Amsal 21:1-31
21 Hati raja bagaikan air sungai yang mengalir.+
Yehuwa dapat menentukan alirannya ke mana sahaja yang diinginkan-Nya.+
2 Seseorang mungkin berfikir bahawa setiap haluannya betul,+Tetapi Yehuwalah yang memeriksa niat hatinya.+
3 Perbuatan yang adil dan benarLebih menyenangkan hati Yehuwa daripada persembahan korban.+
4 Kesombongan dan keangkuhan bagaikan pelita bagi orang jahat,Dan semua itu merupakan dosa.+
5 Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan,*+Tetapi tindakan yang tergesa-gesa akan mengakibatkan kemiskinan.+
6 Harta yang diperoleh dengan tipu daya seperti kabus yang cepat hilang;Harta sebegitu seperti jerat yang membawa maut.*+
7 Orang jahat enggan bertindak dengan adil;Mereka akan musnah kerana keganasan mereka sendiri.+
8 Orang yang bersalah menempuh jalan yang bengkang-bengkok,Tetapi orang yang murni mengikut haluan yang benar.+
9 Lebih baik tinggal di atas bumbung,Daripada tinggal serumah bersama isteri yang suka bertengkar.*+
10 Orang keji ingin melakukan apa yang jahat;+Dia tidak berbelas kasihan terhadap orang lain.+
11 Apabila orang yang suka mencemuh dihukum, orang yang tidak berpengalaman akan belajar daripadanya dan menjadi lebih bijak,Dan apabila orang yang bijak memperoleh pengertian, dia akan mengetahui apa yang harus dilakukannya.+
12 Tuhan melakukan apa yang benar; Dia memperhatikan rumah tangga orang jahat;Dia pasti akan memusnahkan mereka semua.+
13 Sesiapa yang tidak mempedulikan seruan orang yang lemah,Tidak akan diendahkan apabila dia sendiri berseru meminta tolong.+
14 Hadiah yang diberikan secara rahsia meredakan kemarahan,+Dan pemberian yang diberikan secara diam-diam menyejukkan hati orang yang murka.
15 Orang yang baik mendapat sukacita kerana bertindak dengan adil,+Tetapi orang yang berbuat jahat akan ditimpa perkara yang dahsyat.
16 Orang yang enggan menunjukkan pengertianAkhirnya akan berada bersama orang mati.+
17 Orang yang mencintai kesenangan* akan jatuh miskin;+Orang yang suka akan minyak dan wain tidak akan menjadi kaya.
18 Orang yang jahat menjadi tebusan untuk orang yang baik,Dan orang yang keji menjadi tebusan bagi orang yang tulus hati.+
19 Lebih baik tinggal di padang belantara,Daripada tinggal bersama isteri yang suka bertengkar* dan yang cepat marah.+
20 Orang bijak mempunyai minyak dan harta yang bernilai di rumahnya,+Tetapi orang bodoh memboroskan apa yang dimilikinya.+
21 Sesiapa yang mengejar kebaikan dan kasih setiaAkan memperoleh kehidupan, kebaikan, dan kemuliaan.+
22 Orang bijak dapat menawan kota orang yang kuatDan merobohkan kubu pertahanan yang menjadi harapan mereka.+
23 Orang yang mengawal mulut dan lidahnyaMenjauhkan diri daripada masalah.+
24 Orang yang bertindak tanpa menghiraukan akibatnya ialah orang yang sombong;*Dia akan dipanggil orang yang suka berlagak dan bercakap besar.+
25 Orang malas tidak mahu bekerja;Dia akan mati kerana keinginannya sendiri.+
26 Kerana tamak, dia hanya memikirkan tentang keinginannya sendiri sepanjang hari,Tetapi orang baik tidak mementingkan diri dan memberi dengan murah hati.+
27 Korban orang jahat menjijikkan,+
Lebih-lebih lagi jika dia mempersembahkannya dengan niat yang jahat!*
28 Kesaksian orang yang menipu akan lenyap,+Tetapi kesaksian orang yang mendengar dengan teliti akan kekal.
29 Orang jahat berpura-pura yakin di hadapan orang,+Tetapi orang baik memang yakin akan haluannya yang benar.*+
30 Tidak ada kebijaksanaan, pengertian, ataupun nasihat, yang dapat digunakan untuk menentang Yehuwa.+
31 Kuda disediakan untuk hari peperangan,+Tetapi Yehuwalah yang memberikan penyelamatan.+
Nota Kaki
^ Atau “Rancangan orang rajin pasti berjaya.”
^ Atau mungkin, “Orang yang memperoleh harta sebegitu sedang mencari maut.”
^ Atau “suka meleter.”
^ Atau “suka berseronok.”
^ Atau “suka meleter.”
^ Atau “mempersembahkannya dan melakukan perkara yang memalukan!”
^ Atau “orang baik berusaha memastikan agar haluannya benar.”