kita akan menelan mereka hidup-hidup.Ya, sebagaimana lubang maut menelan orang, kita akan menelan mereka dengan sepenuhnya. 13  Marilah kita merampas semua harta benda mereka!Kita akan memenuhi rumah kita dengan barang rampasan. 14  Marilah ikut kami,Kita akan membahagikan barang-barang yang kita curi dengan sama rata!” 15  Hai anakku, janganlah ikut mereka. Jauhilah haluan mereka,+ 16  Kerana mereka bergegas melakukan kejahatan;Mereka tidak sabar-sabar untuk menumpahkan darah.+ 17  Sesungguhnya, sia-sia sahaja orang memasang jerat di depan mata burung. 18  Itulah sebabnya orang berdosa melancarkan serangan hendap untuk membunuh orang;Mereka bersembunyi supaya dapat meragut nyawa orang. 19  Demikianlah haluan orang yang ingin mengaut keuntungan secara tidak jujur;Orang sedemikian akan kehilangan nyawanya.+ 20  Sesungguhnya, kebijaksanaan*+ sedang berseru di jalan+ Dan terus melantangkan suaranya di tempat awam.*+ 21  Kebijaksanaan berseru di simpang jalan yang sibuk. Di pintu gerbang kota, kebijaksanaan berkata,+ 22  “Hai orang yang tidak berpengalaman, sampai bila kamu hendak mencintai kebodohan? Hai orang yang suka mengejek, sampai bila kamu hendak mengejek orang? Hai orang yang bodoh, sampai bila kamu hendak membenci pengetahuan?+ 23  Dengarkanlah teguranku,+ Dan aku akan memberi kamu kebijaksanaan;*Aku akan membantu kamu memahami kata-kataku.+ 24  Aku berseru kepada kamu, tetapi kamu enggan memasang telinga;Aku menghulurkan tanganku, tetapi tiada sesiapa pun yang peduli.+ 25  Kamu selalu mengabaikan nasihatkuDan menolak teguranku. 26  Aku akan mentertawakan kamu semasa kamu ditimpa malapetaka;Aku akan mempersendakan kamu semasa kamu dicengkam ketakutan.+ 27  Ketakutan itu akan melanda kamu seperti badai.Malapetaka itu akan menimpa kamu seperti angin kencang.Ya, kamu akan mengalami kesusahan dan masalah. 28  Pada masa itu, kamu akan berseru kepadaku, tetapi aku tidak akan menjawab;Kamu akan mencari aku dengan bersungguh-sungguh, tetapi kamu tidak akan menjumpai aku.+ 29  Hal ini demikian kerana kamu membenci pengetahuan+Dan tidak mahu hormat dan takut kepada Yehuwa.+ 30  Kamu enggan mendengarkan nasihatkuDan memandang remeh segala teguranku. 31  Oleh itu, kamu akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatanmu,+Dan kamu akan menanggung akibat daripada rancangan jahatmu. 32  Orang yang tidak berpengalaman akan mati kerana mereka suka memberontak,Dan orang yang bodoh akan binasa kerana mereka bersikap acuh tak acuh. 33  Tetapi orang yang mendengarkan aku akan hidup sejahtera.+Mereka tidak perlu takut akan malapetaka.”+

Nota Kaki

Atau “Kata-kata hikmat.”
Atau “mendisiplinkan.”
Atau “mendisiplinkannya.”
Atau “Orang bodoh memandang hina.”
Atau “terimalah disiplin.”
Lihat Kamus.
Atau “kebijaksanaan yang sejati.”
Atau “di dataran kota.”
Mungkin merujuk kepada kebijaksanaan yang dikurniakan oleh kuasa suci Tuhan.