Amsal 27:1-27
27 Jangan bercakap besar tentang hari esok,Kerana kamu tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.+
2 Biarlah orang lain yang memujimu, dan bukannya mulutmu sendiri;Biarlah orang asing yang memujimu, dan bukannya bibirmu sendiri.+
3 Batu dan pasir memang berat,Tetapi kesusahan yang disebabkan oleh orang bodoh lebih berat daripada kedua-duanya.+
4 Keberangan itu kejam dan kemarahan itu seperti banjir,Tetapi siapakah yang dapat bertahan dengan orang yang cemburu?+
5 Teguran yang terus terang lebih baik daripada kasih yang tidak diungkapkan.+
6 Teguran yang diberikan oleh sahabat yang setia mungkin menyakitkan,+Tetapi lebih baik daripada kebaikan hati seorang musuh yang tidak ikhlas.
7 Bagi orang yang kenyang, madu asli pun ditolaknya,Tetapi bagi orang yang lapar, yang pahit pun terasa manis.
8 Orang yang terpaksa melarikan diri dari rumahnyaUmpama burung yang terpaksa meninggalkan sarangnya.
9 Minyak dan kemenyan menyenangkan hati,Begitu juga dengan sahabat yang memberikan nasihat yang ikhlas.+
10 Jangan mengabaikan sahabatmu atau sahabat bapamu,Dan jangan memasuki rumah saudara kandungmu ketika kamu berada dalam kesusahan;Sahabat yang dekat lebih baik daripada saudara kandung yang jauh.+
11 Hai anakku, jadilah bijak dan gembirakanlah hatiku,+Supaya aku dapat menjawab dia yang mencela aku.+
12 Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya,+Tetapi orang yang kurang pengalaman terus berjalan lalu menanggung derita.
13 Jika seseorang menjadi penjamin bagi orang yang tidak dikenali, ambillah jubahnya;Dan jika dia menjalin hubungan dengan perempuan asing, rampaslah harta miliknya sebagai jaminan.+
14 Salam yang diteriakkan oleh seseorang pada awal pagiAkan dianggap sebagai suatu kutukan.
15 Isteri yang suka bertikam lidah* bagaikan atap yang selalu bocor pada hari hujan.+
16 Sesiapa yang dapat mengawalnya dapat mengawal anginDan dapat menggenggam minyak dengan tangan kanannya.
17 Sebagaimana besi diasah oleh besi,Demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain.+
18 Orang yang memelihara pokok ara akan makan buahnya,+Dan orang yang menjaga tuannya akan dihormati.+
19 Sepertimana air mencerminkan wajah seseorang,Demikian juga hati seseorang mencerminkan hati seorang yang lain.
20 Kuburan* dan jurang kemusnahan* tidak pernah puas,+Begitu juga mata manusia tidak pernah puas.
21 Sebagaimana perak dimurnikan dengan menggunakan tembikar dan emas dimurnikan dengan menggunakan relau,+Seseorang diuji menurut sikapnya terhadap pujian yang diterimanya.
22 Meskipun kamu menumbuk orang bodoh dengan batu gilingSeperti menghancurkan bijirin di dalam lesung,Kebodohannya tidak akan lenyap.
23 Kamu harus memelihara* bebirimu dengan sungguh-sungguh.+
Kamu harus mengenali kawananmu dengan baik,
24 Kerana kekayaan tidak berkekalan,+Dan mahkota tidak akan terus diwarisi turun-temurun.
25 Rumput yang hijau layu lalu rumput yang baharu muncul,Dan tumbuh-tumbuhan di pergunungan dikumpulkan.
26 Kamu dapat memperoleh pakaian daripada bulu bebiri muda,Dan kamu dapat membayar harga ladang dengan kambing-kambing jantanmu.
27 Kamu juga dapat memperoleh susu kambing yang mencukupiUntuk menyara rumah tanggamu dan hamba-hamba perempuanmu.