Amsal 12:1-28
12 Orang yang mencintai didikan,* mencintai pengetahuan,+Tetapi orang yang membenci teguran tidak berakal.+
2 Orang baik diperkenankan oleh Yehuwa,Tetapi orang yang merancang kejahatan dikutuk oleh-Nya.+
3 Orang yang mengamalkan kejahatan tidak akan berasa selamat,+Tetapi orang baik seperti akar yang tidak dapat dicabut.
4 Isteri yang cekap ibarat mahkota bagi suaminya,+Tetapi isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit yang mereputkan tulang suaminya.+
5 Orang baik memikirkan perkara yang adil,Tetapi orang jahat memberikan nasihat yang penuh tipu muslihat.
6 Kata-kata orang jahat seperti jerat yang membawa maut,+Tetapi kata-kata orang baik mendatangkan penyelamatan.+
7 Apabila orang jahat dibinasakan, mereka tidak wujud lagi,Tetapi rumah orang baik tidak akan runtuh.+
8 Seseorang dipuji kerana kata-katanya yang bijak,+Tetapi orang yang busuk hati akan dihina.+
9 Lebih baik menjadi orang biasa yang memiliki seorang hamba,Daripada meninggikan diri tetapi kelaparan.+
10 Orang baik menjaga binatang peliharaannya,+Tetapi belas kasihan orang jahat itu kejam.
11 Orang yang rajin mengusahakan tanahnya mendapat banyak makanan,+Tetapi orang yang kurang pengertian mengejar perkara yang sia-sia.
12 Orang jahat menginginkan barang jarahan orang keji,Tetapi orang baik bagaikan pokok yang menghasilkan buah.
13 Orang jahat terjerat oleh kata-kata mereka yang berdosa,+Tetapi orang baik akan terlepas daripada kesusahan.
14 Seseorang menikmati hasil yang baik kerana kata-katanya,+Dan dia akan diberkati kerana hasil usahanya.
15 Orang bodoh menganggap diri mereka benar,+Tetapi orang bijak menerima nasihat.+
16 Orang bodoh lekas menunjukkan kemarahannya,+Tetapi orang bijak tidak menghiraukan hinaan.
17 Saksi yang setia mengatakan apa yang benar,Tetapi saksi yang palsu mengucapkan dusta.
18 Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang,Tetapi kata-kata orang yang bijak dapat menyembuhkan orang lain.+
19 Kata-kata yang benar kekal selama-lamanya,+Tetapi kata-kata dusta hanya untuk sementara.+
20 Orang yang merancang kejahatan mempunyai hati yang penuh dengan tipu daya,Tetapi orang yang berusaha mewujudkan kedamaian memperoleh sukacita.+
21 Orang baik tidak akan ditimpa bahaya,+Tetapi orang jahat akan selalu ditimpa malapetaka.+
22 Yehuwa membenci orang yang berbohong,+Tetapi Dia menyukai orang yang setia.
23 Orang bijak tidak menunjukkan* pengetahuan mereka,Tetapi orang bebal mengumumkan kebodohan mereka.+
24 Orang rajin akan menjadi orang berkuasa,+Tetapi orang malas akan dipaksa menjadi hamba.+
25 Kekhuatiran menyebabkan orang tertekan,+Tetapi kata-kata yang membina dapat menghiburkan hati.+
26 Orang baik memeriksa padang rumput mereka sendiri,Tetapi orang jahat menyebabkan diri mereka sendiri menjadi sesat.
27 Kemalasan membuat seseorang tidak mahu keluar memburu,+Tetapi kerajinan merupakan harta yang berharga bagi seseorang.
28 Haluan yang benar menuju kehidupan,+Dan orang yang mengikut haluan itu tidak akan menemui maut.