Amsal 11:1-31
11 Yehuwa membenci orang yang menipu dengan timbangan,Tetapi Dia berkenan kepada orang yang menggunakan timbangan yang tepat.+
2 Di mana ada keangkuhan,* di situ ada kehinaan,+Tetapi kebijaksanaan ada pada orang yang rendah hati.+
3 Orang yang baik dibimbing oleh kesetiaan,+Tetapi orang yang licik dimusnahkan kerana tidak berlaku setia.+
4 Kekayaan tidak berguna pada hari kemurkaan,+Tetapi perbuatan baik dapat menyelamatkan orang daripada kematian.+
5 Haluan orang yang tidak bercela akan lurus kerana kebaikannya,Tetapi orang yang jahat akan tersandung kerana kejahatannya.+
6 Orang yang tulus hati selamat kerana berbuat baik,+Tetapi orang yang licik akan diperangkap oleh keinginannya.+
7 Apabila orang jahat mati, harapannya hilang;Dan keyakinannya terhadap kekuatannya sendiri juga lenyap.+
8 Orang baik diselamatkan daripada kesusahan,Dan orang jahat akan menggantikan tempatnya.+
9 Percakapan orang murtad membinasakan orang lain,Tetapi pengetahuan dapat menyelamatkan orang yang baik.+
10 Perbuatan baik yang dilakukan orang baik menyebabkan seluruh kota bersuka ria,Dan kemusnahan orang jahat menyebabkan orang bersorak dengan gembira.+
11 Berkat orang baik menyebabkan sebuah kota menjadi masyhur,+Tetapi mulut orang jahat menyebabkan kota itu runtuh.+
12 Orang yang kurang daya pertimbangan menghina orang lain,Tetapi orang yang benar-benar berpengertian berdiam diri.+
13 Seorang pemfitnah membongkar rahsia orang lain,+Tetapi orang yang dapat dipercayai menyimpan rahsia.
14 Tanpa bimbingan yang baik, orang akan gagal,Tetapi dengan adanya banyak penasihat, orang akan berjaya.*+
15 Orang yang menjadi penjamin hutang untuk seseorang yang tidak dikenali tentu mendapat padah,+Tetapi orang yang tidak membuat persetujuan sedemikian akan selamat.
16 Wanita yang baik budi memperoleh kemuliaan yang berkekalan,+Tetapi lelaki yang kejam hanya mendapat kekayaan yang sementara.
17 Orang yang baik hati menguntungkan diri sendiri,+Tetapi orang yang zalim merugikan* diri sendiri.+
18 Orang jahat mendapat upah yang tidak berkekalan,+Tetapi orang yang berbuat baik menerima berkat yang sejati.+
19 Orang yang berpegang teguh pada apa yang benar menuju kehidupan,+Tetapi orang yang mengejar kejahatan menuju kematian.
20 Orang yang busuk hati dibenci oleh Yehuwa,+Tetapi orang yang hidup tanpa cela dikasihi oleh-Nya.+
21 Yakinlah bahawa orang jahat pasti dihukum,+Tetapi keturunan orang baik akan diselamatkan.
22 Kecantikan pada wanita yang tidak berpengertianIbarat cincin emas pada hidung babi.
23 Keinginan orang yang lurus hati menghasilkan kebaikan,+Tetapi apa yang didambakan oleh orang jahat membawa kemurkaan.
24 Orang yang murah hati akan menjadi kaya,+Tetapi orang yang kedekut akan menjadi miskin.+
25 Orang yang murah hati akan menjadi makmur,+Dan orang yang menyegarkan orang lain akan disegarkan.+
26 Orang yang enggan menjual biji-bijian kepada orang lain akan dikutuk,Tetapi orang yang menjualnya akan diberkati.
27 Orang yang rajin berbuat baik berusaha mendapat perkenan Tuhan,*+Tetapi orang yang mengejar kejahatan pasti ditimpa kejahatan.+
28 Orang yang bergantung pada kekayaannya akan jatuh,+Tetapi orang baik akan menjadi makmur seperti dedaun yang subur.+
29 Sesiapa yang mendatangkan malu* kepada keluarganya, tidak akan mewarisi apa-apa,+Dan orang bodoh akan menjadi hamba kepada orang yang bijak.
30 Kelakuan orang baik seperti pokok kehidupan,+Dan orang yang bijak menggalakkan orang lain untuk berbuat baik.+
31 Sesungguhnya, jika orang yang baik di bumi menerima ganjaran,Sudah pasti orang jahat dan pendosa akan menerima balasan!+