Amsal 14:1-35

  • “Kedukaan seseorang dirasakannya sendiri” (10)

  • Jalan yang disangka baik menuju kematian (12)

  • Orang yang tidak berpengalaman percaya setiap kata (15)

  • “Orang kaya mempunyai banyak sahabat” (20)

  • “Hati yang tenang menyihatkan badan” (30)

14  Wanita yang benar-benar bijak membina rumah tangganya,+Tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya dengan tangannya sendiri.  2  Orang yang mengikut haluan yang benar takut akan Yehuwa,Tetapi orang yang jalannya berbelat-belit* membenci-Nya.  3  Kata-kata orang bijak akan melindungi mereka,Tetapi kata-kata angkuh orang bodoh menimbulkan kesusahan.*  4  Tanpa lembu, kandang akan bersih,Tetapi dengan kekuatan lembu, hasil yang melimpah akan dituai.  5  Saksi yang setia tidak akan berbohong,Tetapi saksi yang palsu terus-menerus menipu.+  6  Orang yang angkuh* mencari kebijaksanaan tetapi tidak menjumpainya,Namun orang yang berpengertian memperoleh pengetahuan dengan mudah.+  7  Jauhkanlah diri daripada orang bodoh,Kerana kamu tidak akan memperoleh pengetahuan daripadanya.+  8  Orang yang cerdik mengetahui hala tujunya kerana dia mempunyai kebijaksanaan,Tetapi orang bodoh diperdaya oleh* kebodohan mereka sendiri.+  9  Orang bodoh tidak menghiraukan perasaan bersalah,*+Tetapi orang baik sudi berdamai. 10  Kedukaan seseorang dirasakannya sendiri,Dan tiada sesiapa pun yang benar-benar dapat merasai sukacitanya. 11  Rumah orang jahat akan dimusnahkan,+Tetapi khemah orang baik akan menjadi makmur. 12  Ada jalan yang disangka baik oleh seseorang,+Tetapi akhirnya jalan itu menuju kematian.+ 13  Di sebalik gelak ketawa, hati mungkin terasa pedih,Dan sukacita mungkin berakhir dengan dukacita. 14  Orang baik menuai berkat daripada perbuatannya,+Tetapi orang yang tidak setia akan menuai akibat daripada haluannya.+ 15  Orang yang tidak berpengalaman percaya kepada setiap kata orang,Tetapi orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.+ 16  Orang bijak berwaspada dan berpaling daripada kejahatan,Tetapi orang bodoh bersikap cuai* dan terlalu yakin. 17  Orang yang lekas marah bertindak dengan bodoh,+Tetapi orang yang menggunakan keupayaan untuk berfikir dibenci. 18  Orang yang tidak berpengalaman pasti akan bertindak bodoh,Tetapi orang yang bijak dikurniai pengetahuan.+ 19  Orang yang keji terpaksa bersujud di hadapan orang baik,Dan orang jahat akan bersujud di pintu gerbang orang yang melakukan apa yang benar. 20  Orang miskin dibenci bahkan oleh kawannya sendiri,+Tetapi orang kaya mempunyai banyak sahabat.+ 21  Seseorang berdosa jika dia membenci orang lain,Tetapi seseorang akan bergembira jika dia berbelas kasihan terhadap orang yang lemah.+ 22  Sesungguhnya orang yang merancang kejahatan akan disesatkan,Tetapi orang yang suka berbuat baik akan dikasihi* dan dipercayai.+ 23  Setiap kerja keras membawa kebaikan,Tetapi kata-kata kosong menyebabkan orang berkekurangan.+ 24  Kebijaksanaan bagaikan mahkota dan kekayaan bagi orang yang bijak,Tetapi kebodohan orang yang dungu mengakibatkan lebih banyak perbuatan yang bodoh.+ 25  Saksi yang benar menyelamatkan nyawa,Tetapi saksi yang tidak jujur suka menipu. 26  Orang yang takut akan Yehuwa, mempercayai-Nya dengan sepenuh hati,+Dan anak-anak orang sedemikian akan mendapat perlindungan.+ 27  Takut akan Yehuwa merupakan sumber kehidupan,Kerana seseorang dapat menghindari jerat maut. 28  Rakyat yang banyak menjadi keagungan raja;+Tanpa rakyat berakhirlah kuasa pemerintah. 29  Orang yang sangat berpengertian lambat naik marah,+Tetapi orang yang cepat marah mempamerkan kebodohannya.+ 30  Hati yang tenang menyihatkan badan,Tetapi kecemburuan bagaikan penyakit yang mereputkan tulang.+ 31  Orang yang memperdaya orang miskin menghina Penciptanya,+Tetapi orang yang berbelas kasihan terhadap orang miskin memuliakan Penciptanya.+ 32  Orang jahat akan binasa kerana kejahatannya sendiri,Tetapi orang baik akan dilindungi kerana kesetiaannya.+ 33  Orang yang berpengertian menyimpan kebijaksanaan dalam hatinya,+Tetapi orang yang bodoh suka mempamerkan apa yang diketahuinya. 34  Sebuah bangsa menjadi makmur jika rakyatnya berbuat baik,+Tetapi segenap rakyat akan mendapat malu jika ada yang berdosa. 35  Raja menyenangi hamba yang bertindak dengan pemahaman,+Tetapi dia murka terhadap orang yang melakukan perbuatan yang memalukan.+

Nota Kaki

Atau “bengkang-bengkok.”
Atau “Kata-kata angkuh orang bodoh seperti rotan.”
Atau “yang suka mencemuh.”
Atau mungkin, “orang bodoh memperdaya orang lain dengan.”
Atau “Orang bodoh mempersendakan usaha untuk membetulkan kesalahan.”
Atau “terburu-buru.”
Atau “ditunjukkan kasih setia.”