Amsal 26:1-28
26 Sebagaimana salji tidak sepatutnya turun pada musim panas dan hujan tidak sepatutnya turun pada musim menuai,Demikian juga kemuliaan tidak sepatutnya diberikan kepada orang bodoh.+
2 Sama seperti burung mempunyai sebab untuk melepaskan diri dan sama seperti burung layang-layang mempunyai alasan untuk terbang,Begitu juga suatu kutukan tidak akan dibuat tanpa sebab yang kukuh.*
3 Cambuk adalah untuk kuda, kekang adalah untuk keldai,+Dan rotan adalah untuk orang yang bodoh.+
4 Jangan menjawab orang bebal menurut kebodohannya,Supaya kamu tidak menjadi sama sepertinya.
5 Semasa menjawab orang bebal, dedahkanlah kebodohannyaAgar orang yang bertanya itu tidak menganggap dirinya bijaksana.+
6 Orang yang mempercayakan suatu perkara kepada orang bodohBagaikan orang yang melumpuhkan kakinya dan mencederakan dirinya.
7 Umpama kaki orang tempang yang lemah,Begitulah peribahasa yang keluar daripada mulut orang bodoh.+
8 Memberikan kemuliaan kepada orang bebal+Seperti mengikat batu pada ali-ali.*
9 Bagaikan tumbuhan berduri di dalam tangan seorang pemabuk,Demikianlah peribahasa yang keluar daripada mulut orang bodoh.
10 Sesiapa yang mengupah orang bebal atau orang yang lalu-lalang,Ibarat pemanah yang melukai orang dengan sesuka hati.*
11 Seperti anjing yang kembali untuk makan apa yang dimuntahkannya,Begitulah orang bebal yang mengulangi kebodohannya.+
12 Pernahkah kamu melihat orang yang menyangka dirinya bijak?+
Orang bodoh mempunyai lebih banyak harapan daripadanya.
13 Orang malas berkata, “Ada anak singa di jalan,Ada seekor singa di tengah jalan!”+
14 Seperti sebuah pintu berayun-ayun pada engselnya,Demikianlah orang malas membalik-balikkan badannya di atas katil.+
15 Orang malas meletakkan tangannya ke dalam mangkuk,Tetapi dia terlalu letih untuk menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.+
16 Orang malas berfikir bahawa dia lebih bijakDaripada tujuh orang yang memberikan jawapan yang tepat.
17 Seperti orang yang mencengkam telinga anjing,Demikianlah orang* yang melibatkan diri dalam pergaduhan orang lain.+
18 Bagaikan orang gila yang melepaskan anak panah dan senjata berapi yang membawa maut,
19 Begitulah orang yang memperdaya orang lain lalu berkata, “Aku main-main saja!”+
20 Tanpa kayu, api padam,Dan tanpa pemfitnah, pertengkaran pun berhenti.+
21 Sebagaimana arang dan kayu membuat api menyala,Begitu juga orang yang suka bertengkar mencetuskan pergaduhan.+
22 Kata-kata seorang pemfitnah bagaikan makanan yang enak,Dan orang menelannya dengan rakus.*+
23 Ibarat pecahan tembikar yang dilapisi perak,Demikianlah ucapan kasih dari hati yang keji.+
24 Dengan kata-kata, seseorang menyembunyikan kebenciannya,Padahal hatinya memendam tipu daya.
25 Jangan mempercayainya walaupun kata-katanya menyenangkan,Kerana hatinya penuh dengan perkara yang keji.*
26 Meskipun dia menipu untuk menyembunyikan kebenciannya,Kejahatannya akan didedahkan dalam sidang.
27 Orang yang menggali lubang akan jatuh ke dalam lubang itu,Dan orang yang menggulingkan batu akan ditimpa oleh batu itu.+
28 Orang yang berdusta membenci orang yang disakitinya,Dan mulut manis mendatangkan kemusnahan.+
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “kutukan yang tidak berasas tidak akan menjadi kenyataan.”
^ Senjata yang berupa tali, yang digunakan untuk melontar batu.
^ Atau “yang melukai semua orang.”
^ Atau “orang yang lalu-lalang.”
^ Atau “terus menelannya ke dalam perut.”
^ Harfiah, “Kerana terdapat tujuh perkara yang keji dalam hatinya.”