Amsal 30:1-33

  • KATA-KATA AGUR (1-33)

    • Jangan beri aku kemiskinan atau kekayaan (8)

    • Perkara yang tidak pernah puas (15, 16)

    • Perkara yang tidak dapat difahami (18, 19)

    • Perempuan yang berzina (20)

    • Makhluk hidup yang bijak secara semula jadi (24)

30  Inilah kata-kata penting daripada Agur anak Yake, yang disampaikan kepada Itiel dan Ukal:  2  Aku kurang pengetahuan berbanding dengan orang lain,+Dan aku tidak ada pengertian yang sepatutnya dimiliki oleh manusia.  3  Aku tidak pernah belajar tentang kebijaksanaan,Dan aku tidak memiliki pengetahuan yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Suci.  4  Siapakah yang pernah naik ke syurga lalu turun dari sana?+ Siapakah yang dapat mengumpulkan angin di dalam kedua-dua tapak tangannya? Siapakah yang dapat menyimpan air di dalam bajunya?+ Siapakah yang dapat mengukuhkan kesemua penjuru bumi?+ Siapakah namanya dan nama anaknya? Jika kamu mengetahuinya, beritahulah aku.  5  Setiap firman Tuhan itu murni.+ Tuhan seperti perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+  6  Jangan menambahkan apa-apa pada firman-Nya,+Supaya Dia tidak menegur kamu,Dan membuktikan bahawa kamu berbohong.  7  Ya Tuhan, aku memohon dua perkara daripada-Mu. Kabulkanlah permintaanku sebelum aku mati.  8  Jauhkanlah dusta dan penipuan daripadaku.+ Janganlah memberi aku kemiskinan ataupun kekayaan. Biarlah aku makan makanan yang aku perlukan sahaja,+  9  Supaya aku tidak menjadi kenyang lalu menyangkal Engkau dan berkata, “Siapakah Yehuwa?”+ Dan janganlah membiarkan aku jatuh miskin sehingga aku mencuri lalu mengaibkan nama Tuhanku. 10  Jangan memfitnah seorang hamba di hadapan tuannya,Agar kamu tidak dikutuk dan didapati bersalah.+ 11  Ada orang yang mengutuk bapa merekaDan tidak menghormati ibu mereka.+ 12  Ada orang yang menganggap diri mereka suci+Padahal mereka belum dibersihkan daripada kenajisan. 13  Ada orang yang bersikap angkuh,Dan yang memandang orang dengan sombong sekali.+ 14  Ada orang yang gigi mereka seperti pedangDan rahang mereka umpama pisau penyembelih;Mereka membaham orang lemah di bumiDan orang miskin dalam kalangan umat manusia.+ 15  Lintah mempunyai dua anak perempuan yang berseru, “Berilah aku! Berilah aku!” Ada tiga perkara yang tidak pernah puas,Ada empat perkara yang tidak pernah berkata, “Cukuplah!” 16  —Kuburan,*+ rahim yang mandul,Tanah yang gersang,Dan api yang tidak pernah berkata, “Cukuplah!” 17  Sesiapa yang menyindir bapanya dan enggan mematuhi ibunya,+Matanya akan dipatuk burung gagak dari lembah,*Lalu dimakan oleh anak burung helang.+ 18  Ada tiga perkara yang tidak dapat aku mengerti,*Ada empat perkara yang tidak dapat aku fahami: 19  Burung helang yang terbang di langit,Ular yang menjalar di atas batu,Kapal yang belayar di tengah laut,Dan tingkah laku seorang lelaki semasa bersama dengan seorang gadis. 20  Inilah yang dilakukan oleh perempuan yang berzina: Dia makan lalu mengelap mulutnya;Kemudian dia berkata, “Aku tidak berbuat apa-apa yang salah.”+ 21  Ada tiga perkara yang menyebabkan bumi bergoncang,Ada empat perkara yang tidak dapat ditahannya: 22  Apabila hamba menjadi raja,+Apabila orang bodoh mendapat makanan yang melimpah, 23  Apabila wanita yang dibenci* dijadikan isteri,Dan apabila hamba perempuan merampas kedudukan puannya.+ 24  Ada empat makhluk hidup di bumi yang sangat kecil,Tetapi sangat bijak secara semula jadi:+ 25  Semut tidak kuat,Namun semut menyediakan makanannya pada musim panas.+ 26  Tikus gunung*+ tidak kuat,Namun tikus gunung membuat rumahnya di bukit batu.+ 27  Belalang juta+ tidak mempunyai raja,Namun belalang juta mara dengan teratur.*+ 28  Cicak+ melekat pada dinding dengan kakinya,Dan cicak terdapat di istana raja. 29  Ada tiga makhluk hidup yang langkahnya mengagumkan,Ada empat makhluk hidup yang gerakannya mempesonakan: 30  Singa, iaitu binatang yang paling kuat,Dan tidak berundur daripada sesiapa pun;+ 31  Anjing pemburu; kambing jantan;Dan raja yang disertai angkatan tenteranya. 32  Jika kamu bertindak bodoh dengan meninggikan diri,+Atau jika kamu merancang untuk meninggikan diri,Berhentilah berbuat demikian dengan segera.+ 33  Sebagaimana susu yang dipukul menghasilkan mentegaDan hidung yang dipulas mengeluarkan darah,Begitu juga kemarahan yang dibangkitkan menyebabkan pertengkaran.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “wadi.”
Atau “yang terlalu menakjubkan bagiku.”
Atau “yang tidak disayangi.”
Atau “Hyrax.” Sejenis binatang yang tinggal di kawasan berbatu. Rupanya seperti tikus belanda yang besar.
Atau “mara secara berkumpulan.”