Amsal 28:1-28

  • Doa orang yang enggan mendengarkan hukum memuakkan (9)

  • Sesiapa mengakui dosa mendapat belas kasihan (13)

  • Orang yang ingin cepat kaya pasti melakukan kesalahan (20)

  • Memberikan teguran lebih baik daripada mengampu (23)

  • Orang yang murah hati tidak akan berkekurangan (27)

28  Orang jahat lari walaupun tiada sesiapa yang mengejar mereka,Tetapi orang baik berani seperti singa.+  2  Apabila rakyat sebuah negeri memberontak, pemerintahnya akan silih berganti,+Tetapi pemerintah akan bertahan lama dengan bantuan orang yang berpengertian dan berpengetahuan.+  3  Orang miskin yang menipu orang lemah+Bagaikan hujan yang menghanyutkan semua makanan.  4  Sesiapa yang mengabaikan hukum memuji orang jahat;Sesiapa yang mematuhi hukum marah terhadap orang yang mengabaikan hukum.+  5  Orang jahat tidak dapat memahami keadilan,Tetapi orang yang mencari Yehuwa dapat memahami segala sesuatu.+  6  Orang miskin yang haluannya benar* lebih baikDaripada orang kaya yang haluannya jahat.+  7  Anak yang berpengertian mematuhi hukum,Tetapi anak yang bersahabat dengan orang rakus memalukan bapanya.+  8  Sesiapa yang memperoleh kekayaan dengan mengenakan faedah+ dan menipu orang lain,Hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan terhadap orang miskin.+  9  Jika seseorang enggan mendengarkan hukum,Doanya akan dianggap sebagai sesuatu yang memuakkan.+ 10  Sesiapa yang memimpin orang baik ke haluan yang jahat akan jatuh ke dalam perangkapnya sendiri,+Tetapi orang yang tidak bercela akan dikurniai perkara-perkara yang baik.+ 11  Orang kaya menganggap dirinya bijak,+Tetapi orang miskin yang berpengertian mengetahui sifat sebenar orang kaya itu.+ 12  Apabila orang baik berjaya, semua orang akan bersukacita,Tetapi apabila orang jahat memerintah, semua orang akan menyembunyikan diri.+ 13  Sesiapa yang menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya,+Tetapi sesiapa yang mengakui dan meninggalkan dosanya akan mendapat belas kasihan.+ 14  Berbahagialah orang yang sentiasa takut akan Tuhan,*Tetapi orang yang keras hati akan ditimpa malapetaka.+ 15  Pemerintah yang menindas rakyat yang tidak berdayaBagaikan singa yang mengaum dan beruang yang menyerang.+ 16  Pemimpin yang tidak berpengertian akan menyalahgunakan kuasanya,+Tetapi orang yang membenci keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur akan panjang umur.+ 17  Seorang pembunuh akan menanggung hutang darah dan akan terus diburu sampai ke kuburan.+ Jangan membantu orang sebegini. 18  Orang yang haluannya tidak bercela akan diselamatkan,+Tetapi orang yang haluannya bengkang-bengkok akan tiba-tiba jatuh.+ 19  Sesiapa yang mengusahakan tanahnya akan mempunyai banyak makanan,Tetapi sesiapa yang mengejar perkara yang sia-sia akan dilanda kemiskinan.+ 20  Orang yang setia akan mendapat berkat yang melimpah,+Tetapi orang yang ingin cepat kaya pasti akan melakukan kesalahan.+ 21  Tidak baik bersikap berat sebelah;+Tetapi seseorang mungkin berbuat demikian kerana ingin mendapat sekeping roti. 22  Orang yang tamak* mendambakan kekayaan,Tetapi dia tidak menyedari bahawa kemiskinan akan melandanya. 23  Orang yang memberikan teguran+ akhirnya akan lebih dihargai+Berbanding dengan orang yang suka mengampu. 24  Sesiapa yang mencuri daripada ibu bapanya lalu berkata, “Itu tidak salah,”+ Merupakan sahabat kepada orang yang membawa kebinasaan.+ 25  Orang yang tamak* membangkitkan perselisihan,Tetapi orang yang bergantung pada Yehuwa akan makmur.+ 26  Orang yang bodoh percaya kepada hatinya sendiri,+Tetapi orang yang menempuh haluannya dengan bijaksana akan terselamat.+ 27  Sesiapa yang murah hati terhadap orang miskin tidak akan berkekurangan,+Tetapi sesiapa yang menutup mata terhadap orang miskin akan mendapat banyak kutukan. 28  Apabila orang jahat memerintah, orang akan menyembunyikan diri,Tetapi apabila orang jahat itu binasa, orang baik akan bertambah.+

Nota Kaki

Atau “yang berintegriti.”
Atau “sentiasa berjaga-jaga.”
Atau “iri hati.”
Atau mungkin, “angkuh.”