Amsal 22:1-29
22 Memilih nama baik lebih baik daripada memilih kekayaan yang melimpah;+Kehormatan* lebih baik daripada emas dan perak.
2 Orang kaya dan orang miskin mempunyai satu persamaan:
Kedua-duanya diciptakan oleh Yehuwa.+
3 Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya,Tetapi orang yang kurang pengalaman terus berjalan lalu menanggung derita.
4 Orang yang rendah hati dan takut kepada YehuwaAkan dikurniai kekayaan, kemuliaan, dan kehidupan.+
5 Haluan orang jahat penuh dengan duri dan perangkap,Tetapi orang yang menghargai nyawanya akan menjauhi semua itu.+
6 Ajarilah anak* haluan yang harus ditempuhnya;+Maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.+
7 Orang miskin dikuasai oleh orang kaya,Dan orang yang meminjam menjadi hamba kepada orang yang memberikan pinjaman.+
8 Orang yang menabur kejahatan akan menuai malapetaka,+Dan kuasanya untuk menindas orang lain akan berakhir.+
9 Orang yang murah hati akan diberkati,Kerana dia mengongsi makanannya dengan orang miskin.+
10 Usirlah orang yang suka mencemuh,Maka pertikaian akan lenyap,Dan perbalahan serta penghinaan juga akan berakhir.
11 Orang yang murni hatinya dan yang lembut kata-katanya,Akan menjadi sahabat raja.+
12 Yehuwa menjaga orang yang berpengetahuan,*Tetapi Dia menggagalkan apa yang dikatakan oleh orang licik.+
13 Orang malas berkata, “Ada singa di luar!
Aku akan dibunuh di tengah jalan jika aku keluar!”+
14 Mulut perempuan jalang* seperti lubang yang dalam.+
Orang yang dikutuk oleh Yehuwa akan jatuh ke dalamnya.
15 Kebodohan memang ada dalam hati seorang anak,*+Tetapi rotan* dapat menyingkirkan kebodohan itu.+
16 Sesiapa yang menipu orang miskin untuk menambahkan kekayaannya,+Dan sesiapa yang memberikan hadiah kepada orang kaya,Pada akhirnya akan jatuh miskin.
17 Dengarlah kata-kata orang bijak dengan teliti,+Supaya kamu memahami apa yang aku ajarkan kepada kamu.+
18 Jika kamu menyimpannya dalam hati, kamu akan gembira,+Dan kamu akan sentiasa bersedia untuk bercakap tentangnya.+
19 Pada hari ini, aku hendak memberi kamu pengetahuan,Supaya kamu yakin kepada Yehuwa.
20 Aku telah menuliskan untuk kamuNasihat dan pengetahuan yang ingin kusampaikan.
21 Aku ingin kamu tahu bahawa kata-kata ini memang benar dan dapat dipercayai.Dengan itu, kamu dapat kembali dan memberikan jawapan yang tepat kepada orang yang mengutus kamu.
22 Jangan merompak orang miskin hanya kerana mereka lemah,+Dan jangan menindas orang yang lemah di gerbang kota,*+
23 Kerana Yehuwa sendiri akan membela mereka,+Dan Dia akan mengambil nyawa orang yang menipu mereka.
24 Jangan bersahabat dengan orang yang panas baran,Dan jangan bergaul dengan orang yang suka marah,
25 Agar kamu tidak terikut-ikut dengan haluannyaLalu terkena jerat.+
26 Jangan bersetuju dengan sesiapa punUntuk menjadi penjamin hutang mereka.+
27 Jika kamu tidak dapat membayarnya,Katil kamu pun akan dirampas!
28 Janganlah memindahkan sempadan tanahYang ditetapkan oleh nenek moyang kamu pada masa lampau.+
29 Pernahkah kamu melihat orang yang mahir melakukan kerjanya?
Dia akan berkhidmat kepada raja+Dan bukannya kepada orang biasa.