Amsal 17:1-28

  • Jangan balas kebaikan dengan kejahatan (13)

  • Beredar sebelum perkelahian meletus (14)

  • “Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih” (17)

  • “Hati yang gembira bagaikan ubat yang mujarab” (22)

  • Orang yang bijak mengawal pertuturannya (27)

17  Lebih baik makan sekeping roti kering dalam suasana yang aman damai,+Daripada makan jamuan besar* di rumah yang penuh dengan pertengkaran.+  2  Hamba yang berpengertian akan berkuasa atas anak tuannya yang mendatangkan malu;Dia akan menerima warisan seperti anak-anak tuannya.  3  Tembikar digunakan untuk memurnikan perak, dan relau digunakan untuk memurnikan emas,+Tetapi Yehuwalah yang akan memeriksa hati manusia.+  4  Orang jahat memberikan perhatian kepada kata-kata yang melukai orang,Dan orang licik suka mendengar kata-kata yang menyakitkan.+  5  Sesiapa yang mentertawakan orang miskin, menghina Penciptanya,+Dan sesiapa yang bersukacita atas kesusahan orang lain akan dihukum.+  6  Cucu bagaikan mahkota bagi orang tua,Dan ibu bapa ialah kebanggaan anak-anak.  7  Kata-kata yang benar tidak sesuai digunakan oleh orang bodoh,+ Dan kata-kata palsu tidak patut diucapkan oleh pemerintah.+  8  Hadiah bagaikan batu permata bagi pemiliknya;+Dengan hadiah itu, segala yang dilakukannya akan berhasil.+  9  Orang yang mengampunkan kesalahan menunjukkan kasih,+Tetapi orang yang asyik mengungkit kesalahan memutuskan persahabatan.+ 10  Meskipun ditegur sekali sahaja, orang yang berpengertian mendapat lebih banyak iktibar+Berbanding orang bodoh yang dipukul seratus kali.+ 11  Orang jahat hanya suka memberontak,Tetapi seseorang yang kejam akan diutus untuk menghukumnya.+ 12  Lebih baik berhadapan dengan beruang yang kehilangan anaknya,Daripada berjumpa dengan orang bebal yang bertindak bodoh.+ 13  Jika seseorang membalas kebaikan dengan kejahatan,Kejahatan tidak akan luput dari rumahnya.+ 14  Memulakan pertengkaran bagaikan membuka pintu empangan;Maka beredarlah sebelum perkelahian meletus.+ 15  Yehuwa membenci sesiapa yang melepaskan orang jahat daripada hukuman.Dia sangat membenci sesiapa yang menjatuhkan hukuman kepada orang baik.+ 16  Apa gunanya jika orang bodoh mampu memperoleh kebijaksanaanTetapi tidak mempunyai keinginan untuk memperolehnya?*+ 17  Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih;+Sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.+ 18  Orang yang kurang pengertian berjabat tangan sebagai tanda persetujuanUntuk menjadi penjamin hutang orang lain di hadapan kawannya.+ 19  Orang yang suka bertengkar cenderung berbuat dosa,+ Dan orang yang selalu bercakap besar mencari nahas.*+ 20  Orang yang busuk hati tidak akan berjaya,+Dan orang yang tidak bercakap benar akan mendapat celaka. 21  Anak yang bodoh akan menyebabkan bapanya sedih;Anak yang tidak berakal akan membuat bapanya berdukacita.+ 22  Hati yang gembira bagaikan ubat yang mujarab,+Tetapi hati yang hancur mematahkan semangat.+ 23  Orang jahat menerima rasuah secara diam-diam;Dia memakan suap untuk memutarbalikkan keadilan.+ 24  Matlamat orang yang bijak adalah untuk memperoleh kebijaksanaan,Tetapi fikiran orang bodoh melayang sampai ke hujung bumi.+ 25  Anak yang bodoh menyedihkan hati bapanyaDan menyakiti hati ibunya.+ 26  Tidak baik menghukum* orang yang melakukan apa yang benarAtau memukul orang yang terhormat. 27  Orang yang berpengetahuan mengawal pertuturannya,+Dan orang yang berpengertian sentiasa tenang.+ 28  Orang bodoh yang berdiam diri mungkin akan dianggap bijak,Dan orang yang menutup mulutnya pun mungkin akan dianggap berpengertian.

Nota Kaki

Atau “Daripada makan korban yang dipersembahkan.”
Atau “Tetapi tidak mempunyai pengertian?”
Atau “Dan orang yang membina pintu masuk yang tinggi mencari nahas.”
Atau “mendenda.”