Amsal 19:1-29
19 Lebih baik menjadi orang miskin yang mengikut haluan benar,+Daripada menjadi orang bodoh yang suka berdusta.+
2 Tidak baik jika seseorang tiada pengetahuan;+Orang yang bertindak terburu-buru akan berdosa.
3 Seseorang menyimpang kerana kebodohan sendiri,Lalu dia naik marah terhadap Yehuwa pula.
4 Orang kaya mendapat banyak kawan,Tetapi orang miskin ditinggalkan bahkan oleh sahabatnya sendiri.+
5 Saksi palsu tidak akan bebas daripada hukuman,+Dan orang yang suka menipu tidak akan dilepaskan.+
6 Ramai orang berusaha mengambil hati bangsawan,*Dan semua orang ingin bersahabat dengan orang yang suka memberikan hadiah.
7 Orang miskin ditinggalkan oleh kawan-kawannya;+Bahkan saudara-saudaranya membencinya.+
Dia berusaha untuk bercakap dengan mereka, tetapi tiada seorang pun yang mempedulikannya.
8 Sesiapa yang berusaha memperoleh daya pertimbangan, mengasihi dirinya.+
Sesiapa yang menghargai pengertian akan mencapai kejayaan.+
9 Saksi palsu tidak akan bebas daripada hukuman,Dan orang yang suka berbohong akan dibinasakan.+
10 Sebagaimana orang bodoh tidak layak hidup mewah,Seorang hamba tidak harus memerintah para penguasa.+
11 Orang yang berpengertian lambat naik marah,+Dan dia dipuji kerana mengampunkan kesalahan.+
12 Kemurkaan raja bagaikan ngauman singa,+Tetapi perkenannya umpama embun yang membasahi tumbuh-tumbuhan.
13 Anak yang bodoh mendatangkan kesusahan kepada bapanya,+Dan isteri yang suka bertikam lidah* bagaikan atap yang bocor.+
14 Rumah dan kekayaan diwarisi daripada bapa,Tetapi isteri yang bijaksana ialah kurniaan Yehuwa.+
15 Orang yang malas suka tidur,Dan orang yang berat tulang akan kelaparan.+
16 Orang yang mematuhi hukum, memelihara nyawanya,+Tetapi orang yang tidak mempedulikan haluan yang benar akan mati.+
17 Menunjukkan kebaikan kepada orang yang lemah sama seperti memberikan pinjaman kepada Yehuwa;+Tuhan sendiri akan membalas kebaikan orang yang berbuat demikian.+
18 Disiplinkanlah anakmu selagi masih ada peluang;*+Jika tidak, kamulah yang bertanggungjawab atas kematiannya.*+
19 Orang yang panas baran akan menanggung akibatnya;Jika kamu mencuba menolongnya, kamu terpaksa menolongnya berulang kali.+
20 Dengarkanlah nasihat dan terimalah disiplin.+Dengan demikian kamu akan menjadi bijaksana kelak.+
21 Manusia mempunyai banyak rancangan,Tetapi kehendak* Yehuwalah yang akan terlaksana.+
22 Orang yang menunjukkan kasih setia akan disenangi.+Lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.
23 Rasa takut akan Yehuwa membawa kehidupan;+Orang yang takut akan Tuhan dapat berehat dengan tenang dan bebas daripada malapetaka.+
24 Orang malas meletakkan tangannya ke dalam mangkuk,Tetapi dia tidak mahu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.+
25 Hukumlah orang yang suka mencemuh;+ orang yang tidak berpengalaman akan belajar daripadanya dan menjadi bijak.+Tegurlah orang yang berpengertian agar pengetahuannya bertambah.+
26 Anak yang menganiaya bapanya akan mendatangkan malu,Dan anak yang mengusir ibunya akan mendatangkan aib.+
27 Hai anakku, jika kamu berhenti mendengarkan tunjuk ajar,*Kamu akan menyimpang daripada haluan yang bijak.
28 Saksi yang tidak berguna mentertawakan keadilan,+Dan orang yang jahat menikmati kejahatan seperti menikmati makanan.+
29 Orang yang suka menghina akan dihukum,+Dan orang yang bodoh akan disebat.+