Amsal 13:1-25
13 Anak yang bijak menerima disiplin bapanya,+Tetapi orang yang angkuh* tidak mendengarkan teguran.+
2 Seseorang menikmati hasil yang baik kerana kata-katanya;+Orang yang licik suka akan keganasan.
3 Orang yang menjaga mulutnya,* memelihara nyawanya,+Tetapi orang yang tidak mengawal mulutnya akan binasa.+
4 Orang yang malas mempunyai banyak keinginan, namun tidak memiliki apa-apa pun,+Tetapi orang yang rajin akan menikmati segala hasil usahanya sehingga puas.+
5 Orang baik membenci dusta,+Tetapi orang jahat melakukan perkara yang memalukan dan membawa aib.
6 Kebaikan melindungi orang yang haluannya tidak bercela,+Tetapi kejahatan memusnahkan orang yang berdosa.
7 Ada orang yang berpura-pura kaya padahal tidak memiliki apa-apa;+Ada pula yang berpura-pura miskin padahal kaya-raya.
8 Orang kaya harus menggunakan kekayaannya untuk menebus nyawanya,+Tetapi orang miskin hidup aman tanpa sebarang ancaman.+
9 Cahaya orang baik bersinar terang,+Tetapi pelita orang jahat akan padam.+
10 Keangkuhan* hanya mencetuskan persengketaan,+Tetapi kebijaksanaan milik orang yang meminta nasihat.*+
11 Kekayaan yang diperoleh dengan mudah, cepat habis,+Tetapi kekayaan yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akan bertambah.
12 Harapan yang tidak tercapai memedihkan hati,+Tetapi hasrat yang tercapai mendatangkan kesegaran dan sukacita.*+
13 Orang yang membenci tunjuk ajar akan menanggung akibatnya,+Tetapi orang yang menghormati hukum akan diberkati.+
14 Ajaran orang bijak memberikan kehidupan+Dan dapat menyelamatkan seseorang daripada jerat maut.
15 Orang yang berpengertian akan disenangi orang,Tetapi hidup orang yang licik sarat dengan kesusahan.
16 Orang bijak bertindak berdasarkan pengetahuan;+Orang bodoh mendedahkan kebodohan dirinya sendiri.+
17 Utusan yang jahat mendatangkan kesusahan,+Tetapi utusan yang setia membawa kebaikan.+
18 Orang yang mengabaikan disiplin akan dihina dan menjadi miskin,Tetapi orang yang menerima teguran akan dimuliakan.+
19 Hasrat yang tercapai menyenangkan jiwa;+Orang bodoh enggan berpaling daripada kejahatan.+
20 Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak,+Tetapi orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.+
21 Orang yang berdosa diekori kesusahan,+Tetapi orang yang berbuat benar diberkati dengan kemakmuran.+
22 Orang baik meninggalkan harta untuk diwarisi cucunya,Tetapi harta pendosa akan menjadi milik orang yang melakukan apa yang benar.+
23 Ladang orang miskin menghasilkan banyak makanan,Tetapi ladang itu mungkin dirampas* kerana ketidakadilan.
24 Sesiapa yang tidak mendisiplinkan* anaknya membenci anaknya,+Tetapi orang yang mengasihi anaknya mendisiplinkan anaknya.*+
25 Orang baik makan dan memuaskan seleranya,+Tetapi orang jahat akan kelaparan.+