Amsal 5:1-23

  • Amaran tentang perempuan tidak bermoral (1-14)

  • Bersukacita dengan isterimu (15-23)

5  Hai anakku, berikanlah perhatian kepada kebijaksanaanku. Dengarlah ajaranku dengan teliti supaya kamu mendapat pengertian.+  2  Dengan demikian kamu dapat mengawal pemikiranmu,Dan kamu akan selalu mengatakan apa yang benar.+  3  Bibir perempuan jalang* manis seperti madu yang menitis dari sarang lebah,+Dan mulutnya mengucapkan kata-kata yang menggoda.+  4  Tetapi pada hakikatnya dia seperti tanaman yang pahit,+Dan seperti pedang bermata dua yang tajam.+  5  Dia berjalan ke arah lembah maut Dan dia melangkah menuju ke Kuburan.*  6  Dia tidak mengendahkan jalan kehidupan. Haluannya tidak menentu, dan dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya.  7  Hai anak-anakku, dengarkanlah nasihatkuDan janganlah berpaling daripada apa yang aku katakan.  8  Jauhkanlah dirimu daripada perempuan jalang;Janganlah mendekati pintu rumahnya,+  9  Supaya nama baikmu tidak dicemari,+Supaya kamu tidak hidup sengsara pada kemudian hari,+ 10  Supaya orang asing tidak merampas kekayaanmu,+Dan supaya hasil jerih lelahmu tidak menjadi milik orang lain. 11  Dengan itu kamu tidak akan menderita pada akhir hayatmu,Iaitu apabila kekuatanmu hilang dan tubuhmu hampir binasa,+ 12  Dan kamu tidak akan berkata, “Mengapa aku membenci disiplin? Mengapa hatiku menolak teguran? 13  Aku tidak mendengarkan nasihat orang yang mendidikku,Dan aku tidak mengendahkan ajaran guru-guruku. 14  Itulah sebabnya kini aku nyaris hancur leburDan mendapat malu di hadapan umat* Tuhan.”+ 15  Minumlah air dari telagamu sendiri,Dan nikmatilah air yang segar dari perigimu sendiri.+ 16  Patutkah kamu membiarkan mata airmu melimpah ke luarDan membiarkan anak sungaimu mengalir di tempat awam?+ 17  Biarlah semua itu menjadi milikmu sahaja,Dan bukannya sesuatu yang dikongsi dengan orang lain.+ 18  Semoga mata airmu diberkati,Dan semoga kamu bersukacita dengan isteri yang kamu kahwini sejak muda;+ 19  Dia bagaikan rusa betina yang dikasihi dan kijang* yang menawan.+ Biarlah buah dadanya memuaskan kamu pada setiap masa. Semoga kamu sentiasa ditawan oleh cintanya.+ 20  Jadi, hai anakku, mengapa kamu terpikat dengan perempuan jalang?*Mengapa kamu memeluk perempuan yang tidak bermoral?*+ 21  Mata Yehuwa memperhatikan haluan manusia;Dia memeriksa setiap langkah mereka.+ 22  Kesalahan orang jahat bagaikan perangkap,Dan dosanya seperti tali yang akan menjeratnya.+ 23  Dia telah menyimpang kerana dia sangat bodoh,Dan akhirnya dia akan mati kerana dia menolak disiplin.

Nota Kaki

Lihat nota kaki bagi Ams 2:16.
Lihat Kamus.
Atau “sidang.” Lihat Kamus.
Harfiah, “kambing gunung.”
Lihat nota kaki bagi Ams 2:16.
Lihat nota kaki bagi Ams 2:16.