Amsal 4:1-27
4 Hai anak-anakku, terimalah disiplin seorang bapa;+Berikanlah perhatian agar kamu mendapat pengertian,
2 Kerana aku akan mengajar kamu apa yang baik;Janganlah abaikan ajaranku.*+
3 Aku seorang anak yang baik di mata bapaku+Dan anak yang paling disayangi oleh ibuku.+
4 Bapaku mengajar aku dan berkata, “Berpautlah pada kata-kataku dengan sepenuh hatimu.+
Patuhilah perintahku supaya kamu terus hidup.+
5 Hendaklah kamu memperoleh kebijaksanaan dan pengertian.+
Janganlah lupakan kata-kataku atau berpaling daripadanya.
6 Janganlah tinggalkan hikmat, maka hikmat akan melindungimu.
Cintailah kebijaksanaan, maka kebijaksanaan akan menjagamu.
7 Kebijaksanaan ialah perkara yang terpenting,+ maka perolehlah kebijaksanaan.Bersama dengan segala yang kamu peroleh, pastikanlah kamu memperoleh pengertian.+
8 Junjunglah kebijaksanaan, maka kebijaksanaan akan meninggikan kamu.+
Kebijaksanaan akan memuliakan kamu kerana kamu berpaut padanya.+
9 Kebijaksanaan bagaikan lingkaran bunga yang cantik di atas kepalamu;Hikmat bagaikan mahkota indah yang menghiasi kepalamu.”
10 Hai anakku, dengarlah dan terimalah kata-kataku.Dengan demikian kamu akan panjang umur.+
11 Aku akan mengajarkan haluan kebijaksanaan kepadamu;+Aku akan memimpin kamu ke haluan yang benar.+
12 Dengan itu kamu akan melangkah dengan bebas,Dan kamu tidak akan tersandung semasa kamu berlari.
13 Berpeganglah pada disiplin dan janganlah melepaskannya.+
Peliharalah disiplin kerana disiplin menjamin kehidupanmu.+
14 Janganlah menempuh jalan orang yang jahat,Dan janganlah berjalan di haluan orang yang keji.+
15 Hindarilah jalan mereka dan janganlah menempuhnya;+Berpalinglah daripadanya dan janganlah menyimpang ke situ.+
16 Orang jahat tidak dapat tidur selagi mereka tidak melakukan kejahatan.
Mereka tidak dapat melelapkan mata selagi mereka tidak mencederakan orang.
17 Kejahatan bagaikan roti mereka,Dan keganasan bagaikan wain mereka.
18 Tetapi jalan orang yang melakukan apa yang benar bagaikan sinaran mentari pada waktu fajar;Kian lama kian cerah sehingga sinarannya terang-benderang.+
19 Haluan orang jahat bagaikan kegelapan;Mereka tersandung tanpa mengetahui apa yang menyebabkan mereka tersandung.
20 Hai anakku, berikanlah perhatian kepada apa yang aku sampaikan;Dengarlah kata-kataku dengan teliti.
21 Janganlah sekali-kali melupakannya;Simpanlah kata-kataku dalam lubuk hatimu,+
22 Kerana jika kamu menuruti kata-kataku,Hidupmu akan terpelihara+ dan tubuhmu akan menjadi sihat.
23 Lebih daripada segala-galanya, jagalah hatimu,*+Kerana hatimu menentukan hidup matimu.
24 Janganlah mengucapkan kata-kata yang berputar belit,+Dan jauhilah kata-kata yang menyesatkan.
25 Pandanglah ke hadapan;Janganlah menoleh ke kiri atau ke kanan.+
26 Luruskanlah* haluan yang kamu tempuh,+Maka segala jalanmu tidak akan tergoyah.
27 Janganlah menyimpang ke kiri atau ke kanan.+
Berpalinglah daripada apa yang jahat.